Terima kasih kepada "Antara Mata, Hati dan Minda Perkasa said... " yang telah menanya pendapat saya tentang orang yang curi downline. Anda boleh baca lanjut tentang komen beliau di ruangan comment.
Jika dalam satu syarikat yang sama, perbuatan curi downline tidak timbul.
Jika prospek anda tidak signup dengan anda, tetapi prospek tersebut sign up dengan orang lain..
Tiada Masalah.... Itu pilihan sendiri.
Jika downline kita yang telah menyertai dengan kita, tiba-tiba menyertai dengan kumpulan lain (upline lain). Ini ada sedikit problem.... Mereka tidak boleh menukar upline kecuali mendapat kelulusan dari up-up-up-up-upline sehingga mendapat kelulusan syarikat. Ini jarang berlaku..
Tetapi mungkin mereka menggunakan PROKSI untuk mendaftar keahlian baru di bawah upline baru... keadaan ini banyak berlaku.... Ini adalah keadaan ynag tidak bermoral dan menyalahi etika. Syarikat boleh dan berhak untuk "terminate" keahlian yang didaftar atas nama "proksi" dan menarik semua group baru tersebut untuk di letak di bawah nama asal (bawah anda).
Jika upline atau downline kita telah berhenti dari syarikat MLM yang sedang kita buat sekarang, tiba2 mereka menyertai MLM lain lalu menarik semua downline-downline kita.... Itu adalah HAK mereka untuk melakukannya, tetapi saya rasa ianya tidak bersopan. Apakah tujuan sebenar mereka menarik downline anda kesana? Jika berniat untuk menjatuhan anda, itu memang tidak patut dan BERDOSA. Tapi sebaliknya, jika di sana betul-betul ada peluang lebih baik, yang mana telah dibuktikan oleh mereka sendiri (dari segi kejayaan berbanding dgn yg lama). Maka dengan niat ingin berkongsi peluang adalah wajar untuk mereka menarik downline2 anda disini yang masih lagi belum berjaya walaupun setelah bertahun2 melakukannya. Tetapi sebaik-baik-baiknya mereka perlu memberitahu anda terlebih dahulu. Anda dahulu yang sepatutnya membuat perubahan.
Saya tidak terkilan jika ada sesiapa yang menarik dline saya masuk apa2 syarikat pun. Saya tahu, yang pergi menyertai mereka adalah yang tidak berjaya disini, mereka yang berjaya dengan saya, mereka tidak akan pergi. Yang tidak berjaya dengan saya (kerana mungkin ianya tidak sesuai dengan mereka) mereka sepatutnya pergi jika ada kawan baru boleh membuktikan sesuatu yang lebih baik.
Ini adalah pandangan peribadi
mlmSiFoo.blogspot.com
Followers
Sunday, January 18, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)