Jika belum, ambillah masa 1 ke 2 minit untuk mendengar lagu itu sebelum membaca atikel menarik ini ke barisan yang selanjutnya.
Saya menjemput anda untuk mendengarnya di Tube anda sendiri seperti di bawah;
http://www.youtube.com/watch?v=t6_QJ6cg4G0
Adakah anda dapat menghayati lagu tadi..? “Anda adalah apa yang anda fikirkan...”
Jelas sekali pemikiran anda adalah segala-galanya, anda boleh merubah kehidupan anda dengan hanya merubah cara berfikir anda. Jika anda fikir anda BOLEH, anda pasti BOLEH MELAKUKANNYA. Anda jangan Tanya saya kenapa ini boleh terjadi... Saya tidak ada masa untuk menerangkannya dengan panjang lebar tentang perkara ini pada waktu ini. Sudah banyak buku-buku, kajian-kajian, bahkan di dalan Al-Quran sendiri juga ada memperkatakan hal ini iaitu keajaiban tentang “otak dan fikiran”. ANDA ADALAH APA YANG ANDA FIKIRKAN....
Seperti yang kita sedia maklum, MLM adalah satu perniagaan sendiri, kita adalah boss pada diri kita sendiri, kita boleh pada bila-bila masa untuk melakukannya secara betul-betul atau secara main-main, tiada siapa yang boleh mengawasi atau menjadi supervisor kepada kita sebab kita adalah boss pada diri kita sendiri.
Ianya sangat-sangat berbeza dengan keadaan jika kita bekerja makan gaji, walau setinggi mana sekalipun jawatan kita di sesuatu pekerjaan, kita tetap mempunyai boss. Jika anda seorang CEO, anda juga mempunyai boss iaitu pihak lembaga pengarah . Jika anda seorang pekerja bawahan, maka banyak lagilah bos-bos atau bosses yang sedang melihat anda. Dengan demikian kita sentiasa diawasi oleh supervisor atau bos-bos kita, kita tidak boleh melakukan pekerjaan kita dengan sewenang-wenangnya.
Di dalam MLM, anda adalah segala-galanya, anda adalah kerani, anda adalah supervisor atau anda adalah boss atau CEO pada diri anda sendiri.
Persoalannya adakah anda LAYAK menjadi seorang boss atau memegang jawatan CEO..? Inilah yang menjadi punca kepada kejayaan seseorang di dalam MLM. Untuk memegang sesuatu jawatan, anda mesti mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut. Untuk memegang jawatan yang LEBIH TINGGI, anda mestilah mempunyai kepakaran serta penglaman yang LEBIH TINGGI dalam bidang tersebut. Anda hendaklah mempunyai kebijaksanaan berfikir lebih tinggi dari orang lain.

Di dalam MLM pun sama, anda adalah seolah-olah seperti C..E..O.. Barulah anda boleh berjaya dan mempunyai pendapatan yang tinggi. Ianya sangat-sangat memerlukan disiplin dan semangat motivasi yang tinggi. Jika anda tidak mempunyai pemikiran atau semangat yang demikian, itulah sebenarnya kenapa 95% orang gagal dalam MLM atau di dalam mana-mana perniagaan sendiri.
Sebab diri mereka sendiri itu sebenarnya tidak layak untuk memimpin atau menjadi CEO pada diri sendiri.
Maka orang ini adalah sebenarnya hanya layak dipimpin atau menjadi pengikut atau lebih selamat hanyalah makan gaji diperingkat bawahan sahaja.
Jika anda adalah seseorang yang masih belum berfikiran tahap CEO, anda hanya mungkin berfikiran biasa-biasa sahaja. Adakah anda boleh Berjaya..?
Ya..Masih BOLEH Berjaya..!!
Tidak mengapa, mulai hari ini sempena tahun baru 2010. Anda hendaklah mengubah tahap pemikiran anda iaitu dari golongan berpemikiran biasa-biasa kepada golongan yang berpemikiran biasa-biasa yang paling luarbiasa. Anda hendaklah sanggup membuat perubahan demi perubahan ini sehinggalah anda mencapai ke satu tahap pemikiran bertaraf CEO. Maka pada saat itu secara sedar atau tidak sedar, pendapatan anda sudah mulai bertambah.
Jika anda boleh lakukan perubahan ini pada diri anda pada HARI INI juga, maka saya sangat yakin bahawa anda akan mulai menikmati pendapatan ENAM angka sebulan pada penghujung tahun ini juga iaitu selewat-lewatnya pada bulan Disember 2010.
Bagaimana untuk melakukan perubahan ini.....................????!!Yeah... itu soalan yang paling tepat.....Anda perlu mempunyai MOTIVASI MLM.
ya.. motivasi MLM bersambung pada posting akan datang... yang bertajuk” Motivasi MLM”.
-Jet Li (malaysia)
http://mlmsifoo.blogspot.com/