Followers

Monday, November 30, 2009

Begitu Pantas Masa Berlalu - Sekarang Dec 2009 - 2010 Mendatang

Salam sejahtera... Masih tidak terlalu lambat untuk saya mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidil Adha' atau hari raya Korban.. Maaf Zahir Batin..

Saya juga ingin meminta maaf kepada pembaca blog ni yang ada 2-3 orang sms saya bertanyakan bilakah saya akan update blog ni.. nampaknya dah naik serawang dah.. saya minta maaf sekali lagi, saya akan cuba yang terbai untuk sentiasa memuatkan berita-berita terkini dan tip2 MLM.. Untuk pengetahuan anda semua, saya bukanlah "FullTime Writers", jadi kadang-kadang banyak masa yang saya gunakan "offline" juga untuk menyelesaikan tugas seharian. Kadang-kadang kalau ke kawasan pedalaman tu sampai seminggu pun tak jumpa internet.

Berbalik pada topik saya, begitu pantas masa berlalu. Saya masih ingat lagi pada 3 DEC 2008 semasa saya menulis PERUTUSAN 2009. Saya rasa bagaikan baru minggu lepas menulisnya. Apabila diimbas kembali rupanya sudah setahun yang lalu.

Walau apa pun berlaku, masa yang sudah berlalu tetap berlalu dan tidak mungkin boleh diulangi lagi walaupun anda menangis air mata darah untuk di undur semula. Ianya tetap tidak boleh diundur lagi.

Semalam anda TELAH pergi ke KL atau anda TELAH ponteng kerja atau anda telah memarahi isteri anda atau anda TELAH memarahi anak anda... BOLEH kah anda undurnya kembali untuk menjadikan semalam anda TIDAK pergi ke KL atau semalam anda tidak ponteng kerja atau semalam anda tidak memarahi isteri atau semalam anda tidak memarahi anak anda..? Sudah PASTI ianya TIDAK BOLEH...!! Ingat.. sudah pasti ianya tidak boleh sebab ianya telah berlalu..

Tetapi.. kalau hari ESOK.. anda masih lagi boleh mengubahnya sama ada anda mahu pergi ke KL atau tidak mahu, anda masih boleh mengubahnya untuk tidak ponteng kerja atau untuk tidak marah pada isteri atau anak anda.. Anda BOLEH mengubahnya kerana perkara tersebut BELUM lagi berlaku....

Begitu juga dengan kehidupan seharian kita yang lain... [ anda baca dan cuba konsentrasi dengan sepenuhnya terhadap apa yang akan saya sampaikan, insyaAllah ianya bakal merubah kehidupan anda]

Begitu juga dengan kehidupan seharian kita yang lain...semalam, atau sepanjang bulan lepas atau sepanjang tahun lepas 2008/2009 anda berada dalam kesusahan atau kemiskinan, mungkin anda dibelengu hutang piutang atau kegawatan masih melanda keluarga anda. Tidak apa-apa, ianya telah berlalu. Anda tidak perlu menghabiskan masa untuk merintih dan menyesal terhadap apa yang telah berlaku itu, ianya sudah tidak boleh di ubah lagi dan ianya tidak perlu diubah lagi.

TETAPI hari esok.. atau bulan hadapan atau sepanjang tahun hadapan adalah belum sampai lagi. Anda masih ada waktu untuk memilih untuk kekal hidup susah seperti semalam atau berubah menjadi kaya atau sekurang-kurangnya lebih senang dari sekarang. Seperti juga anda boleh memilih untuk pergi ke KL atau pun tidak pergi. Anda boleh memilih untuk hidup lebih kaya ataupun untuk hidup susah. Jawapan berada di tangan anda.

to be continue.. click here

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails