Followers

Sunday, September 27, 2009

"Tip Pendek" to success in MLM

Hah .. dua-tiga hari lepas semasa beraya di salah sebuat rumah kawan di Kelantan, ada seseorang datang berjumpa saya dan bertanya.;

Penanya : Sifoo.. sy nak minta satu TIP pendek dan ringkas, bagaimana untuk berjaya dalam MLM..?

Saya : er... sambil tergaman, sbb sedang beraya, tiba2 dia mencelah soalan MLM pulak..

Penanya : Jangan Panjang-panjang Sifoo, nanti saya tak terbuat pulak..!!

Saya : ok .. nak yg pendek ya..eh hemmm ... (sambil berfikir) baik.. 3 huruf saja......

Saya : U.S.E...

Penanya : use.. "guna"


Saya : Ya .. USE.. guna..

Penyanya : Apa maksudnya...?


Saya : oh .. mau tau maksudnya...?


Begini.. USE = guna - anda mesti mengguna produk anda 100%, semua produk yang anda guna selama ini mungkin anda beli dari pasaraya, hari ini anda mesti membeli di syarikat MLM anda.. Jadilah pengguna 100% produk MLM anda.. ini di panggil pengguna bijak. Kalau anda tidak mengguna produk MLM anda sendiri, sebenarnya ANDA TIDAK BERGUNA... ha.ha..

Penyanya : Dia pun gelak juga.. hahaha..

Saya :

U = Use => mengguna 100%
S = Share => sharing... berkongsi dengan keluarga, kawan dan ramai orang atau orang ramai seramai yang mungkin. Berapa ramai..? Sehingga semua orang di Malaysia tahu produk anda. Berkongsi kebaikan atau testimoni.

Penyanya : Itu saja..? satu lagi..?

Saya :
E = Educate => mengajar keluarga, kawan atau orang ramai supaya mereka mengguna produk anda dan mengajar mereka supaya berkongsi dengan ramai-ramai-ramai orang juga
.

Jadi kesimpulannya mudah sahaja iaitu 3 huruf => USE

U = use ur product 100% = guna produk 100%
S = share = berkongsi
E = Educate them to do the same (use and share)

Itulah multi level marketing............

gambar atas.. real time semasa menulis posting ni.
lokasi : Room 1205 Mega Hotel Miri

Jet Li (M)
http://www.mlmsifoo.blogspot.com/

Saturday, September 26, 2009

Hye.. Welcome Back..!!

Bertemu kembali.. 1 dan 2 syawal telah berlalu.. Tapi biasalah zaman sekarang orang sambut raya selama 1 bulan.. ye ke..? Dulu masa saya di usia kanak-kanak kat kampung, beraya pada hari pertama dan kedua sahaja. Almaklumlah, masa tu lah banyak kutip duit raya, tapi bila dah masuk hari ke tiga dan empat tu dah tak ada dah.. Tapi paling lama pun kemeriahan beraya kat kampung mungkin berlarutah sehingga seminggu.

Penghujungnya ditamatkan dengan beraya pada 8 syawal. Kalau kat kg saya dah memang menjadi tradisi iaitu pada hari ke 8 syawal orang kampung keluar bergotong-royong membersih kubur dan pada masa tu kita panggil "Raya Kubur". Iaitu beraya setelah tamat puasa 6 hari pada bulan syawal bermula pada 2 syawal. Ramai yang keluar ke kubur, untuk bergotong royong sambil membawa juadah. Selepas bergotong royong kita makan berkelah kat tepi kubur. Itu kat kampung lah. Tahun ni tak sempat pula nak beraya kat kubur sebab dah datang awal ke KL. Raya ke 5 dah datang KL (24 Sept). Kena balik cepat sebab ada hal nak di siapkan di Kl.

Bagaimana dengan perniagaan anda di hari raya..? Adakah anda pulang beraya semata-mata..? Bagi pengamal MLM, berniaga adalah dimana-mana saja. Tak kira masa dan tak kira tempat, janji ada manusia, itulah prospek kita. Sudah menjadi kebiasaan saya... "shoot two birds with one bullet". Sambil beraya kat kampung, sambil mencari prospek untuk menaja. Itu sudah menjadi tabiat saya apabila pulang beraya atau kemana-mana saja. Ke majlis apa saja, dengan syarat majlis yang ada ramai orang.

Saya cukup suka apabila diajak ke majlis apa-apa saja. Saya dapat bergaul dan dapat menambahkan "contact". Menjadikan "habbit" anda untuk menambahkan contact anda setiap hari atau setiap minggu. Tidak semestinya orang yang anda jumpa untuk terus di taja menjadi downline anda. Tapi, jadilah kawan terlebih dahulu. Sesetengah orang cukup "rimas" jika anda yang baru kenal tiba-tiba terus memperkenalkan produk dan MLM anda. Orang yang bawa anda pun kadang-kadang menjadi serba salah kerana jemputannya adalah untuk majlis yang lain bukan untuk majlis MLM kita. Kita jadikan prospek itu sebagai sahabat terlebih dahulu.

Jangan lupa untuk menghubunginya kembali dengan alasan untk mengucapkan terima kasih terhadapnya (bagilah apa-apa reason pun) sebelum 48 jam dari masa perjumpaan pertama. Ini adalah untuk mengelakkan dari pada dia melupai kita. Kemudian setelah anda berhubung beberapa kali melalui phone atau sms, barulah anda membuat temujanji untuk berkongsi peluang yang anda miliki. Good Luck..

mlmSifOO.blogspot.com

Monday, September 14, 2009

MLM Yang Menepati Syariah - "Syariah Compliance"

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah, akhirnya tercipta satu syarikat MLM yang mempunyai pengesahan oleh "Pakar Syariah" terhadap plan pemasaran serta produknya. Mungkin syarikat ini bukanlah yang pertama berbuat demikian. Saya mengucapkan TAHNIAH kepada Hj Wahab serta kakitangan StormReaders di atas usaha ini.

Saya juga berasa bangga kerana terpanggil (melalui Ust. Dr Zaifuddin) untuk menjadi penasihat secara tidak langsung dalam proses pembikinan plan pemasaran. Sudah pasti Ust Zaharuddin (zaharuddin.net) dan Ust Zahazanlah orang yang memainkan peranan yang utama dalam memastikan pelan pemasaran yang berlandaskan hukun syarak.


Dari kiri Ustaz Zamri (Mantop), Ust Zaharuddin dan saya (gambar atas dan bawah) sedang berbincang sesuatu semasa majlis pelancaran MLM Syariah oleh Syarikat StormReaders.
Ust Zaharuddin (baju biru) yang menjadi kontroversi dikalangan peminat-peminat MLM kerana penulisan beliau tentang "MLM dan hukumnya" mengikut syarak di dalam blog beliau di http://zaharuddin.net

Beliau mendapat kritikan-kritikan yang hebat dari peminat-peminat MLM yang tidak sebulu dengan tulisan beliau. Saya ingin merakamkan ucapan TAHNIAH kepada beliau kerana sanggup memberi pandangan yang benar walaupun pahit untuk diterima oleh segelintir peminat MLM. Hasil daripada pandangan beliaulah maka hari ini wujudnya beberapa syarikat MLM yang sudah mula berminat untuk menjalankan pelan pemasaran yang berlandaskan Syariah. Tahniah Ustaz Zaharuddin.

Gambar atas. Kelihatan Dr Irfan Khairi (Pandangan belakang berbaju t-shirt merah, Datuk Siti Norbahyah suami Ust Akashah (kanan sekali) serta Dato Fadilah Kamsah (berbaju melayu hitam) juga hadir kemajlis pelancaran tersebut sebagai Ikon produk mereka dan sebagai jemputan VIP.

Gambar2 di sekitar majlis perlancaran (soft launch) yang dibuat secara santai di kaki lima dihadapan pejabat StormReaders.

Sunday, September 13, 2009

Hari Raya Vs Bisness

Bertemu kembali... Hari raya semakin tiba dan kehangatan semakin terasa.. Memang bersemangat "giller" untuk balik kampung beraya. Tapi awas, cuba fikirkan hari yang akan anda datang kembali ke ibukota untuk memulakan kerja...!!! Aduhhhh... penat sekali... itulah perasaan saya suatu waktu dahulu semasa saya masih lagi di arena "makan gaji".

Hari yang paling malas dan memboringkan ialah hari untuk pulang kembali ke ibukota. Sesampainya di (KL) esoknya akan ke pejabat dan berjumpa Boss... aduh.. sakit nya, muka yang tak suka aku lihat.

Tapi hari ini tak lagi.. aku dah bebas... bebas.. bagi ku, setiap hari adalah hari raya.. dan yang paling menyeronokkan ialah setiap hari ialah hari gaji.. "pay day".. Itulah MLM..

Apakah perancangan anda semasa balik raya nanti...? Sudah tentu balik rumah orang tua dulu dan settlekan hal yang wajib terlebih dahulu.. then what next..? Apakah langkah seterusnya.. jangan lupa bawa balik starter kit lebih sket dan produk lebih sket..

Hari raya banyak prospek yang menunggu kat kampung.. Bagi saya, masa rayalah merupakan hari "reunion". Kawan-kawan lama yang dah tak jumpa 10 tahun dulu mungkin akan balik beraya di kampung. Ada yang dah kahwin dan ada juga yang belum. Bagi yang dah kahwin mereka bawa baik suami atau isteri masing-masing. Maka bertambah-tambahlah prospek yang akan disponsor nanti..

Itulah pemikiran saya apabila setiap kali balik beraya... Anda pula bagimana..?

Beraya-beraya juga, tapi jangan lupa bawa balik borang banyak-banyak untuk sign up prospek. Ha..ha.. itulah kehebatan MLM. Dimana-mana sajapun anda boleh menjalankan perniagaan ini, tidak seperti perniagaan konvensional. Tapi sudah menjadi perkara biasalah, kalau Mak Cik atau Pak Cik anda dah letih apabila nak berjumpa dengan anda... Jumpa aje asyik nak kena masuk MLM kau je... mungkin mereka pun dah naik jemu...

Kenapa dia jemu....? Ada beberapa sebab la.. Pertama: Kau asyik tukar MLM je.. Tahun lepas bawa balik syarikat B, dua tahun lepas syarikat A.. Tahun ni syarikat C pulak... manalah dia tak penat...!! Ataupun kau tak pernah berjaya... dah 10 tahun asyik cerita syarikat tu je..... tapi kau tak menunjukkan sebarang kejayaan... tak ada sebarang perubahan... bagaimana orang nak ikut.. haha... Memang betul.. anda jangan putus asa, stay pada satu syarikat... tapi mesti ada "benchmark", mesti ada kayu ukur.. mesti ada had.. barulah ada wawasan...

Go ahead... BERAYA dan MENAJA,..... biarlah apa orang lain kata asalkan anda buat perkara yang baik dan betul... terus melakukannya... Anda yang berhak menentukan masa depan anda. Good LUCK...

Jet Li(M)
www.mlmSifOO.blogspot.com




Wednesday, September 9, 2009

Hari Raya Aidilfirti Semakin Menghampiri

Alhamdulilah pada tahun ini kita masih lagi sempat menyambut Ramadhan, masih sempat mengamalkan ibadah puasa pada tahun ini. Ada dikalangan rakan kita yang dah tak sempat bertemu ramadhan pada tahun ini.

Beberapa hari lagi kita akan bertemu shawal dan akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri, kita juga berharap agar dipanjangkan usia untuk bertemu shawal yang sedang menunggu beberapa hari lagi.

Sebelum berfikir lebih jauh, mari kita renungkan sejenak sepanjang ramadhan bulan ini yang sudah berlalu 21 hari yang lepas. Apakah kita sempat memanfaatkan bulan yang mulia ini. Bulan yang Allah sengaja memberi bonus pada kita, setiap amal baik akan digandakan pahala berkali-kali. Sungguh malangnya bagi sesiapa yang tidak sempat mengambil sebarang "offer" pada bulan yang mulia ini. Walaubagaimanapun kita masih ada beberapa hari lagi untuk betul-betul memanfaatkan bulan yang mulai ini.

Teruskan beribadah kepada Allah dengan sejujur-jujurnya dan seikhlas-ikhlasnya. Semoga kita sempat lagi mendapat keberkatan LailatulQadar.. InsyaAllah.

Bagaimana pula dengan bisnes MLM anda dalam bulan yang mulia ini...? Rata-rata saya perhatikan pada bulan ramadhan ini, perniagaan menjadi perlahan dan "slow". Apakah permasalahannya...? Sepanjang penglibatan saya selama lebih 15 th dalam MLM, keadaan yang sama berlaku apabila setiap kali bulan puasa. Ramai dikalangan orang-orang biasa suka memberi alasan kononya bulan puasa, dia tidak boleh lebih aggresif. Rata-rata jualan group akan menurun pada bulan puasa, ini akan berlarutan sehingga ke hari raya dan selepas beraya.

Adakah mereka begitu sibuk untuk mengerjakan sembahyang teraweh..? Sehingga tidak sempat untuk menjalankan aktiviti perniagaan mereka. Jika benar mereka ingin menumpukan perhatian kepada ibadah teraweh mungkin ianya tidak menjadi masalah, tetapi ibadah tersebut hanya 2 jam sahaja iaitu antara waktu maghrib ke waktu selepas isya sahaja. Paling lama pun sehingga jam 10 malam sahaja. Rata-rata orang sudah mengeluh kepenatan dan seolah-olah sudah hampir pengsan sehingga tidak boleh berbuat apa-apa lagi. Begitu lemahnya masyarakat kita pada hari ini. Sebenarnya mereka menjadi lemah bukan kerana berpuasa atau berteraweh, tetapi sebenarnya adalah kerana TERLALU banyak makan dan minum ais ketika waktu berbuka puasa.

Sepatutnya bulan puasalah bulan yang memberi kekuatan kepada ummat islam untuk terus berjuang dan beribadat. Beribadah dalam skop yang lebih luas, bukan hanya bersembahyang di masjid sahaja. Bekerja, berniaga mencari nafkah juga adalah ibadah jika diniatkan kerana Allah diatas dasar amanah dan tanggungjawab. Bahkan ia adalah satu ibadah yang lebih wajib.

Saya menyeru kepada anda semua agar meneruskan aktiviti seperti biasa bahkan melipatkali gandakan aktiviti harian kita dibulan yang mulia ini. Mengikut pengalaman saya, di bulan yang mulia ini banyak penjimatan boleh dilakukan berbanding dengan bulan-bulan biasa. Setiap kali pertemuan, anda tidak perlu untuk belanja prospek atau customer anda. Tidakkah ianya merupakan penjimatan..? Rancanglah pertemuan anda diwaktu lepas bekerja ditempat-tempat yang menghampiri masjid, anda boleh terus berbuka bubur labuk dengan percuma.. tidakkan itu satu penjimatan..? Anda boleh terus sembahyang magrib dan berteraweh disana.. Ini adalah pengalam saya sewaktu dulu-dulu.... "save bajet".. haha... so.. TIADA ALASAN. wassalam

Friday, September 4, 2009

MLM Satu Wadah Perjuangan Ku

Kata orang, hidup adalah satu perjuangan, setakat manakah kebenarannya..?
Bagi seseorang yang mempunyai impian yang besar, maka hidupnya merupakan satu perjuangan untuk merealisasikan impiannya.

Bagi sesetengah orang yang tidak mempunyai IMPIAN, hidupnya adalah dibaratkan satu persinggahan sementara menunggu saat kematian, atau lebih tepat ia sebenarnya sudah mati.

Adakah anda sudah mempunyai IMPIAN..? Apakah impian anda?

Dengan mempunyai impianlah hidup kita akan menjadi bermakna. Setiap detik dan saat kita terpaksa berjuang dan berjuang untuk mempastikan impian kita menjadi kenyataan. Maka bagi orang-orang yang BERIMPIAN, “hidupnya adalah merupakan satu perjuangan”.

Satu perkara yang perlu kita awasi dalam sesuatu perjuangan yang hendak kita perjuangkan. Adakah perjuangan kita itu menepati kehendak syariat Islam. Jika tidak, maka sia-sia saja kita menghabiskan umur kita dalam perjuangan tersebut dan yang paling malang lagi, jika kita mati semasa perjuangan tersebut hanya mati seperti katak di atas jalan sahaja.

Adakah perjuangan kita dinilai oleh Allah SWT...? Sebagai seorang yang beragama Islam, setiap gerak kerja kita di dunia ini biarlah mendapat penilaian oleh yang Maha Berkuasa, barulah ia menjadi satu pelaburan untuk hari akhirat. Perjuangan itu adalah bermula dari suatu impian.

Sudahkah anda memiliki impian dan bagaimanakan cara untuk anda menjadikan impian anda satu kenyataan. ?

Sudah semestinya saya mempunyai impian yang begitu besar. Bagi saya, dengan memiliki kekayaan sajalah yang akan membolehkan untuk merealisasikan impian saya. Saya bukan berimpian untuk menjadi kaya dan saya juga bukan berimpian untuk hidup mewah. Tetapi dengan kekayaanlah baru saya boleh menjadikan impian saya menjadi kenyataan. Saya terpaksa menjadi kaya dan saya tidak boleh menjadi miskin. Bagi saya, menjadi kaya itu sudah menjadi tanggungjawab saya dan saya akan berdosa jika saya menjadi miskin.

Suka saya untuk meminjam sajak Pak Lah pada masa beliau mula-mula menjadi PM dahulu.

Inilah sajaknya..;

Aku cari bukan harta bertimbun-timbun, Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta, Untuk hidup bergaya,

Aku cari bukan kawan-kawan, Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al Ghazali,
Aku cari mana dia Al Shafie,

Kita bongkar rahsia kitab suci, Cari pedoman,
Kita bongkar rahsia sunnah nabi, Cari panduan,

Aku hidup kerana Dia Rabbi,
Dialah teman,
Dialah wali,
Dia mengcukupi,

Aku hidup bererti,
Menikmati damai abadi,

Itulah sajak Pak Lah yang memang secocok dengan jiwa saya, walaupun saya tidaklah secocok dengan jiwa Pak Lah, tetapi sajaknya adalah sesuai dengan jiwa saya jika ianya ditafsirkan mengikut kefahaman saya.

Dalam keadaan latarbelakang keluarga saya yang serba kekurangan dari segi harta benda, maka saya terpaksa mengubah tradisi keluarga saya dari mewarisi tradisi kemiskinan kepada tradisi kaya dan berada sebaris dengan golongan bangsawan. Memandangkan kerja makan gaji yang tidak seberapa, saya terpaksa berhenti dan menumpukan sepenuhnya kepada perniagaan.

Saya tahu, berniagalah satu-satu jalan untuk menjadi kaya bukan melalui makan gaji. Ramai orang-orang yang kaya yang saya jumpa di luar sana adalah semuanya ahli perniagaan. Bahkan dalam hadis nabi sendiri mengakui, sembilan persepuluh rezeki adalah melalui jalan perniagaan. Saya yakin tiada orang yang akan mempertikai lagi tentang perniagaan kerana ke ia adalah "gateway" kepada rezeki yang melimpah.

Apabila bercakap tentang perniagaan, rata-rata akan membicarakan pasal modal... modal....!! Jadi, Apakah perniagaan yang boleh saya lakukan dalam keadaan kehidupan yang serba kemiskinan…..!!??

Tidak lain dan tidak bukan, perniagaan “kucing kurap”lah yang saya pilih untuk menjadi kerjaya hidupku. Perniagaan “menjaja kacang putih” lah menjadi pilihan saya demi untuk merialisasikan impian ku. Peniagaan “menjual serbuk sabun”lah yang menjadi pilihan saya untuk mempastikan impian ku tercapai.

Adakah benar saya menjalankan perniagaan “kucing kurap”, “kacang putih” atau menjual serbuk sabun…? Tidak…..!! Itu hanya gelaran yang diberikan oleh kawan-kawan saya semasa saya mula-mula mencebur diri dalam bidang MLM. Mereka memanggil perniagaan saya ini seperti perniagaan kucing kurap atau seperti menjaja kajang putih sahaja, mereka memandang remeh dan mengatakan “jatuh standard”.

MLM hanya perniagaan bagi orang-orang yang tiada pekerjaan atau bagi orang yang tidak lulus SPM sahaja. Saya juga ditertawakan oleh kawan-kawan serta staf-staf di pejabat saya ketika mula-mula menyertai MLM. Tertapi ternyata (dipendekkan cerita), selepas beberapa tahun, hasil daripada perniagaan kucing kurap inilah aku telah dapat menaikkan martabat ku di kalangan kawan-kawan ku.

Ternyata, SEBULAN pendapatan aku melalui perniagaan MLM adalah lebih banyak dari SETAHUN pendapatan kawan-kawan yang seangkatan denganku yang dahulunya mengatakan perniagaan MLM ini adalah perniagaan kucing kurap.

Ternyata pencapaianku sepanjang lima tahun lepas adalah amat berbeza sekali berbanding dengan kawan-kawan seangkatan ku semasa di universiti dahulu. Kalau nak diikutkan hati, banyak perkara yang nak aku tuliskan untuk melepaskan geram ku kepada mereka yang dahulunya perli dan merendah-rendahkan kerjaya MLM ku.

Hari ini taraf kehidupan mereka masih lagi tidak berubah sedikitpun setelah bekerja makan gaji melebihi 3 x 5 tahun. Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah, melalui perniagaan berbentuk MLM inilah telah banyak merubah taraf ekonomi ku. Tanpa perniagaan MLM, aku masih lagi kekal dalam kemiskinan. Mulai saat ini aku mengetahui rupa-rupanya ada satu perniagaan yang sangat sesuai untuk orang-orang miskin (seperti aku) untuk menjadi kaya. Perniagaan itu adalah tak lain dan tak bukan adalah perniagaan MLM.

Aku jadikan perniagaan ajaib ini merupakan satu wadah perjuangan ku, InsyaAllah tahun 2010 adalah tahun bagi ku untuk merialisasikan impian ku. Aku mensasarkan tahun 2010 adalah tahun untuk aku menjadikan impian aku menjadi kenyataan, pada tahun itu juga aku akan mencipta impian baru yang lebih mencabar.

Hanya beberapa bulan lagi kita akan bertemu 2010. Tadahlah tangan dan berdoalah semoga kita sama-sama mencapai kejayaan, InsyaAllah.

-Jet Li(M)
mlmSifOO.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails