Followers

Wednesday, October 28, 2009

DON'T yang Ke Empat - DO NOT Be A Racist In MLM


Masih ingat lagi kah 3 perkara "Do Not" dalam posting yang lepas? Kalau dah lupa tak mengapa, saya akan senaraikan kembali seperti berikut ;

1. DO NOT Over Commit - (over Promise)

2. DO NOT Make Affair

3. DO NOT Lend Your Money ... dan

4. DO NOT Be A Racist In MLM

Jangan bangkitkan isu perkauman di dalam MLM.

Sebenarnya bukan hanya isu perkauman bahkan isu keagamaan juga. Jangan membangkitkan isu perkauman, ini adalah perkara sangat penting di dalam mana-mana perniagaan, atau pertubuhan yang melibatkan organisasi yang ramai. Tidak ketinggalan juga didalam organisasi perniagaan MLM. Hasil akhir yang kita mahu di dalam mana-mana perniagaan adalah keuntungan, keuntungan utama yang menjadi fokus utama bagi semua ahli perniagaan adalah “keuntungan wang ringgit”. Wang ringgit adalah “Wang”atau “Duit”. Duit adalah sesuatu benda yang semua orang mahu. Duit tidak menganut mana-mana agama atau mana-mana bangsa.

Ketinggian martabat duit adalah bergantung kepada NILAI nya. Ada yang bernilai RM1, RM5, RM10, RM50, RM100 dan pelbagai lagi nilai-nilai yang lebih tinggi seperti USD atau Pound. Saya yakin dan pasti anda semua sudah tahu tentang perkara ini.

Berbalik kepada perniagaan MLM, apa yang kita mahu ialah “wang”, sudah tentu wang itu adalah hasil dari pemberian bonus oleh syarikat. Jadi, tidak kiralah wang bonus itu datang dari pengedar berbangsa apa pun asalkan ianya membuat pembelian secara sah atau sebagai rakan kongsi perniagaan ataupun pengedar disyarikat tersebut.

Bagi saya tidak timbul penubuhan sesuatu syarikat MLM itu adalah untuk sesuatu bangsa tertentu, contohnya syarikat ini untuk Melayu sahaja atau untuk Kaum Cina atau India sahaja. Cuba anda lihat wang kertas yang dibayar oleh orang Cina atau Melayu atau India adalah sama sahaja. Bagi pengamal MLM atau tokey syarikat MLM yang meniupkan semangat perkauman ini adalah merupakan satu gejala yang tidak sihat. Ia merupakan sesuatu yang menjuruskan kepada pemikiran yang lebih sempit. Sekarang kita sedang menuju globalisasi. Zaman Rasulullah pun beliau berdagang jauh keluar negara dan BUKAN hanya dengan orang Islam semata-mata bahkan beliau berurusan dengan pelbagai bangsa dan agama.

[ ** Tapi sudah tentulah pada masa itu beliau tidak berurusan secara eDagang – sebab belum ada internet lagi ]

Cuma satu hal sahaja yang kita tidak boleh berurusan bersama-sama iaitu dalam aktiviti keagamaan. Perkara ini adalah melibatkan perkara pokok atau AKIDAH. Sebagai orang Islam adalah tidak boleh sama-sekali merayakan atau meyambut atau menyokong aktiviti keagamaan agama lain.

*** Perniagaan atau MLM adalah untuk semua bangsa atau semua agama.

http://mlmsifoo.blogspot.com/

Friday, October 16, 2009

3rd Don't - DON'T Lend Your Money..

Dont yang ke tiga ialah "DON'T Lend Your Money". Masih ingat lagi dalam siri "4 pantang larang dalam MLM.." biar saya ulang semula ;
1. Don't Over Commmit / over promise
2. Don't Make Affair
3. DON'T Lend Your Money

Don't Lend Your Money

Maksud saya ialah.. Jangan beri HUTANG kepada downline atau upline.. Sekali imbas nampak macam kejam sangat. Sama ada kejam atau tak kejam, biar kita sama-sama fikir. Kalau dalam Islam sendiri, berhutang itu suatu perkara yang diharuskan tetapi memadai kepada perkara2 yang wajib atau keperluan sahaja. Bukan suka-suka nak berhutang untuk membeli sesuatu perkara untuk kemewahan.

Begitu juga dengan perniagaan, amalan berhutang untuk menjadikan modal atau untuk mengembangkan perniagan adalah sudah menjadi amalan biasa. Bukan sahaja menjadi amalan biasa, bahkan sudah menjadi satu perniagaan. Pihak pemberi hutang (bank/along) telah membuat satu perniagaan dengan memberi hutang (pinjaman) kepada sesiapa dan akan mendapat keuntungan dengan peratusan tertentu.

Kalau di dalam MLM, upline yang diwar-warkan berjaya dengan bonus yang banyak, sudah dianggapkan mempunyai banyak wang oleh downline masing2. Pada hakikatnya, mungkin betul atau mungkin tak betul. Banyaklah downline-downline yang bermasalah, datang mengadu dan minta bantuan dari segi kewangan. Ada yang tak bayar kereta dah 3 bulan, ada yang bini lari, ada yang anak nak masuk sekolah dan macam-macam karenah lagi..

Upline adalah diibaratkan seperti wakil rakyat, kena jaga hati semua downline, nak kata tak ada duit, nampaknya tak munasabah sebab di atas stage di war-warkan mempunyai bonus puluhan ribu-riban.. Kebanyakan downline yang datang minta nak berhutang ialah downline yang bermasalah dari segi kewangan.

Jadi apa yang saya perhatikan melalui pengalaman saya sepanjang terlibat dalam MLM ialah, boleh dikatakan 90% adalah tak genuine dan fail. Mereka tidak bayar dan akhirnya menghilangkan diri...

Sepanjang 12 tahun dalam MLM, saya ada buku hutang yang saya catat menghampiri RM100,000.00 yang tidak dibayar oleh downline-downline yang bertuah... pada tahun 2007, saya telah membuang buku tersebut dan "MENGHALALKAN" semua hutang-hutang tersebut. Ada beberapa orang nama besar dalam buku itu, saya SMS mereka dan memberitahu yang hutang mereka tak perlu dibayar dan di HALALKAN...

Bagi saya, secara jujur, bukan soal kewangan yang menjadi faktor utama, tetapi soal kawan dan hubungan. Mereka mempunyai modus operandi yang sama seperti berikut;

i. Merayu untuk pinjam duit - memberi pelbagai alasan
ii. Berjanji akan buat MLM bersungguh-sungguh, mereka berkomitmen untuk membayarnya pada masa "sekian-sekian"..
iii. Apabila sampai masa - mereka tak boleh bayar pada masanya, ada yang mengadu dan minta tangguh, ada juga yang langsung buat tak tahu, tapi masih lagi berjumpa di tempat meeting.
iv. Apabila sampai masa pada janji yang ke 2, mereka fail lagi, ada yang minta tangguh lagi, ada yang buat tak tahu, pada masa ini mereka jarang menghubungi kita lagi kerana mereka malu, kalau terserempak ok lah, tapi mereka cuba mengelak untuk berjumpa..
v. Bagi yang ok. Apabila fail kali kedua, mereka minta tangguh lagi, bagi yang tak ok, mereka sudah hilang dan tak menghubungi kita lagi, kadang-kadang call pun tak angkat, mereka malu nak berjumpa dan mereka kata mereka akan jumpa kita apabila ada duit nanti.... Jawapannya... mereka sudah menghilang dan lari dari kita, buka mereka tidak mahu bayar, tetapi mereka tidak mempunyai keinginan yang kuat untuk berusaha membayar duit kita.

Mereka beranggapan kita "masih" mempunyai wang yang banyak. Kalau mereka ada wang tambahan pun mereka guna untuk kepentingan lain terlebih dahulu. Yang lebih menyedihkan saya ialah apabila kita datang ke rumah mereka beberapa tahun kemudian, Wah..!! langsir dan sofa baru..... waduh... hutang kita camana..?

Kebanyakan dari kawan-kawan atau downline saya yang berhutang, mereka menghilangkan diri selepas mereka GAGAL pada janji pertama dan kedua, akhirnya HILANG kawan, bisnes mereka pun tak menjadi..

BUKAN saya nak kata Anda TIDAK BOLEH beri Hutang atau pinjam wang pada mereka. BOLEH bagi, tetapi anda mesti bersedia seperti berikut;

1. Anda kena anggap duit anda sudah "burn". Anda bukan bagi hutang, tetapi bagi FREE sebagai hadiah atau sedekah kepadanya, so berilah sekadar yang mampu dan jangan sekali-kali mengharap ianya akan datang semula.. Sehingga saat sekarang, saya masih lagi serba salah apabila ada kawan atau downline datang untuk pinjam duit atau nak berhutang. Saya lebih prefer untuk memberinya FREE sekadar yang mampu. Saya tidak mengharap untuk dia datang bayar dan saya tidak sakit hati dan saya tidak kehilangan kawan...

2. Anda kena bersedia untuk "hilang seorang lagi kawan" iaitu dia.. Bukan kita minta, tetapi ianya terjadi dengan sendirinya...

Dalam kematangan saya memberi hutang pada kawan atau downline selama lebih 12 tahun. Tiga bulan lepas saya juga terkena, bukan saya tidak belajar dari kesilapan tetapi saya kalah apabila berhadapan dengan RAYUAN... Seorang sahabat baik, beliau berjanji dan merayu-rayu untuk bayar balik dalam masa 1 minggu, sekarang berlarutan sudah 3 bulan, call dah tak angkat, sms pun dah tak reply... Kena juga hampir RM10k....

Sedekah...sedekah... Orang yang kita tidak sangka akan berbuat demikian. Pada dia, dia malu amat sangat untuk berjumpa kita sehingga mempunyai wang di dalam tangan baru mahu jumpa kita semula...persoalnnya bila...? Sahabat hilang, Network pun rosak...

3. Jangan beritahu isteri anda.... huh lagi kacau.. saya kena marah dengan isteri beberapa kes.... You just bayangkan, kita bekerja pagi-petang-siang-malam, tinggal anak bini pergi outstation, kununnya nak cari duit untuk membahagiakan anak isteri... Bila dapat wang, senang-senang saja bagi kawan atau sedara pinjam 2 ribu atau 3 ribu atau 10 ribu... kemudian BURN.... tak bayar... just imagine...!!! Bini minta 3 ribu nak beli cincin berlian atau rantai, kita tak bagi, banyak kira-kira.. Tapi bila dengan kawan atau downline, kita simply give... "give and burn"... "give and take and burn", itu baru tepat... never pay back...

Kesimpulannya..,

90% dari peminjam (downline/upline/kawan) adalah gagal membayar balik - ini mengikut pengalaman saya, risikonya adalah, duit hilang dan kawan hilang.

Saya akan memberitahunya satu perkara.. "Jika anda mahu berkawan dengan saya selama-lamanya, lebih baik jangan pinjam duit dari saya..!! Dia tidak akan faham.. Jika ia begitu berhajat juga, dan saya nampak masalahnya kritikal, saya cuba memberinya sebahagian dengan percuma tanpa niat untuk dibayar balik.

Hati menjadi tenang dan tenteram...

Kawan saya kata;

Bukan salah dia kerana tak bayar duit kau.. tetapi salah kau sendiri..!!
Duit tu pada asalnya berada dalam tangan kau dan ada dalam bank kau..!! Tetapi KENAPA.... KENAPA....KENAPA Kau pergi masukkan duit tu ke dalam akaun dia...!!?? Apa bila duit tu sudah berada dalam akaun orang lain(dia), jangan harap untuk mendapatkannya semula... good bye... kalau kau dapat semula.. itu kira BONUSSSS....!!!..

Saya dapati kawan saya ni begitu susah untuk beri pinjam pada orang lain.. ada benar juga prinsip dia.....


http://mlmSifOO.blogspot.com

Friend... Need your constructive comment....

Friday, October 9, 2009

DON'T Make Affair

Salam sejahtera semua.. bertemu kembali.. DON'T yang kedua dalam siri " Empat Pantang Larang dalam MLM - 4 Don't "
ialah:

DON'T Make Affair.
Jangan membuat hubungan peribadi dengan upline anda ataupun downline anda yang berlainan jantina.. (kalau yang sama jantina..? Lantak pi lah.. haha..)
Banyak kemusnahan di dalam rangkaian MLM terjadi akibat dari hubungan cinta yang terjalin antara upline/downline/sideline di dalam rangkaian, lebih-lebih lagi apabila terjalin dengan pasangan yang sudah berumah tangga. Ianya akan menjadi lebih teruk lagi apabila kedua-dua pihak sudah berumah tangga.

Mereka akan menjadi “lara” dan tidak boleh menumpukan konsentrasi pada perniagaan lagi apabila hubungan cinta sudah bersemadi. Hubungan cinta ini sebenarnya adalah hal peribadi yang saya tidak suka untuk masuk campur. Tetapi jika hal peribadi ini boleh merosakkan seluruh rangkain kita, maka saya bertanggung jawab untuk menulis hal ini. Saya tujukan nasihat ini kepada 2 kumpulan orang;

BAGI YANG SUDAH BERUMAH TANGGA – memang tidak patut sama sekali untuk menjalinkan hubungan sulit, ia boleh menimbulkan fitnah, anda akan tidak dihormati oleh downline anda, anda akan ditakuti oleh isteri2 downline anda. Sebab para isteri mereka tidak akan rasa selesa apabila suaminya(downine anda) berkawan dengan anda lagi, mereka bimbangkan suaminya akan mengikut jejak langkah anda. Selama ini anda adalah idola mereka dan mereka dikhuatiri akan meniru setiap apa yang anda lakukan termasuk juga didalam hal-hal peribadi. Sebab anda adalah upline mereka. AWAS..!

Isteri anda di rumah akan menjadi lebih cemas apabila setiap kali anda keluar pergi meeting atau apa-apa aktiviti MLM anda. Jika anda pernah 'kantoi" maka isteri anda akan menghubungi uplinenya untuk bertanyakan kemana suaminya pergi apabila setiap kali anda (yang ada affair) balik lewat!

Upline anda akan menjadi mangsa tempat mengadu oleh isteri anda apabila hal yang anda buat itu sudah kantoi.. Ingat ... sekali-sekala bolehlah upline tolong cover.. tapi kalau dah beberapa kali pun penat juga nak cover beb..

Kalau Anda gatal juga, dah kahwin tapi masih nak bercinta lagi.. saya pun tak boleh buat apa-apa, mungkin niat anda ikhlas. Nak betul-betul dan akan jadikan isteri, maklumlah lelaki boleh kahwin lebih dari satu kan.

Nasihat saya :
Janganlah bawa ke hulu-ke hilir kononnya pergi menaja, meeting dan sebagainya. Asyik dok service yang sorang ni je, orang lain pun akan perasan. buatlah seperti biasa.
Janganlah berkelakuan seperti orang yang sedang bercinta semasa didalam waktu aktiviti perniagaan (bussines office hour). Bercintalah diluar waktu perniagaan MLM anda atau di luar tempat yang tidak boleh dilihat oleh downline anda yang lain..
Jangan sponsor dia jadi ahli atau jadi downline anda jika anda sudah berniat untuk menjadikan dia "girlfriend" anda. Kalau sudah ter"sponsor" atau sudah terjadi downline anda, suruh dia berhenti buat MLM, cari kerja lain. Anda boleh bercinta diwaktu yang lain yang tidak melibatkan rangkaian anda yang lain.

Bagi Yang Belum Berumah Tangga - Yang ini tak teruk sangat, para isteri kepada downline anda tak lah risau sangat jika mempunyai upline begini sebab anda belum kahwin. Anda mungkin boleh kata, dah memang jodoh nak bertemu di dalam rangkaian MLM ni apa aku boleh buat..

Bercinta tu biarlah bertempatlah jangan asyik berkepit je nanti downline-downline anda yang lain akan boring dan menyampah juga. Jika anda berjaya didalam rangkain anda (boleh buat sale), mungkin perbuatan bercinta itu tidak nampak buruk sangat tetapi jika sebaliknya, NAMPAK sangat yang anda sebenarnya bukan nak buat MLM pun cuma nak mengambil kesempatan ke hulu-ke hilir bersama girlfriend anda bertopengkan perniagaan MLM.

Cuba elakkan bercinta dengan downline dari rangkaian sideline anda. Sudah pasti dia(girlfriend) akan sentiasa bersama anda didalam setiap aktiviti MLM. Anda akan dituduh curi downline atau over cutting apabila uplinnya selalu nampak yang dia selalu bersama anda. Kalau sale kumpulan dia(girlfriend) sentiasa meningkat mungkin uplinnya tidak komplen tetapi jika sebaliknya, mungkin uplinnya akan komplen dan marahkan anda. Ini akan menjadi teruk lagi jika uplinnya adalah kawan baik anda.

Kesimpulannya beginilah bro...
Anda boleh buat apa saja, bercinta ka, bertunang ka, berkahwin ka atau "beranak ka" asalkan ianya tidak berlawanan dengan hukum atau syariat Islam, yang pentingnya mesti buat dengan cara yang betul. "put it nicely".
Di dalam MLM ini, anda berpeluang menjadi glamour, anda adalah idola pada orang lain, anda juga seperti celebriti. Jadi banyak cubaan atau godaan atau fitnah yang dengan senang boleh menjadikan kita jatuh.
Sepanjang penglibatan saya didalam MLM lebih 15 tahun. Ada beberapa kes seperti diatas berlaku. Kebanyakannya berakhir dengan kegagalan dan kehanyutan. Dahulunya seorang leader hebat tapi kini namanya sudah jatuh dan dicemuh orang... to be continue insyaAllah

source:
Jet Li(M)
http://mlmSifOO.blogspot.com
p.s. please help my friend to vote accord or camry or CLS or BMW tq

see ya on the next "DON'T".. soon

Thursday, October 8, 2009

Empat Pantang Larang dalam MLM - 4 Don't

Hari ini saya akan kongsikan dengan anda, empat perkara "wajib tidak lakukan". Atau saya panggil juga sebagai "Four Dont", Jika anda terfikir untuk melakukannya, sila berhentikan. Perkara-perkara tersebut akan boleh merosakkan anda dan perniagaan anda. Ia juga boleh merendahkan kredibiliti anda dan macam-macam lagilah...

Yang PERTAMA : Don't Over Commit

    Jangan membuat komitmen yang berlebihan dan yang tidak sepatutnya diucapkan. Kebanyakan pengedar yang begitu “excited” untuk menaja seseorang kedalam rangkaiannya membuat satu komitmen atau janji yang berlebihan kepada prospek.

    Bagi prospek yang baru ingin menjinakkan diri dalam MLM mereka akan terpedaya dengan kata-kata manis ini dan akhirnya mereka akan mengalami kekecewaan. Contoh-contoh janji manis atau “over komitmen” adalah seperti berikut;

    1. Kalau awak masuk dengan saya, awak jangan risau, saya akan letakkan leader2 hebat di bawah awak.
    2. Saya akan hantar barang ke tangga rumah awak pada setiap kali awak ordernya.
    3. Saya akan service semua downline2 awak.
    4. Saya akan susun semua kaki cantik-cantik dibawah awak.

      Itu adalah contoh beberapa janji-janji manis yang saya panggil "over commit". Sebagai upline yang bertanggungjawab, sudah pasti tugas membantu downline adalah satu tugas utama dan menjadi agenda dalam perjuangan. Bentuk bantuan itu ada pelbagai cara seperti, servicing, buat demo, buat penajaan, table talk, meeting dan sebagainya.

      Kita jangan sekali-kali membuat janji-janji yang berlebihan untuk membuatkan prospek bergabung dengan kita. Biarlah dia bergabung kerana dia nampak peluang samada dari segi peluang pendapatan atau peluang produk.

      source : http://mlmSifOO.blogspot.com

      DON'T yang ke 2 dan seterusnya akan saya huraikan pada posting yang akan datang.. tungguuuuu...!!

      Sesiapa yang belum UNDI Accord atau Camry / CLS atau 6 Siries, sila VOTE di sebelah kanan.. tq

Sunday, October 4, 2009

Accord atau Camry

Baru-baru ni kawan saya En Hasli di Facebook ajak saya pergi "test drive" honda accord dan camry. Dia plan nak beli kereta ni sebulan lagi. Sekarang sedang confuse nak beli Accord atau Camry.. Minta kawan-kawan semua beri sokongan pada dia... Tolong undi di ruangan sebelah kanan.. Accord atau Camry... Hari ni giliran dia, nanti akan datang man lah tahu giliran anda pula.. Kalau ada extra comment boleh la tulis dalam ruangan comment di bawah tu.. tq bro..




Err.. satu lagi.. saya pun nak minta anda tolong saya untuk pilih antara Mercedes CLS 350 atau BMW 6 Siries.. Mana lah tahu kot-kot ada rezeki tahun ni... Saya dah mimpi lama dan kete 2 jenis ni.. saya dah tulis impian ni 2 tahun dulu.. lihat sini..

Please help me to vote also.. tq..

tq..tq

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails