Followers

Saturday, December 12, 2009

CountDown 2010 - 19 Hari lagi

Pada hari saya menulis posting ini, tinggal cuma 19 hari lagi untuk bertemu 1 Januari 2010. Wah..!! tahun 2009 sudah di penghujung.. Tetapi yang lagi pantas akan bertemu anda ialah tahun baru Hijrah iaitu 1431 H yang akan datang pada 18 Dec ini iaitu 1st MUHARRAM. Hanya tinggal beberapa hari lagi.

Walau apapun terjadi, masa tetap berjalan dan berlalu, ia tidak akan menoleh kembali dan tidak akan melengahkan walau hanya sesaat. Jika umur kita panjang, kita akan berjupa lagi Satu Muharram 1432, 1433, 1434 dan seterusnya. Kita akan berjumpa lagi Satu Januari 2011, 2012, 2013 dan seterusnya... 2020... Bagi saya berapa lama lagi kita hidup atau berapa panjang usia kita, itu bukan menjadi satu kepentingan.

Yang menjadi kepentingan bagi saya ialah sepanjang masa yang berlalu, bagaimanakah kita menggunakannya ? (how we spend our time). Bagaimana kita menghabiskannya ? Inilah satu persoalan yang akan ditanya oleh tuan punya masa nanti iaitu Allah SWT..

Jika kita menghabiskannya dengan cara yang baik dan bermanfaat (worth), maka ia (ALLAH) tidak akan teragak-agak untuk memberi masa tambahan lagi untuk kita jika perlu, tapi jika kita tidak menggunakannya dengan baik, saya pun kurang pasti sama ada kita masih layak kah untuk meminta atau diberi masa tambahan.... #$%@%&&..!!

Nampaknya TAHUN BARU datang lagi. Alhamdullah, semoga kita sama-sama dapat menyambung lagi umur kita selama 365 hari lagi sebelum kita bertemu tahun baru 2011 pada akhir December 2010 nanti.

Marilah kita sama-sama berazam untuk menjadikan tahun 2010 atau 1431H ini satu tahun yang betul2 bermakna. Suatu tahun yang betul-betul menjadi "THE BEST" dalam hidup kita.

Cuba kita imbas kembali sepanjang tahun 2009 atau beberapa tahun yang lepas (2005-2009), berapa banyakkah perubahan yang telah kita lakukan, dari segi kehidupan kita dan keluarga, ibubapa, masyarakat dan seterusnya agama kita. Atau mungkin kita telah terlepas banyak peluang keemasan, cuba lihat kawan-kawan kita yang telah berjaya, mereka berjaya menaik taraf status kehidupan mereka, status kewangan mereka dan nampaknya mereka sudah jauh lebih baik dari dahulu... Kita masih di takuk lama...

Kenapa jadi begini...? Ini adalah kerana kita tidak berani berubah... kita tidak berani untuk mengubah taraf kehidupan kita sendiri, kita tidak berani untuk MENJADI KAYA . Di dalam surah Ar Rad, Allah telah berfirman yang bermaksudnya :

"Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali mereka sendiri berusaha merubahnya".

Dari ayat tadi jelaslah menunjukkan bahawa kita BOLEH merubah nasib kita dari miskin menjadi KAYA atau sebaliknya, jika kita mahu merubahnya.. Jika tahun-tahun yang lepas, kita miskin, atau berada di dalam kesusahan atau kesempitan kewangan, TIDAK MENGAPA. Mulai hari ini dan akan datang, kita akan berusaha yang terbaik untuk mengubahnya nasib kita menjadi lebih baik dna lebih baik dan lebih baik... dan seterusnya menadi kaya...

Untuk mendapat penghasilan yang baik, atau pendapatan yang baik (pendapatan orang kaya), sudah pasti kita wajib mengubah carakerja yang kita lakukan. Kalau beberapa tahun dahulu anda mencari rezeki melalui sumber makan gaji, maka pada hari ini, marilah kita menambahkan sumber mencari rezeki kita iaitu dengan menceburkan diri dalam bidang perniagaan..

Cara lama mencari rezeki (makan gaji) sudah terbukti oleh diri sendiri tidak boleh mendatangkan kesenangan, anda sendiri sudah tahu berapa baki duit gaji apabila setiap akhir bulan...!! Anda sudah sedia maklum kerana perkara ini berlaku setiap bulan, sentiasa mengalami kegawatan ekonomi.. Ini bermakna, jika anda terus mencari rezeki menggunakan cara yang sama, anda juga akan mendapat rezeki yang sama.

Ada pepatah inggeris berkata " if you do the same thing, you will get the same result".
Jadi.. ubah cara anda mencari rezeki.. INSYAALLAH pada tahun akan datang anda akan menjadi lebih "bertambah rezeki" .. KAYA...

http://mlmSifOO.blogspot.com

2 comments:

muhsync said...

selamat menyambut tahun baru 1431H dan 2010M..apa agaknyer opportunity utk tahun baru nnt.. =)

Unknown said...

Semoga tahun baru kita akan lebih berjaya...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails