Followers

Tuesday, January 19, 2010

MOTIVASI MLM

Motivasi atau Motivasi MLM adalah sesuatu yang WAJIB ada untuk menjadikan kita berjaya. Perkataan motivasi adalah satu perkataan yang sudah tidak asing lagi bagi kita semua. Apakah definasi Motivasi ini..?

Motivasi adalah berasal dari perkataan Bahasa Inggeris iaitu “Motivation” yang berasal dari kata dasarnya ialah “MOTIVE” atau dialih ke Bahasa Melayu menjadi MOTIF. Motif ini yang memberi maksud TUJUAN.

Kita sering terbaca di akhbar atau terdengar berita di TV yang menyebut “Motif Pembunuhan adalah belum diketahui dan masih lagi dalam siasatan”.

Perkataan Motif disini adalah sebagai satau tujuan yang mengakibatkan satu tindakan atau mendorongkan satu tidakan berlaku.. Dengan “kekuatan motif” inilah yang mendorongkan satu “tindakan”.

Saya boleh kataka maksud Motivasi atau Motivation ialah sebagai ;

Satu Tujuan atau Hajat Yang BESAR sehingga boleh mendorong seseorang itu bertindak dan berusaha mendapatkannya.

Apakah motivasi anda untuk Berjaya di dalam MLM yang anda lakukan..?

Anda perlukan satu tujuan yang besar atau hajat yang besar sehingga boleh mendorong anda berusaha untuk mendapatkannya. Motivasi juga merupakan pendorong untuk anda bertindak melakukannya, ia juga merupakan seperti magnet yang berada dihadapan dan mampu MENARIK anda kesana... Motivasi juga merupakan seperti pelancar roket yang mampu melancar roket ke bulan.. Motivasi adalah bermula dari satu titik permulaan yang saya panggil sebagai “Titik Tolak” atau “Turning Point”.

Apakah titik tolak anda untuk Berjaya..? Dari situlah mulanya Motivasi...

Apakah perkara yang menjadi motivasi kepada anda untuk terus bertindak dan menjadikan anda berbeza dari 95% orang lain yang selalunya gagal atau berhenti dalam masa 3 ke 6 bulan kemudian?

Tidak semua orang berminat untuk membuat duit yang banyak atau berjuta-juta. Jika anda mencebur diri dalam MLM dengan berharapan seperti itu, saya secara jujur mengatakan ini adalah satu motivasi yang tidak kuat dan anda akan termasuk di dalam golongan 95% orang yang gagal 3 ke 6 bulan kemudian.

Bagi saya ialah kerana saya ingin melihat masyarakat di luar sana bebas dari kemiskinan, terutama sekali kepada golongan yang tidak mampu seperti orang tua yang terbiar, anak yatim, golongan cacat yang terbiar dan sebagainya. Saya terpaksa menjadi KAYA untuk membantu golongan ini sebaik mungkin. Saya jadikan MLM sebagai satu wadah perjuangan saya untuk mencapai cita-cita murni ini. InsyaAllah.

Kawan saya menjadikan “keadaan kemiskinannya” pada masa itu sebagai motivasi untuk dia berubah dan menjadi kaya melalui MLM. Beliau sudah tidak tahan dicerca dan diherdik oleh Mak Mertua serta seluruh keluarga mereka kerana kemiskinannya.Beliau juga dipaksa berkali-kali supaya menceraikan isterinya jika masih miskin lagi.

Kawan saya yang seorang lagi juga menjadikan kemiskinannya sebagai batu loncatan atau motivasi untuk dirinya terus gagah menghadapi siku liku di dalam perniagaan MLM dan akhirnya beliau Berjaya mengeluarkan diri dan keluarganya dari belengu kemiskinan. Suatu hari beliau diludah oleh kawannya, “Tuih..!! KALAU MISKIN TAK PAYAH NAIK KERETA, BAWA ANAK BINI KAU BALIK JALAN KAKI SAHAJA…..” Suatu hari beliau ingin meminjam kereta dari kawannya untuk balik ke kampung kerana ada kematian di pihak keluarganya. Itulah jawapan yang diterima.

Anda pula bagaimana…?

Orang-orang Berjaya, menjadikan keadaan sekarang (keadaan miskin dan serba kekurangan) sebagai MOTIVASI atau Batu Loncatan untuk Berjaya di dalam MLM, sebaliknya 95% orang-orang “biasa” yang gagal, mereka menjadikan keadaan sekarang (keadaan miskin dan serba kekurangan) sebagai alasan yang kuat untuk TIDAK Berjaya. Mereka asyik berkata, “susah kerana aku tiada wang”, “susah kerana aku tiada kereta” dan macam-macam lagi..

Mulai sekarang, carilah satu sebab KENAPA anda nak Berjaya..!!? atau
WHY..? U have to success…?

Jadikan “Why” itu sebagai Batu Loncatan atau Turning Point untuk MEMOTIVASIKAN anda supaya Istiqomah di dalam perniagaan MLM anda dan seterusnya anda Berjaya berada di dalam golongan Insan Luarbiasa 5%.. Itulah yang di maksudkan oleh saya dengan perkataan “MOTIVASI MLM”…

Original : http://mlmSifOO.blogspot.com

Buang Alasan dan Jadilah "Winner" - Pemenang

Saya memohon untuk anda menulis "Apa alasan anda untuk berjaya..?" di ruangan comment di bawah... Please tell me WHY...WHY.. Why you have to success....

Jadikan "Why" ini sebagai Motivasi MLM anda..

Good Luck..

Jumpa anda di Kemuncak Kejayaan…

16 comments:

mdcamel said...

WHY?SAYA PK sampai bila saya nak makan gaji.........duit x pernah cukup.Gaji naik rm50 je setahun.Kos hidup makin tinggi dan nak tolong anak2 yatim dan orang2 yg miskin daripada saya.

Trader Komoditi Kelapa Tua said...

motivasi? ingin menjadi pemberi iaitu tangan yang berada di atas..

Jet Li (m) said...

Thanks Kamal... "why" anda masih lagi tidak kuat untuk memberi asalan kenapa anda berlu kaya dan berjaya.. anda kena cari "Why" yang lagi power yg membolehkan anda terus melonjak ibarat Spring... "Saya pk sampai bila saya nak makan gaji...duit tak pernah cukup....." belumm cukup kuat untuk memotivasikan seseorang..

Saya bagi contoh untuk anda.. Keadaan kerja anda sangat tertekan, anda seorang yg jujur dan rajin tetapi boss anda kurang nampak keikhlasan anda, hanya dengan sedikit kesilapan anda, bos anda perlakukan anda seperti kuli atau hamba dengan mengatakan "Stupid".."Bodoh, bangang: dan sebagainya. Setiap hari kena maki hamun. Itu adalah salah satu contoh batu loncatan yang menyebabkan anda anda ingin segera keluar dari keadaan itu.

Jet Li (m) said...

AmbengPic... "Why" anda sangat bagus, tetapi ianya tidak kuat kerana anda tidak tertekan dengan suasana itu. Maksudnya jika anda tidak capai impiananda pun tidak memberi tekanan dalam hidup anda.

Anda boleh terus berimpian begini, tetapi kena menjadikan Impian ini seperti Magnet yg boleh menarik anda kesana.

Seperti "Kamal".. motivasi yg diperlukan ialah seperti Pelancar roket yg boleh menolak dia keluar dan menuju ke arah kekayaan.

Bagi AmbengPic, anda kena jadikan "Why" anda seperti MAGNET yang akan menarik anda kesana.. bagaimana..? Sentiasa Menulis impian anda, mengingatinya, menghafalnya, menampalnya di mana2 yg anda selalu lihat, membayangkannya, mencari seseorang yg sudah berjaya seperti yg anda impikan dan menjadikannya IDOLA anda, setkan time frame bila untuk anda mencapainya... sentiasa imaginekan yg anda sudah mencapainnya... selamat mempraktikkannya.. insyaAllah..

FAIZAL MALAYSIAN USANA said...
This comment has been removed by the author.
faizal Pasir Mas said...
This comment has been removed by the author.
faizal Pasir Mas said...

y i doing Direct selling or MLM??this is for my future lagecy..maksudnya apa yang kita bina sekarang ini insyaAllah akan diwarisi dan juga hasilnya dapat di makan oleh anak cucu anda.byangkan anda sekrang ni berkerja walupun dapt gaji rm 10k sebulan, tetapi itu hanyalah berlaku sekiranya anda sihat..tapi , sekirnay anda terlantar di hospital ataupun meninggal dunia,,hah time tu lah BARU nk mengadah..haha..so, walaupun anda berharta sekarang, jagn ingat selama2nya anda macam tu, so, dengan Networking biz ni, anda dapat 3 Perkara: KESIHATAN, KEWANAGN & KEBEBASAN MASA..syukran..- FAIZAL USANA- ( 21-01-2010) 11am..TMTC jalan semarak~

Unknown said...

kerana saya mahu menolong orng sekeliling,family,kawan2 yang senasib dan lebih malang dari saya..
saya nak buktikan jika kita mahu pasti akan dpt, tidak kira latar belakang kita penjenayah tidak sekolah dan lain2..asal kita mahu pasti ade jalan..

Unknown said...

Saya bekerja selama 5 tahun tapi saving satu sen pun takde tapi hutang kad kredit berderet2,hutang MARA, Hutang PTPTN, Hutang TEKUN, Hutang ngan kawan2 saya tak dapat nk selesaikan.duk meminta2 aje.tiap2 bulan duit asyik tak cukup.nak berkawin pun duit takde,tak sanggup dihina dan diperli.

saya ada impian yg tinggi nak ada banglo,kereta bmw, sentiasa ada wang,tapi kalo saya duk makan gaji semuanya tak akan tercapai

impian saya sebelum umur 35 tahun saya akan bergelar JUTAWAN.

saya dah tak sanggup hidup begitu jadi saya nampak hanya dengan MLM saya boleh berjaya yg penting saya buat tanpa gagal.

2010 akan bermulalah perjalanan BARU dalam diary hidup aku.

Fabulous-Shoppe said...

Salam,

Jom la cuba NONI B-SWAN. Skrg tgh meletup2 di Johor dan Singapore. Produk berasaskan mengkudu. Diiktiraf oleh FDA, Halal IFANCA dan KKM. Produk murah tetapi sgt berkesan utk pelbagai penyakit. Lebih berkesan dr Herbalife dan Alpha Lipid. Orang kurang pendapatan pun mampu nak beli. Awalnya saya makan sendiri tapi skarang dah jadi stokis.

Menariknya... produk hebat, sistem pun simple tapi mant0p!! Modal yg rendah hanya sekali seumur hidup, tak perlu maintain, tiada sistem pangkat, tiada PV dan BV. Bonus lumayan berdasarkan sistem binary utk ahli yg masuk di bwah kita. Pakej ahli RM150 (classic), RM750 (silver)atau RM1500 (gold) sahaja.. Utk pakej Stokis RM6000, byk kelebihan; dapat CTO 3% setiap bulan sehingga pulang balik modal, 5% utk setiap borang ahli yg didaftarkan dan bole buat networking.

Makcik saya leader di JB. Buat x smpai setahun dah capai income RM100 ribu sebulan.

Dah macam2 MLM saya dengar. Dan pada saya ini adalah bisnes paling mudah dan tak membebankan. Orang pun x pening sbb bisnes ini berasaskan 3 produk sahaja.

Lihat dulu testimoni pengguna produk dan luangkan masa utk baca keterangan produk n sistem:

TENGOK DAHULU.. TAK RUGI...

LINDA
0173288861
http://noni-sihat.blogspot.com

Unknown said...

Y? Hampir 30 tahun bekerja masih banyak hutang.Kini usia meningkat 52 tahun. tak lama lagi kena kick out of the company. Retirement period. hutang rumah masih tak settle lagi. tak pernah dapat pergi tour. even untuk pergi menunaikan Umrah. Berhajat untuk ke Mekah untuk menunaikan haji dan umrah. Mungkin dengan cara buat bisnes ini dapat mengubah hidup saya. Amin Ya Rabbal alamin.

fazz said...

Y???aku nk berjaya SEBAB aku nak tolong diri aku,famili,bangsa,dan agama.inilah tanggungjawab aku.
aku tak tunggu dibantu,aku yang nak membantu.lagi 1,aku mempunyai impian nak majukan industri MLM yg rmi owg duk salah anggap tu(smg mrk cepat2 diberikan hidayah).
1 MEI 2012,JUTAWAN AKU PASTI.
(aku doakan ANDA semua juga SEBAB anda mempunyai niat yg murni spt saya).

shah said...

alhamdulilah......dengan MLM aku berjaya berhenti kerajaan yg telah aku berkhidmat selama 8thn...walau aku miliki ijazah dan diploma... aku tetap nampak yg biz MLM ini adalah batu loncatan utk aku bergelar seorang usahawan.... hampir 5thn aku diindustri ini dan aku percaya.. aku yakin bahawasanya mereka yg berusaha pasti akan berjaya... jgn sesekali merasa mudah putus asa krn kejayaan pasti akan hadir jika anda terus berusaha... cmshark_8834@yahoo.com

Yaya D'sweety said...

Y/ WHY? dari kecil sy hidup susah, sejak itu sy ingin jd kaya,impian paling kuat sy ingin agar sy dapat penuhi semua keperluan orang tua sy,sdikberadik sy.. Paling sedih bila mana ibu atau adik sy minta duit.. Sy tak ada duit.. Tp sy tak sanggup cakap..TIADA. Sy tahu rasanya jd orang susah..sebab tu sy mahu jd JUTAWAN bantu siapa sj..pernah berimpian untuk lawat rumah anak yatim dan beri hadiah atau sumbangan tp belum ada kemampuan.. Impian sy perlu capai itu alasan sy WHY I NEED TO SUCESS

Unknown said...

Ingin menjadi jutawan???brapa pndptan anda inginkan sbulan???saya bole mmbntu....xsusah kalau ikut cara saya....saya akan bmbing anda...:-)

Nazurah Husna said...

Saya x nak kerje, nak duduk rumah je, kemas rumah, jage suami tapi nak ade duit masuk dalam akaun bank.

Lepas tu, saya nak bg penididkan yg bgs utk anak-anak saya. Kemudian, sy nak tolong anak2 yatim yg susah sebab dulu sy pon ank yatim..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails