"Sifoo.. APA BEZA PULAK MLM DENGAN BINARY SYSTEM & CEPAT KAYA SYSTEM ? - " soalan ini di post di ruangan comment oleh "Razali"
Itu soalan yang sangat baik. Terima kasih kerana sudi bertanya. Biar saya mula dengan MLM..
m
MLM
- ialah salah satu kaedah pemasaran produk yang dikawalselia dibawah akta jualan langsung (ajl), singkatan dari B. Inggeris iaitu "Multi Level Marketing" atau dalam Bahasa Melayu ialah "Pemasaran Pelbagai Peringkat". Ia adalah satu kaedah pemasaran produk melalui pembinaan jaringan(networking). Komisen dibayar mengikut jumlah overiding yang diperolihi dari jaringan yang dibina. Peratusan overiding adalah berbeza bergantung kepada peringkat mana anda berada serta juga mengikut bilangan generasi di dalam jaringan anda.
b
Binary System
- Binary ialah salah satu kaedah pelan pembayaran bonus atau "compensation plan" yang digunakan untuk membayar komisen/bonus kepada pengedar-pengedar dalam sesuatu syarikat MLM. Ada banyak jenis "pelan Pembayaran Bonus" yang digunakan oleh syarikat-syarikat MLM untuk membayar komisen kepada pengedarnya. Diantaranya ialah seperti;
b
Binary
Binary
Unilevel
Matrix
Hybrid (unilevel + binary)
Stairstep Breakway
Tri Max/Multi Max
dan macam-macam lagi...
d
Binary adalah berasal dari perkataan "Bi" yang bermaksud "dua" atau "2". Jadi Binary ialah plan yang menekankan penajaan langsung tak kurang atau tak lebih dari 2 orang atau 2 kaki. Disebabkan hanya 2 orang penajaan langsung yang dibenarkan, maka penajaan yang ke tiga mestilah diletakkan di bawah mana-mana kaki 1 atau 2, atau lebih dikenali sebagai "left" atau "right".
Kebiasaannya komisen adalah bergantung kepada jumlah pasangan (matching) volume pada "left" dan jumlah volume pada "right".
c
CEPAT KAYA SYSTEM
- yang ini saya tak faham dan tak pernah dengar. Saya pernah dengar perkataan "sekim cepat kaya" atau kebiasaannya dikaitkan dengan "pak man telo" atau "labu peram".
Saya rasa sekim cepat kaya ini tidak ada di dunia. Saya juga mencari-cari sekim cepat kaya, jika ada sila hubungi saya, saya juga ingin menyertainya jika boleh lebih cepat kaya dari apa yang sedang saya lakukan. Ikhlas saya perkatakan... jika ada sila hubungi saya melalui blog ini.
k
Kesimpulan
Hubungan antara AJL, MLM dan Binary...
AJL - ialah akta yang digubal oleh kerajaan untuk mengawal selia sistem pemasaran jualan langsung..
j
Jualan Langsung adalah dari pelbagai kaedah pemasaran seperti MLM, SLM, Mail Order.... dan lain-lain.
Melalui kaedah MLM, pelan pembayaran komisen adalah terdiri dari pelbagai jenis seperti;
b
Binary
Unilevel
Matrix
Hybrid (unilevel + binary)
Stairstep Breakway
Tri Max/Multi Max.
Diharap anda mendapat info yang jelas berkenaan perkara diatas, terutama sekali kepada En Razali semoga ianya menjawab persoalan anda.
Unilevel
Matrix
Hybrid (unilevel + binary)
Stairstep Breakway
Tri Max/Multi Max.
Diharap anda mendapat info yang jelas berkenaan perkara diatas, terutama sekali kepada En Razali semoga ianya menjawab persoalan anda.
-SifOO