Followers

Saturday, June 30, 2007

Beza (MLM vs Binary)

Saya ada terima satu soalan dari pembaca kita. Ianya berbunyi seperti dibawah;
"Sifoo.. APA BEZA PULAK MLM DENGAN BINARY SYSTEM & CEPAT KAYA SYSTEM ? - " soalan ini di post di ruangan comment oleh "Razali"
Itu soalan yang sangat baik. Terima kasih kerana sudi bertanya. Biar saya mula dengan MLM..
m
MLM
- ialah salah satu kaedah pemasaran produk yang dikawalselia dibawah akta jualan langsung (ajl), singkatan dari B. Inggeris iaitu "Multi Level Marketing" atau dalam Bahasa Melayu ialah "Pemasaran Pelbagai Peringkat". Ia adalah satu kaedah pemasaran produk melalui pembinaan jaringan(networking). Komisen dibayar mengikut jumlah overiding yang diperolihi dari jaringan yang dibina. Peratusan overiding adalah berbeza bergantung kepada peringkat mana anda berada serta juga mengikut bilangan generasi di dalam jaringan anda.
b
Binary System
- Binary ialah salah satu kaedah pelan pembayaran bonus atau "compensation plan" yang digunakan untuk membayar komisen/bonus kepada pengedar-pengedar dalam sesuatu syarikat MLM. Ada banyak jenis "pelan Pembayaran Bonus" yang digunakan oleh syarikat-syarikat MLM untuk membayar komisen kepada pengedarnya. Diantaranya ialah seperti;
b
Binary
Unilevel
Matrix
Hybrid (unilevel + binary)
Stairstep Breakway
Tri Max/Multi Max
dan macam-macam lagi...
d
Binary adalah berasal dari perkataan "Bi" yang bermaksud "dua" atau "2". Jadi Binary ialah plan yang menekankan penajaan langsung tak kurang atau tak lebih dari 2 orang atau 2 kaki. Disebabkan hanya 2 orang penajaan langsung yang dibenarkan, maka penajaan yang ke tiga mestilah diletakkan di bawah mana-mana kaki 1 atau 2, atau lebih dikenali sebagai "left" atau "right".
Kebiasaannya komisen adalah bergantung kepada jumlah pasangan (matching) volume pada "left" dan jumlah volume pada "right".
c
CEPAT KAYA SYSTEM
- yang ini saya tak faham dan tak pernah dengar. Saya pernah dengar perkataan "sekim cepat kaya" atau kebiasaannya dikaitkan dengan "pak man telo" atau "labu peram".
Saya rasa sekim cepat kaya ini tidak ada di dunia. Saya juga mencari-cari sekim cepat kaya, jika ada sila hubungi saya, saya juga ingin menyertainya jika boleh lebih cepat kaya dari apa yang sedang saya lakukan. Ikhlas saya perkatakan... jika ada sila hubungi saya melalui blog ini.
k
Kesimpulan
Hubungan antara AJL, MLM dan Binary...
AJL - ialah akta yang digubal oleh kerajaan untuk mengawal selia sistem pemasaran jualan langsung..
j
Jualan Langsung adalah dari pelbagai kaedah pemasaran seperti MLM, SLM, Mail Order.... dan lain-lain.
Melalui kaedah MLM, pelan pembayaran komisen adalah terdiri dari pelbagai jenis seperti;
b
Binary
Unilevel
Matrix
Hybrid (unilevel + binary)
Stairstep Breakway
Tri Max/Multi Max.

Diharap anda mendapat info yang jelas berkenaan perkara diatas, terutama sekali kepada En Razali semoga ianya menjawab persoalan anda.
-SifOO

10 comments:

Dr said...

wah MDAM Zulkey hashim sangat hebat dan bergaya...

Hidup CNI

mz-sifoo said...

Sorry lambat reply to your comment.
Alhamdulillah, di CNI banyak saya belajar sehinngga saya mencapai pangkat tertinggi di sana (MDAM), sy sempat menikmati beberapa kereta mewah dan juga rumah mewah serta perlancungan setiap tahun yg mewah. Alhamdulillah. Untuk pengetahuan anda.... saya kini sudah tidak bersama CNI lagi.. rujuk blog saya di www.jetli-m.blogspot.com

Saya telah resign dari CNI dan kini berada dalam satu industri yang masih sama tapilebih mencabar..

Thanks you "dr" kerana sudi menyapa di blog ini. Anda masih lagi boleh menghubungi saya di blog ini atau menggunakan no hp saya yg lama. tq

syahbandar87 said...

hmm..sy ada mengkaji jg..tp bkn lah dr sudut piramid ataupun tidak..tapi dari segi syariat islam..sy ada tulis ttngnye disini http://syahbandar87.blogspot.com/2009/11/haramkah-mlm.html

..muga umat islam lebih peka dan bertanye dahulu orng yg lebih mengetahui sejauh mana halal nye mlm ni sblm msk.bkn maen redah je sehingga mengabaikan halal haram..yg sy tau salah satu mlm yg ikut syarak dan ada penasihat agama adalah HPA yg mana syarikatnya adalah milik islam dan juga ia bkn lah piramid..maknanya kita hnya akan dpt untung bila kita cr sdnri ahli br..tp jika orng bwh kita cr maka ia tidak memberikan apa2 manfaat pun pd kita..ye,mmg cara ini agak lambat sbb hnya kita yg bekerja..namun ia mematuhi kehendak islam

amat sukar jika syarikat milik bukan islam yg bisness planning nya pun tidak merujuk pakar muamalat islam kemudian bebas dari unsur2 riba,judi,syubhah ataupun sesuatu yg bercanggah disisi islam..kita islam jadi adalah berwajib untuk kita lebih peka akan hal ini dan merujuk pandangan ulama sebelum memasuki mana2 mlm skalipun..

Roslinda Idris said...

Salam,

Jom la cuba NONI B-SWAN. Skrg tgh meletup2 di Johor dan Singapore. Produk berasaskan mengkudu gred terbaik yg ditanam di Hawaii. Diiktiraf oleh FDA, Halal IFANCA dan KKM. Produk murah tetapi sgt berkesan utk pelbagai penyakit. Lebih berkesan dr Herbalife dan Alpha Lipid. (pesakit Psoriasis pulih sepenuhnya!)Orang kurang pendapatan pun mampu nak beli. Awalnya saya makan sendiri tapi skarang dah jadi stokis.

Menariknya... produk hebat, sistem pun simple tapi mant0p!! Modal yg rendah hanya sekali seumur hidup, tak perlu maintain, tiada sistem pangkat, tiada PV dan BV. Bonus lumayan berdasarkan sistem binary utk ahli yg masuk di bwah kita. Pakej ahli RM150 (classic), RM750 (silver)atau RM1500 (gold) sahaja.. Utk pakej Stokis RM6000, byk kelebihan; dapat CTO 3% setiap bulan sehingga pulang balik modal, 5% utk setiap borang ahli yg didaftarkan dan bole buat networking.

Makcik saya leader di JB. Buat x smpai setahun dah capai income RM100 ribu sebulan.

Dah macam2 MLM saya dengar. Dan pada saya ini adalah bisnes paling mudah dan tak membebankan. Orang pun x pening sbb bisnes ini berasaskan 3 produk sahaja.

Lihat dulu testimoni pengguna produk dan luangkan masa utk baca keterangan produk n sistem:

TENGOK DAHULU.. TAK RUGI...

LINDA
0173288861
http://noni-sihat.blogspot.com

~Budak Merah~ said...

Assalamu'alaikum,
terima kasih atas perkongsian ilmu.
Mohon share blog Sifoo dan kata2 dari saudara Syahbandar87 =)

raja rosnani said...

Boleh tengok2 juga sistem hebat terbaru dlm LA Genius...produk simple sekeping kad utk penjimatan letrik, petrol dan kesihatan berasaskan ion negatif..beli sekali shj boleh pakai selama 5 tahun..tidak membazir tp berjimat....www.livingactivegenius.com
Atau hubungi saya 0182227022 (fb : Mokku Kaya)

raja rosnani said...

Boleh tengok2 juga sistem hebat terbaru dlm LA Genius...produk simple sekeping kad utk penjimatan letrik, petrol dan kesihatan berasaskan ion negatif..beli sekali shj boleh pakai selama 5 tahun..tidak membazir tp berjimat....www.livingactivegenius.com
Atau hubungi saya 0182227022 (fb : Mokku Kaya)

rajib propobiyang said...

Enter your comment...assalam, bolehlah tengok binary sistem ini yg bukan pyramida, halal aman bonusnya cepat

izwan rashid said...

Salam, sy nak bertanya skit, apa beza unilevel dng mlm, sbb dia atas di sebut unilevel merupakan satu kaedah pembayaran komisen pada ahli di dalam mlm, jadi unilevel ni boleh di sebut sebagi mlm jukan kan?? Persoalannya ada sesetengah pihak mendakwa unilevel ni bukan mlm. Dan mlm hanya menjual produl fizikal sahaja. Sy mohon yg berpengalaman dan berpengetahuan berikan sy pencerahan sebenar.

vemmabuilder said...

kalau venusfx pula tuan rasa mcm mana..biz yg menjalankan forex menggunakan sistem binary..adakah sistem binary ini 1sistem yg tepat utk menjalankan biz tersebut.. adif 01128197070

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails