Followers

Monday, September 14, 2009

MLM Yang Menepati Syariah - "Syariah Compliance"

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah, akhirnya tercipta satu syarikat MLM yang mempunyai pengesahan oleh "Pakar Syariah" terhadap plan pemasaran serta produknya. Mungkin syarikat ini bukanlah yang pertama berbuat demikian. Saya mengucapkan TAHNIAH kepada Hj Wahab serta kakitangan StormReaders di atas usaha ini.

Saya juga berasa bangga kerana terpanggil (melalui Ust. Dr Zaifuddin) untuk menjadi penasihat secara tidak langsung dalam proses pembikinan plan pemasaran. Sudah pasti Ust Zaharuddin (zaharuddin.net) dan Ust Zahazanlah orang yang memainkan peranan yang utama dalam memastikan pelan pemasaran yang berlandaskan hukun syarak.


Dari kiri Ustaz Zamri (Mantop), Ust Zaharuddin dan saya (gambar atas dan bawah) sedang berbincang sesuatu semasa majlis pelancaran MLM Syariah oleh Syarikat StormReaders.
Ust Zaharuddin (baju biru) yang menjadi kontroversi dikalangan peminat-peminat MLM kerana penulisan beliau tentang "MLM dan hukumnya" mengikut syarak di dalam blog beliau di http://zaharuddin.net

Beliau mendapat kritikan-kritikan yang hebat dari peminat-peminat MLM yang tidak sebulu dengan tulisan beliau. Saya ingin merakamkan ucapan TAHNIAH kepada beliau kerana sanggup memberi pandangan yang benar walaupun pahit untuk diterima oleh segelintir peminat MLM. Hasil daripada pandangan beliaulah maka hari ini wujudnya beberapa syarikat MLM yang sudah mula berminat untuk menjalankan pelan pemasaran yang berlandaskan Syariah. Tahniah Ustaz Zaharuddin.

Gambar atas. Kelihatan Dr Irfan Khairi (Pandangan belakang berbaju t-shirt merah, Datuk Siti Norbahyah suami Ust Akashah (kanan sekali) serta Dato Fadilah Kamsah (berbaju melayu hitam) juga hadir kemajlis pelancaran tersebut sebagai Ikon produk mereka dan sebagai jemputan VIP.

Gambar2 di sekitar majlis perlancaran (soft launch) yang dibuat secara santai di kaki lima dihadapan pejabat StormReaders.

11 comments:

Helmy said...

Alhamdulillah & tahniah diucapkan kpd Tn Hj Wahab & StormReaders diatas penubuhan sykt MLM berlandaskan hukum syarak ini... Tahniah juga diucapkan kpd saudara Jetli(m) diatas kepercayaan yg telah diberikan oleh pihak terbabit untuk bertindak sebagai Konsultan bagi pembikinan Plan Pemasaran mereka...

Jet Li (Malaysia) said...

Thanks Helmy, saya hanya memberi sebahagian kecil sumbangan untuk mereka sahaja diatas permintaan kawan saya. Sama-sama belajar.

himira said...

wow..

macam best jek..

makin ramai ahli perniagaan Islam yang akan berjaya..

Jet Li (Malaysia) said...

Terimakasih "faidurahhim"
Semoga kita sama-sama berjaya InsyaAllah.

ajim said...

tahniah atas usaha yg murni nie!!

Jet Li (Malaysia) said...

Thank you "ajim". you r welcome on board..

Unknown said...

salam,

1. Baru tengah hari tadi ada member telefon ajak join storm reader, rupa2nya sifoo pengasasnya.
2. Seronok bila jumpa blog MLM macam ni

Jet Li (Malaysia) said...

Waalaikummussalam "Fadzli". BUKAN saya pengasas Storm Readers. Jangan silap faham. SR ialah syarikat Hj Wahab (owner Telaga Biru) yang ditubuhkan untuk menjalankan MLM untuk memasarkan produk buku-buku ilmiah yang diterbitkan oleh Syarikat Telaga Biru. Penulis-penulis buku ilmiah Telaga Biru ialah seperti Dt Dr Fadilah Kamsah, Dt Siti Norbahyah, Dr Irfan Khairi, Ust Dt Ismail Kamus, Ust Zaharuddin, Ust Zahazan dan beberapa lagi yang ternama.
Ust Zaharuddin dan Ust Zahazan adalah Penasihat Syariah tentang Plan MLM Storm Reader.

Saya cuma salah seorang yang terlibat dalam "pembikinan" Marketing Plan Storm Readers sahaja (bukan pengasas). Plan ini telah disahkan HALAL oleh Ust Zaharuddin dan menepati kehendak Syariah. Ada akad-akad tertentu yang dibenarkan oleh syarak atau pun "Syariah Compliance". Saya tidak ada apa-apa share atau kepentingan dalam syarikat tersebut. En Fadzli boleh memilih untuk bergabung dgn syarikat tersebut dengan pilihan sendiri. No problem. tq

prepaidbisnes said...

salam sifoo..so mcmane dgn ecofirst punya plan..adakah telah menepati syariah..cuma inginkan kepastian.tq

penyair malam said...

salam.. sifoo tlg jawab soalan adakah plan ecofirst menepati syariah ... n siapa panel syariah eco1..

Jet Li (Malaysia) said...

Salam "prepaidbisnes" dan "penyair malam"

Saya tidak mempunyai kapasiti untuk menjawab persoalan tersebut di dalam blog ini. di blog ini saya ingin bersikap adil pada semua. Eloklah bertanyakan kepada syarikat itu sendiri.

Setahu saya mereka tiada panel syariah setakat ini dan plan mereka TIDAK semestinya tidak menepati syariah..

tq

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails