Followers

Wednesday, September 9, 2009

Hari Raya Aidilfirti Semakin Menghampiri

Alhamdulilah pada tahun ini kita masih lagi sempat menyambut Ramadhan, masih sempat mengamalkan ibadah puasa pada tahun ini. Ada dikalangan rakan kita yang dah tak sempat bertemu ramadhan pada tahun ini.

Beberapa hari lagi kita akan bertemu shawal dan akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri, kita juga berharap agar dipanjangkan usia untuk bertemu shawal yang sedang menunggu beberapa hari lagi.

Sebelum berfikir lebih jauh, mari kita renungkan sejenak sepanjang ramadhan bulan ini yang sudah berlalu 21 hari yang lepas. Apakah kita sempat memanfaatkan bulan yang mulia ini. Bulan yang Allah sengaja memberi bonus pada kita, setiap amal baik akan digandakan pahala berkali-kali. Sungguh malangnya bagi sesiapa yang tidak sempat mengambil sebarang "offer" pada bulan yang mulia ini. Walaubagaimanapun kita masih ada beberapa hari lagi untuk betul-betul memanfaatkan bulan yang mulai ini.

Teruskan beribadah kepada Allah dengan sejujur-jujurnya dan seikhlas-ikhlasnya. Semoga kita sempat lagi mendapat keberkatan LailatulQadar.. InsyaAllah.

Bagaimana pula dengan bisnes MLM anda dalam bulan yang mulia ini...? Rata-rata saya perhatikan pada bulan ramadhan ini, perniagaan menjadi perlahan dan "slow". Apakah permasalahannya...? Sepanjang penglibatan saya selama lebih 15 th dalam MLM, keadaan yang sama berlaku apabila setiap kali bulan puasa. Ramai dikalangan orang-orang biasa suka memberi alasan kononya bulan puasa, dia tidak boleh lebih aggresif. Rata-rata jualan group akan menurun pada bulan puasa, ini akan berlarutan sehingga ke hari raya dan selepas beraya.

Adakah mereka begitu sibuk untuk mengerjakan sembahyang teraweh..? Sehingga tidak sempat untuk menjalankan aktiviti perniagaan mereka. Jika benar mereka ingin menumpukan perhatian kepada ibadah teraweh mungkin ianya tidak menjadi masalah, tetapi ibadah tersebut hanya 2 jam sahaja iaitu antara waktu maghrib ke waktu selepas isya sahaja. Paling lama pun sehingga jam 10 malam sahaja. Rata-rata orang sudah mengeluh kepenatan dan seolah-olah sudah hampir pengsan sehingga tidak boleh berbuat apa-apa lagi. Begitu lemahnya masyarakat kita pada hari ini. Sebenarnya mereka menjadi lemah bukan kerana berpuasa atau berteraweh, tetapi sebenarnya adalah kerana TERLALU banyak makan dan minum ais ketika waktu berbuka puasa.

Sepatutnya bulan puasalah bulan yang memberi kekuatan kepada ummat islam untuk terus berjuang dan beribadat. Beribadah dalam skop yang lebih luas, bukan hanya bersembahyang di masjid sahaja. Bekerja, berniaga mencari nafkah juga adalah ibadah jika diniatkan kerana Allah diatas dasar amanah dan tanggungjawab. Bahkan ia adalah satu ibadah yang lebih wajib.

Saya menyeru kepada anda semua agar meneruskan aktiviti seperti biasa bahkan melipatkali gandakan aktiviti harian kita dibulan yang mulia ini. Mengikut pengalaman saya, di bulan yang mulia ini banyak penjimatan boleh dilakukan berbanding dengan bulan-bulan biasa. Setiap kali pertemuan, anda tidak perlu untuk belanja prospek atau customer anda. Tidakkah ianya merupakan penjimatan..? Rancanglah pertemuan anda diwaktu lepas bekerja ditempat-tempat yang menghampiri masjid, anda boleh terus berbuka bubur labuk dengan percuma.. tidakkan itu satu penjimatan..? Anda boleh terus sembahyang magrib dan berteraweh disana.. Ini adalah pengalam saya sewaktu dulu-dulu.... "save bajet".. haha... so.. TIADA ALASAN. wassalam

9 comments:

Mohd Najib said...

Betul tu Sifoo

Bulan Ramadhan sering dijadikan alasan untuk bergerak secara perlahan walhal bulan ramadhan sepatutnya dijadikan motivasi untuk bergerak lebih laju dlm bisnes. Saya sentiasa mengikuti tips dari Sifoo. Terima kasih kerana tips2 ini sentiasa memberi motivasi pd diri saya

Najib, Johor

kadir said...

saya teringin nak jadi mcm sifu..dan saya telah lihat website cari downline tu..bole saya tiru sifu untuk dapat kejayaan?

Trader Komoditi Kelapa Tua said...

Ya saya setuju dengan pendapat sifoo.
Apa-apa pun Selamat Hari Raya untuk semua.
http://nasiambeng.blogspot.com

Jet Li (Malaysia) said...

Terima kasih Najib.. selamat belajar dan sama-sama kita belajar...

Jet Li (Malaysia) said...

Farid.. u r welcome.. tiru untuk kebaikan tidak menjadi masalah bagi saya... semoga anda suksess... amin

Jet Li (Malaysia) said...

Thanks AmbengPic.. Selamat hari raya maaf zahir batin..

Cikgu Noor said...

salam sifoo...

saya adalah di antara orang yang dah join beberapa MLM. pernah berjaya tapi separuh jalan. sebabnya disabotaj oleh upline, sistem tak telus dan selebihnya adalah kerana diri saya yang belum betul-betul kuat. itu sedikit sebanyak telah membuatkan saya kecewa. tetapi setelah membaca blog anda, semangat saya bertambah kuat sedikit demi sedikit. semoga peluang ini akan menjadikan saya orang yang betul-betul berjaya di masa akan datang.

Jet Li (Malaysia) said...
This comment has been removed by the author.
Jet Li (Malaysia) said...

Salam Cikgu Noor... As i always told my people, "never give up", learn, practise n improved it... InsyaAllah u will success.

Untuk lebih terjamin..Cari seorang mentor.. learn from him... copy what he do, insyaAllah u will get what he got.

good luck

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails