Followers

Saturday, September 26, 2009

Hye.. Welcome Back..!!

Bertemu kembali.. 1 dan 2 syawal telah berlalu.. Tapi biasalah zaman sekarang orang sambut raya selama 1 bulan.. ye ke..? Dulu masa saya di usia kanak-kanak kat kampung, beraya pada hari pertama dan kedua sahaja. Almaklumlah, masa tu lah banyak kutip duit raya, tapi bila dah masuk hari ke tiga dan empat tu dah tak ada dah.. Tapi paling lama pun kemeriahan beraya kat kampung mungkin berlarutah sehingga seminggu.

Penghujungnya ditamatkan dengan beraya pada 8 syawal. Kalau kat kg saya dah memang menjadi tradisi iaitu pada hari ke 8 syawal orang kampung keluar bergotong-royong membersih kubur dan pada masa tu kita panggil "Raya Kubur". Iaitu beraya setelah tamat puasa 6 hari pada bulan syawal bermula pada 2 syawal. Ramai yang keluar ke kubur, untuk bergotong royong sambil membawa juadah. Selepas bergotong royong kita makan berkelah kat tepi kubur. Itu kat kampung lah. Tahun ni tak sempat pula nak beraya kat kubur sebab dah datang awal ke KL. Raya ke 5 dah datang KL (24 Sept). Kena balik cepat sebab ada hal nak di siapkan di Kl.

Bagaimana dengan perniagaan anda di hari raya..? Adakah anda pulang beraya semata-mata..? Bagi pengamal MLM, berniaga adalah dimana-mana saja. Tak kira masa dan tak kira tempat, janji ada manusia, itulah prospek kita. Sudah menjadi kebiasaan saya... "shoot two birds with one bullet". Sambil beraya kat kampung, sambil mencari prospek untuk menaja. Itu sudah menjadi tabiat saya apabila pulang beraya atau kemana-mana saja. Ke majlis apa saja, dengan syarat majlis yang ada ramai orang.

Saya cukup suka apabila diajak ke majlis apa-apa saja. Saya dapat bergaul dan dapat menambahkan "contact". Menjadikan "habbit" anda untuk menambahkan contact anda setiap hari atau setiap minggu. Tidak semestinya orang yang anda jumpa untuk terus di taja menjadi downline anda. Tapi, jadilah kawan terlebih dahulu. Sesetengah orang cukup "rimas" jika anda yang baru kenal tiba-tiba terus memperkenalkan produk dan MLM anda. Orang yang bawa anda pun kadang-kadang menjadi serba salah kerana jemputannya adalah untuk majlis yang lain bukan untuk majlis MLM kita. Kita jadikan prospek itu sebagai sahabat terlebih dahulu.

Jangan lupa untuk menghubunginya kembali dengan alasan untk mengucapkan terima kasih terhadapnya (bagilah apa-apa reason pun) sebelum 48 jam dari masa perjumpaan pertama. Ini adalah untuk mengelakkan dari pada dia melupai kita. Kemudian setelah anda berhubung beberapa kali melalui phone atau sms, barulah anda membuat temujanji untuk berkongsi peluang yang anda miliki. Good Luck..

mlmSifOO.blogspot.com

4 comments:

Pontianak Degil said...

Selamat Hari Raya.
Maaf Zahir dan Batin. :)

Jet Li (Malaysia) said...

tq.. "pontianak Degil" Maaf Zahir batin to u too. Esok "Raya Kubur" dah habis puasa "Nam".

Helmy said...

Betul tu sifoo...saya amat bersetuju dgn sifoo...diketika hari raya inilah kita berjumpa saudara-mara kita tak kira samada saudara dekat ataupun jauh... Saya pun sama juga, pantang dijemput ke apa2 function i.e rumah terbuka ke, PASti saya akan menghadirkan diri...Tak semestinya pertama kali jumpa dah cerita psl MLM, "Built Up" reputasi dulu, lepas tu buat follow up dgn prospek kita...

Jet Li (Malaysia) said...

thanks "Helmy".. build rapo terlebih dahulu.. jangan gelojoh sangat.. org cina kata "man-man" la.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails