Dont yang ke tiga ialah "DON'T Lend Your Money". Masih ingat lagi dalam siri "4 pantang larang dalam MLM.." biar saya ulang semula ;
1. Don't Over Commmit / over promise
2. Don't Make Affair
3. DON'T Lend Your Money
Don't Lend Your Money
Maksud saya ialah.. Jangan beri HUTANG kepada downline atau upline.. Sekali imbas nampak macam kejam sangat. Sama ada kejam atau tak kejam, biar kita sama-sama fikir. Kalau dalam Islam sendiri, berhutang itu suatu perkara yang diharuskan tetapi memadai kepada perkara2 yang wajib atau keperluan sahaja. Bukan suka-suka nak berhutang untuk membeli sesuatu perkara untuk kemewahan.
Begitu juga dengan perniagaan, amalan berhutang untuk menjadikan modal atau untuk mengembangkan perniagan adalah sudah menjadi amalan biasa. Bukan sahaja menjadi amalan biasa, bahkan sudah menjadi satu perniagaan. Pihak pemberi hutang (bank/along) telah membuat satu perniagaan dengan memberi hutang (pinjaman) kepada sesiapa dan akan mendapat keuntungan dengan peratusan tertentu.
Kalau di dalam MLM, upline yang diwar-warkan berjaya dengan bonus yang banyak, sudah dianggapkan mempunyai banyak wang oleh downline masing2. Pada hakikatnya, mungkin betul atau mungkin tak betul. Banyaklah downline-downline yang bermasalah, datang mengadu dan minta bantuan dari segi kewangan. Ada yang tak bayar kereta dah 3 bulan, ada yang bini lari, ada yang anak nak masuk sekolah dan macam-macam karenah lagi..
Upline adalah diibaratkan seperti wakil rakyat, kena jaga hati semua downline, nak kata tak ada duit, nampaknya tak munasabah sebab di atas stage di war-warkan mempunyai bonus puluhan ribu-riban.. Kebanyakan downline yang datang minta nak berhutang ialah downline yang bermasalah dari segi kewangan.
Jadi apa yang saya perhatikan melalui pengalaman saya sepanjang terlibat dalam MLM ialah, boleh dikatakan 90% adalah tak genuine dan fail. Mereka tidak bayar dan akhirnya menghilangkan diri...
Sepanjang 12 tahun dalam MLM, saya ada buku hutang yang saya catat menghampiri RM100,000.00 yang tidak dibayar oleh downline-downline yang bertuah... pada tahun 2007, saya telah membuang buku tersebut dan "MENGHALALKAN" semua hutang-hutang tersebut. Ada beberapa orang nama besar dalam buku itu, saya SMS mereka dan memberitahu yang hutang mereka tak perlu dibayar dan di HALALKAN...
Bagi saya, secara jujur, bukan soal kewangan yang menjadi faktor utama, tetapi soal kawan dan hubungan. Mereka mempunyai modus operandi yang sama seperti berikut;
i. Merayu untuk pinjam duit - memberi pelbagai alasan
ii. Berjanji akan buat MLM bersungguh-sungguh, mereka berkomitmen untuk membayarnya pada masa "sekian-sekian"..
iii. Apabila sampai masa - mereka tak boleh bayar pada masanya, ada yang mengadu dan minta tangguh, ada juga yang langsung buat tak tahu, tapi masih lagi berjumpa di tempat meeting.
iv. Apabila sampai masa pada janji yang ke 2, mereka fail lagi, ada yang minta tangguh lagi, ada yang buat tak tahu, pada masa ini mereka jarang menghubungi kita lagi kerana mereka malu, kalau terserempak ok lah, tapi mereka cuba mengelak untuk berjumpa..
v. Bagi yang ok. Apabila fail kali kedua, mereka minta tangguh lagi, bagi yang tak ok, mereka sudah hilang dan tak menghubungi kita lagi, kadang-kadang call pun tak angkat, mereka malu nak berjumpa dan mereka kata mereka akan jumpa kita apabila ada duit nanti.... Jawapannya... mereka sudah menghilang dan lari dari kita, buka mereka tidak mahu bayar, tetapi mereka tidak mempunyai keinginan yang kuat untuk berusaha membayar duit kita.
Mereka beranggapan kita "masih" mempunyai wang yang banyak. Kalau mereka ada wang tambahan pun mereka guna untuk kepentingan lain terlebih dahulu. Yang lebih menyedihkan saya ialah apabila kita datang ke rumah mereka beberapa tahun kemudian, Wah..!! langsir dan sofa baru..... waduh... hutang kita camana..?
Kebanyakan dari kawan-kawan atau downline saya yang berhutang, mereka menghilangkan diri selepas mereka GAGAL pada janji pertama dan kedua, akhirnya HILANG kawan, bisnes mereka pun tak menjadi..
BUKAN saya nak kata Anda TIDAK BOLEH beri Hutang atau pinjam wang pada mereka. BOLEH bagi, tetapi anda mesti bersedia seperti berikut;
1. Anda kena anggap duit anda sudah "burn". Anda bukan bagi hutang, tetapi bagi FREE sebagai hadiah atau sedekah kepadanya, so berilah sekadar yang mampu dan jangan sekali-kali mengharap ianya akan datang semula.. Sehingga saat sekarang, saya masih lagi serba salah apabila ada kawan atau downline datang untuk pinjam duit atau nak berhutang. Saya lebih prefer untuk memberinya FREE sekadar yang mampu. Saya tidak mengharap untuk dia datang bayar dan saya tidak sakit hati dan saya tidak kehilangan kawan...
2. Anda kena bersedia untuk "hilang seorang lagi kawan" iaitu dia.. Bukan kita minta, tetapi ianya terjadi dengan sendirinya...
Dalam kematangan saya memberi hutang pada kawan atau downline selama lebih 12 tahun. Tiga bulan lepas saya juga terkena, bukan saya tidak belajar dari kesilapan tetapi saya kalah apabila berhadapan dengan RAYUAN... Seorang sahabat baik, beliau berjanji dan merayu-rayu untuk bayar balik dalam masa 1 minggu, sekarang berlarutan sudah 3 bulan, call dah tak angkat, sms pun dah tak reply... Kena juga hampir RM10k....
Sedekah...sedekah... Orang yang kita tidak sangka akan berbuat demikian. Pada dia, dia malu amat sangat untuk berjumpa kita sehingga mempunyai wang di dalam tangan baru mahu jumpa kita semula...persoalnnya bila...? Sahabat hilang, Network pun rosak...
3. Jangan beritahu isteri anda.... huh lagi kacau.. saya kena marah dengan isteri beberapa kes.... You just bayangkan, kita bekerja pagi-petang-siang-malam, tinggal anak bini pergi outstation, kununnya nak cari duit untuk membahagiakan anak isteri... Bila dapat wang, senang-senang saja bagi kawan atau sedara pinjam 2 ribu atau 3 ribu atau 10 ribu... kemudian BURN.... tak bayar... just imagine...!!! Bini minta 3 ribu nak beli cincin berlian atau rantai, kita tak bagi, banyak kira-kira.. Tapi bila dengan kawan atau downline, kita simply give... "give and burn"... "give and take and burn", itu baru tepat... never pay back...
Kesimpulannya..,
90% dari peminjam (downline/upline/kawan) adalah gagal membayar balik - ini mengikut pengalaman saya, risikonya adalah, duit hilang dan kawan hilang.
Saya akan memberitahunya satu perkara.. "Jika anda mahu berkawan dengan saya selama-lamanya, lebih baik jangan pinjam duit dari saya..!! Dia tidak akan faham.. Jika ia begitu berhajat juga, dan saya nampak masalahnya kritikal, saya cuba memberinya sebahagian dengan percuma tanpa niat untuk dibayar balik.
Hati menjadi tenang dan tenteram...
Kawan saya kata;
Bukan salah dia kerana tak bayar duit kau.. tetapi salah kau sendiri..!!
Duit tu pada asalnya berada dalam tangan kau dan ada dalam bank kau..!! Tetapi KENAPA.... KENAPA....KENAPA Kau pergi masukkan duit tu ke dalam akaun dia...!!?? Apa bila duit tu sudah berada dalam akaun orang lain(dia), jangan harap untuk mendapatkannya semula... good bye... kalau kau dapat semula.. itu kira BONUSSSS....!!!..
Saya dapati kawan saya ni begitu susah untuk beri pinjam pada orang lain.. ada benar juga prinsip dia.....
http://mlmSifOO.blogspot.com
Friend... Need your constructive comment....
Followers
Friday, October 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
ade juga upline yg cuba buat hutang pada dowline..contoh bagi tiket suruh jual hakikatnya leader suruh dia jual pada dowline atau prospek.dia pula bagi?pada dowline suruh jual tiket..last dowline yg tidak tahu yg dia akan bayar duit tiket tu jika tidak habis jual dah le baru lagi ?da kena..hutang x segaja..ade yg ambik banyak tiket konon yg dia boleh jual habis,last2kena hutang lagi..ha3lepastu pas2 pada generasi baru...kesian..orng baru
haha... kalau tak habis jual, makanlah tiket tu... sekarang zaman sudah berubah, bukan begitu cara berkomitmen.. thanks "Rafaell"
baru jek hampir nk bg kawan pinjam duit utk masuk MLM. tp bila fikir balik, risiko bagi pinjam lagi tinggi dari risiko menyertai MLM..!! baik laa aku beli lot baru dari bagi pinjam kat orang lain..haha
Cakap pasal beri hutang kat downline, saya pernah alami perkara ni. Prospek pernah mintak saya bayarkan dahulu modal untuk start bisnes, tapi saya memang jenis keras dan takkan bagi sebab :
1) Saya rasa sebagai lelaki, mereka patut malu mintak duit dengan perempuan. Mereka patut fikir, kalau selemah-lemah perempuan boleh buat, takkan lelaki tak leh buat.
2) Saya agak, kalau modal pun dia dapatkan dengan cara berhutang, saya tak rasa dia bakal jadi downline terbaik. Sebab, manusia ni, kalau dia dapat sesuatu dengan senang, dia takkan hargainya. So, kalau die dapat duit modal dengan senang, saya tak rasa dia akan buat bisnes tu dengan baik.
Tapi, kalau kawan2 yang minta hutang sebab masalah kewangan seperti tak de duit nak beli susu anak ke, tak de duit nak makan ke, sy akan beri la jgk. Saya pernah susah macam die orang. Tapi, die orang tahu saya ni tegas,jadi die orang bayar balik tanpa saya minta. Hihi. Sebab saya tak suka mintak hutang.
Salam...En Zulkey saya pun ada hutang jgk..hutang nak jumpa Tuan.hehehe
"Muhsyne".... Tidak semua yang pinjam tu tipu.. Gunalah kebijaksanaan untuk menilai.. Tapi pengalaman saya dalam membuat penilaian ini sangan lemah. 90% penilaian saya salah..
"pontianak degil".. Bagus lah awak boleh bertegas dari awal... saya pula jenis manusia yang cool.. Orang lambat baya pun tapa, orang tak baya pun tapa.. kalau ada saya bagi lagi...Itu sebab kena marah kat bini selalu.. Lama2 tokey babi pun bankrup kalu gini..
"Atrasliza".. aik ada hutang macam tu ka.. kalau gitu, apa tunggu lagi, bayar cepat2 la..
Salam bro...betul tu aku setuju dgn bro 200%...Aku pun sama gak, dlm berhati2 xnak bagi member@dwnline & sideline, terkena jugak...Xnak bagi kesian lah pulak. Dah bagi buat dunno lah pulak.
Kalu kita tak bagi dia kecik hati. Adoi.... Aku sekarang guna pendekatan duit ko, ko punya, duit aku, aku punya. Kan senang. Aku tak boleh bagi ikan, tetapi aku boleh bagi pancing ikan utk dia pancing ikan.
Ya Helmi... terlampau nak menjaga hati orang sehingga hati sendiri tak terjaga...
Post a Comment