Followers

Saturday, January 30, 2010

MLM - Tak Kenal Maka Tak Cinta...


Setiap hari kita berjumpa dengan 3P... buka saja mata apabila bangun dari tidur... anda terus nampak..!! Nampak apa...? Nampak 3P.

Apa itu 3P..?

3P adalah apa yang anda nampak setiap hari... Ok mari kita lihat, sebaik saja anda buka mata waktu pagi, anda mesti nampak sesuatu bukan..! Nampak Dinding ke, nampak kerusi ke atau nampak kipas ke, nampak lampu atau nampak telinga suami ke atau nampak anak2 atau nampak nenek.. atau apa-apa saja yang anda nampak yg berada di dalam bilik tidur anda.

Jadi P yang pertama ialah "Product" seperti lampu, kipas, dinding, jam dan sebagainya. Manakala "P" yang kedua ialah "People" seperti nampak suami atau isteri atau anak2 atau ayah serta mak anda.

P pertama = Product
P kedua = People
P ketiga = ?

P yang ke3 ialah hasil kesinambungan People dan Product, ialah "Profit".

Daripada adanya Product dan People maka terciptalah satu lagi P iaitu Profit...

Daripada pengunaan "Product" oleh "People" ini.. siapakah yang mendapat "Profit"...? Sudah pasti "TAUKE" Product yang mendapat Profitttttttttttttt.... Betul tak..?

Setiap hari kita(People) deal dengan Product tetapi Profit dinikmati oleh orang lain iaitu TAUKE..

Kenapa tidak kita yang memiliki Profit......????

Bermula dari bangun tidur, anda lihat lampu, cermin muka, towel, pencuci muka dibilik air, ubat gigi, berus gigi, sabun mandi, bedak, lipstik, parfume, tai, baju, seluar dalam, seluar luar, talipinggang, handphone, stokin, kasut, kereta dan seterusnya sampai ke pejabat. Komputer, laptop dan sebagainya.. Semuanya kita guna produk-produk tersebut. Tapi profit adalah kepunyaan orang lain..

Kenapa ya..?

Jawapannya ialah kerana kita hanya pengguna sahaja.... Boleh tak tahun 2010 ni kita ubah konsep sikit... Biarlah kita sememangnya terpaksa menggunak produk setiap hari, orang lain juga menggunakan produk setiap hari... Setiap "People" juga menggunakan "Product" setiap hari.... Tetapi apa yang kita perlu ubah ialah... Menjadikan "Profit" itu sebahagiannya menjadi milik kita..... milik kita....milik kita.......

Kalau anda sudah berumur 30 tahun, bermakna anda sudah mengguna "Product" selama 30 tahun semenjak anda bayi lagi... Ini bermakna sudah 30 tahun anda memberi "Profit" kepada orang lain.. iaitu TAUKE produk itu...

Kalau sebulan anda mengguna RM100 utk produk2 tersebut bermakna anda telah berbelanja RM100 x 12 x 30 th = RM36k, Kalau anda berbelanja RM500.. Bermakna RM500 x 12 x 30 = RM180k, bagaimana pula kalau seluruh keluarga anda menggunakan RM1000 pula... Bermakna RM1000 x 12 x 30 = RM360k.. Wah banyak tu.. Ini bermakna anda telah memberi sebuah Mercedese E Class secara cash kepada Tauke produk tersebut....!!

Jadi bagaimana mahu dapat "Profit" itu...? Kena jadi TAUKE lah....!! Oh TIDAK semestinya... ada jalan mudah... Kalau nak jadi TAUKE kenalah ada modal Ratusan Ribu atau Juataan Ringgit..

Anda tidak perlu sampai tahap itu.......... Jadi Bagaimana..?........???

Ha..ha..ha... itulah M..........L..........M....



Multi Level Marketing

Menyertai MLM yang mempunyai pelbagai produk kepenggunaan, membina jaringan secara perlahan-lahan (atau laju), sedikit demi sedikit, lama2 menjadi bukit... Selama 3 ke 5 tahun, katalah networking anda mencapai 5000 orang, atau 10,000 orang. Menerapkan pengunaan produk 100% seperti Household, suplement dan sebagainya..

Andai kata setiap orang hanya mengguna produk RM100 sahaja setiap bulan, ini bermakna anda telah membuat jualan bulanan antara RM500,000.00 hingga RM1 juta... Amazing.. kan... Kalau komisen dari plan MLM itu cuma 5% sahaja, ini bermakna anda mendapat PROFIT antara RM25k hingga RM50k sebulan... Wow.. ini sudah memperolihi income bertaraf CEO...

Inilah MLM... tak kenal maka tak cinta... Anda boleh buat secara Part Time atau Full Time.. jika anda pandai membahagi masa, ianya tidak terganggu dengan kerja harian anda. Anda hanya perlu menerangkan konsep ini kepada prospek anda.

Masa berlalu dari setahun ke setahun. Sedar tak sedar sudah 5 tahun anda melakukannya secara part time sambil menjalankan kerja harian di pejabat boss anda, sebenarnya anda sudah memili income Part Time melebihi GAJI di pejabat anda...

Itulah sebabnya kenapa saya meninggalkan jawatan Engineer saya yang bergaji melebihi RM7k pada tahun 2002 dan melibatkan diri secara Full Time... Pada masa itu pendapatan MLM saya sudah melebihi 3 x ganda dari gaji saya...... itulah MLM... tak kenal maka tak cinta......

http://mlmSifOO.blogspot.com

5 comments:

aku-wanita-luarbiasa said...

Salam..seronok dapat baca artikel tuan tentang MLM ni, alhamdulillah saya terjumpa blog tuan yang padat dengan informasi dan saya rasa ianya amat berguna untuk saya yg menjalankan bisnes konvensional. Baru2 ini saya telah terlibat dalam MLM sebagai nilai tambah kepada bisnes saya yang sedia ada, setelah saya melupakan MLM ini sejak 6 tahun lalu..mudah2an ilmu yang tuan kongsikan di sini bermanfaat untuk saya dan org lain juga...moga Allah memberkati diri saudara dan keluarga di atas perkongsian ilmu yg bermanfaat ini...amin..

Jet Li (Malaysia) said...

Owh.. Alhamdulillah dan terima kasih pada "faridah" serta pembaca semua. Saya sekadar berkongsi pengalaman, semoga apa yang baik dapat dimanfaatkan untuk semua.

Terima kasih sekali lagi..

Unknown said...

Salam bang jet li
saya antara peminat abang sebenarnya.
saya tahu sedikit kisah abang dari blog Intan Jutawan Lan Dolah.

Sumber informasi dalam blog abang sangat membantu.

Nak minta izin kalau saya boleh gunakan sedikit input dalm blog abang untuk berkongsi dengan group saya.
terima kasih

Jet Li (Malaysia) said...

shimi
terima kasih.. anda boleh berkongsi segala poin2 atau ilmu2 yg ada disini... jika anda mahu copy semuanya, maka sY izinkan dengan syarat diletak link untuk rujukan asal kepada blog ini iaitu http://mlmSifOO.blogspot.com sebagai credit kepada blog ini.

TQ dan Selamat Berjaya

Yaya D'sweety said...

Ya.. Sy pn da mula suka dgn mlm. Sy ingin kongsi 1 MLM yg sy rasa sangat luar biasa. Dari segi produk sampailah marketing plan. Sebab sepanjang sy membaca blog mlmsifoo ni sy sentiasa lihat bhwa tips kejayaan dlm mlm sangat kuat ada pd syarikat yg sy join.. Sangat menakjubkan dan tak sangka rupanya ada sykt yg begini. Dulu pernah sy join la 1sykt mlm jg tp sy xdpt buat.. Tp dgn sykt ni sy buat dgn senang sekali.. Kepada pengiat mlm yg mahu tahu lebih lanjut hubungi sy sj email.. fzah_84@yahoo.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails