Followers

Wednesday, December 22, 2010

Kenapa Saya Masih Belum Berjaya...!!?

Kenapa Saya Masih Belum Berjaya...!!?
Setelah beberapa tahun berusaha dalam MLM tetapi masih belum berjaya, apakah punca sebenarnya...?

Saya juga tidak tahu apakah punca sebenarnya kenapa ANDA masih tidak berjaya dan masih ditakuk lama walaupun sudah lebih 5 tahun berkecimpung dalam MLM.

Saya ada "23 checklist" bagi membantu untuk memudahkan anda membuat analisa. Secara kasarnya saya akan membahagikan kepada 2 faktor utama iaitu ANDA dan SYARIKAT. Dua faktor utama ini sangat penting untuk diambil kira.




1) Faktor Syarikat :
Faktor syarikat pula terbahagi kepada beberapa faktur utama seperti PENGURUSAN YANG CEKAP, PRODUK YANG SESUAI dan PELAN PEMBAHAGIAN BONUS YANG ADIL.

Jika syarikat sentiasa mempunyai masalah produk, stok tidak mencukupi, produk tiada repeat sale, selalu membuat perubahan pelan pemasaran, lambat membayar bonus dan sebagainya, ini merupakan masalah dari pihak syarikat. Bukannya masalah dari anda. Jika anda menyertai syarikat begini. Amat sukar untuk anda berjaya, bahkan anda munkin tidak menikmati kejayaan. Anda mesti cepat-cepat berhenti dari syarikat ini dan mencari syarikat lain yang lebih stabil.

Ada beberapa syarikat juga tidak mempunyai banyak pilihan produk, mungkin ada satu atau dua jenis sahaja. Ini juga akan terdedah kepada risiko produk " under cutting price". Untuk lebih afdal carilah syarikat yang mempunyai produk yang pelbagai.

Ada juga syarikat hanya mempunyai produk maya sahaja tanpa mempunyai produk fizikal, ini juga bakal menghadapi masalah untuk maintainance bulanan.

KetidakBERJAYAan ini bukan disebabkan kelemahan anda tetapi tetapi kesilapan awal anda semasa memilih syarikat MLM. (lihat panduan pilih syarikat MLM). Jika anda menghadapi masalah begini, jangan risau dan jangan berputus asa, teruskan dengan mencari syarikat yang lebih stabil.

2) Faktor diri sendiri.
Faktor diri sendiri adalah yang sangat penting kerana faktor ini dikuasai oleh diri kita sendiri. Anda yang menentukan untuk mempastikan ianya berada dilandasan yang betul atau sebaliknya.

Untuk berjaya, adakah diri anda sudah bersedia untuk berjaya..? Seperti juga berkahwin, tidak kira umur berapa sesuai untuk kahwin, tetapi adakah anda sudah siap sedia untuk berkahwin..? Ada yang sudah berumur 45 tahun tapi belum berkahwin, kerapa belum bersedia. Ada juga yang berumur 18 atau 20 tahun tapi sudah mendirikan rumahtangga kerana mereka bersedia lebih awal.

Begitu juga dengan kejayaan, persediaan untuk menerima kejayaan sangat penting untuk memudahkan kejayaan dengan senang datang menjadi milik anda. Persiapan ini boleh diringkaskan dengan singkatan ASK iaitu:

A = Atitude atau sikap.
Bijak pandai ada mengatakan 80% kejayaan seseorang adalah terletak kepada sikapnya. Sikap yang harus anda miliki:

1. Sikap yang positif serta bersangka baik pada diri anda yang anda BOLEH berjaya.
2. Positif terhadap industri perniagaan MLM.
3. Positif terhadap upline serta downline anda bahawa mereka adalah rakan kongsi anda BUKAN orang atas atau orang bawah.
4. Positif terhadap jiran atau sideline anda.
5. Positif terhadap pengurusan syarikat anda.
6. Positif terhadap produk serta pelan pemasaran syarikat anda.
7. Potitif terhadap perubahan imej anda. Untuk mempercepatkan kejayaan anda, anda seharusnya mempamirkan diri anda seperti orang yang sudah berjaya. Cara berkomunikasi, cara berpakaian dan sebagainya. Bagaimanakah caranya untuk berpenampilan atau berimej seperti orang berjaya ? Sangat mudah.. Hanya MENIRU saja cara upline anda yang sudah berjaya. TIRU perkara yang positif. Walaupun anda belum berjaya, tetapi BERLAGAK sepert orang yang sudah berjaya.

S = Skill atau kebolehan anda
Setiap orang mempunyai kebolehan masing-masing, tapi ramai orang-orang biasa tidak menggunakan dan hanya menyimpan kebolehannya. Skill ini boleh diperolihi secara praktikal melalui pengalaman sendiri di dalam MLM. Skill yang diperlukan adalah seperti berikut:

8. skill untuk penajaan
9. Skill untuk presentasi produk
10. Skill untuk "table talk closing"
11. Dan pelbagai lagi

K = Knowledge atau ilmu pengetahuan
llmu merupakan perkara yang sangat penting dalam apa jua bidang, tidak ketinggalan juga dibidang jualan langsung. Anda tidak perlu untuk tahu semua perkara untuk berjaya, cukuplah sekadar mengetahui perkara-perkara penting yang bersangkut pautan untuk kejayaan anda sahaja. Contoh ilmu yang wajib anda pelajari ialah;

12. Ilmu tentang produk anda, kandungan produk, kegunaan serta cara makan/cara menggunakannya.
13. Ilmu tentang pelan pemasaran syarikat anda.
14. Ilmu tentang latarbelakang syarikat anda.
15. Ilmu tentang kepemimpinan atau leadership.
16. Ilmu tentang industri MLM dalam dan perkembangan luar di luar negara.
17. Ilmu tentang plan-plan pemasaran terkini yang digunakan oleh syarikat lain atau pesaing syarikat anda.
18. Dan pelbagai lagi

Bagaimana untuk memperolihi ilmu-sebegini..? Tidak lain tidak bukan adalah melalui proses pembelajaran. Saluran-saluran pembelajaran adalah begitu banyak sekali di dalam syarikat MLM seperti berikut;

19. Selalu menghadiri pertemuan (meeting) mingguan yang dianjur oleh syarikat.
20. Selalu menghadiri pertemuan kumpulan yang dianjurkan oleh senior atau upline anda, kekerapannya mungkin sekali sebulan.
21. Menghadiri semua kursus-kursus yang dianjurkan oleh syarikat anda. Juga boleh menghadiri kursus-kursus atau seminar-seminar diluar yang berkaitan dengan industri perniagaan anda.
22. Menghadiri semua kursus-kursus produk dan sebagainya.

Bila sudah mempunyai ilmu asas ini, maka anda selalulah mempraktikkannya seperti ilmu penajaan, ilmu presentasi produk dan sebagainya untuk menajamkan skill presentasi, penajaan atau penjualan produk anda.

Cuba anda menganalisa diri anda, sudahkah anda memenuhi semua checklist diatas? Jika anda sudah memenuhi semuanya tapi masih lagi belum berjaya, BAGUS....!! Ada satu lagi perkara yang anda perlu lakukan iaitu;

23. Berterusan melakukannya dari 1 hingga 23 sehingga anda berjaya dan terus melakukannya tanpa ada sedikitpun rasa putus asa sambil BERTAWAKKAL kepada Allah.

Sumber asal
Http://mlmSifOO.blogspot.com




4 comments:

Helmy said...

1) Faktor Syarikat :


Bro, faktor ini memang ada. Pasal tu kena kaji dulu co tu ok ke tak. Kadang2 kita sangkakan co tu ok, tp dia jadi sebaliknya. Walaupun co tu bertaraf korporat. Co kecik pun kalu "caretaker" tahu macam mana nak handle co dia jadi besar jugak. tak gitu?

Jet Li (Malaysia) said...

Thanks Brother Helmy...Company pun kalau lembab dan tidak cekap ditambah lagi dgn tiada pengalaman MLM sangat teruk...

Dah la macam tu, tak mahu dengar dari org yg berpengalaman dan buat2 tahu pulak...

Yang menyedihkan pula, mereka mengambil org yg gagal menjadi advisor.....

So.. apa dia buat..!!! TUKARRRR Plan barulah......

Pening.. *&^%$%^&*@#*&^%

sky juice said...

Assalamulaikum dan salam 1 Malaysia. Dgn nawaitu utk berkongsi peluang, di sni sy ingin share biz baru.. Berkonsepkan networking..

GLOBAL HERBS ni adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan bagi jualan produk kami yg pertama iaitu Gh5plus yang terdiri daripada ramuan2 makanan sunah antaranya ialah madu,kurma,sarang burung walit,habbatus sauda,saffran..

syarikat ini ditubuhkan pada 1/12/15 dan akan lounching pada 1/1/16

pada bulan 12 ini kami ingin berkongsi peluang bisnes ini dan ingin mencari leaders2 terawal bersama kami..kami menekan kan kepada business dan bukan hanya tertumpu kepada jualan produk sahaja.

dekat sini kami menyediakan 5 Bonus bagi leaders2 yang bersama kami antaranya ialah :-
1.Bonus sponsor
2.Bonus Group sale
3.Bonus leaders ship 10% ( pakej platinum shj )
4.Bonus CTO 1RM10,000 ( diri sendiri )
5.Bonus CTO 2 RM1000.00 ( penajaan )


CtO adalah Company Turn Over dimana Syarikat memberi share profit melalui sale syarikat pada setiap bulan... dibayar CTO 1 ini pada setiap 15 hari..

Anda ialah :-
• positif
• mencari peluang
• mencintai ilmu
• bosan kerja makan gaji
• mencapai kebebasan kewangan

JIKA ANDA DLM LIST INI YG POSITIF, HUBUNGI SY DI 0175556522 ( cll/wsap ) UTK SESI PENCERAHAN DI KWSAN KL & SELANGOR. TQ admin

Nor Janah said...

Asslmualaikum... Siapa berminat menceburi bidang perniagaan online sehingga ke 100 buah negara.. Kelebihan. Bisnes ini akan d beri website dan produk wasep me +60177587139

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails