Followers

Monday, May 14, 2007

MLM adalah PIRAMID.!!?


Sebagai pengamal MLM, sehingga hari ini sudah hampir 12 tahun melibatkan diri dalam dalam syarikat MLM terkemuka di Malaysia, saya sudah begitu masak dengan tanggapan begini... MLM adalah piramid... Sebenarnya ini adalah tanggapan negatif.. MLM adalah MLM dan pyramid scheme adalah piramid, sesuatu benda yang berbeza. Skim Piramid adalah bukan MLM, dan kalau MLM, ia adalah bukan piramid skim... Tetapi harus diingati... ada Skim Piramid yang bertopengkan MLM... MLM sebenarnya murni dan mulia.... (panjang lebar untuk dibincangkan)

Banyak yang saya jumpa prospek yang negatif yang mengatakan MLM adalah Piramid..!!, sedangkan mereka sendiri pun tidak tahu apa itu piramid.. Mereka berkata... Ah.. MLM semua sama je.. semuanya PIRAMID..!!?.. Bila dengar jawapan begitu.. aduh.. telinga saya mula berdesing.. tapi saya cool saja.. sebab saya tahu orang itu memang jahil dan tak tahu apa itu MLM..


Biasanya saya akan tanya kembali kepadanya... APA itu PIRAMID yang anda maksudkan..? dia sendiri pun terkebil-kebil dan tak tahu nak jawab.... bila saya mendesak lagi... Apa dia piramid tu.. yang menyebabkan anda tak suka dan "ellergy"..? Lalu dia menjawab... Ya..la Piramid la.. kita buat-buat nanti orang atas kaya, kita buat kerja untuk orang atas. Maka fahamlah saya maksud PIRAMID mengikut definasinya ialah, "kita buat kerja untuk orang atas, atau orang atas kaya disebabkan kerja kita"

Kalaupun betul MLM adalah PIRAMID (seperti yang difahamkan dalam dialog tadi), apa salahnya... Saya lantas berkata..."Kalau anda tak suka PIRAMID... Maka anda kena berhenti kerja (resign) di tempat anda bekerja sekarang....! Sambil terkebil-kebil beliau menjawab... Kenapa Pulak...? Ya la.. kena resign sekarang sebab anda tak suka PIRAMID... Tahukan PIRAMID yang paling besar adalah majikan anda, anda kerja macam mana rajin pun, gaji anda tidak boleh melebihi gaji Boss anda, Walau sekuat mana anda bekerja pun, anda TIDAK akan menjadi JUTAWAN, bahkan pemilik sayarikat anda atau majikan anda setiap tahun menukar kereta mewah.. !! Jadi kalau anda tidak suka kepada sistem piramid, mulai sekarang berhenti dari makan gaji yang mana anda mungkin sudah 20 tahun atau 30 tahu bekerja dengan baiknya demi untuk memperkayakan Boss atau Majikan anda.. Anda masih lagi tidak cukup wang.. Setelah 30th bekerja... wang sebanyak RM2449 untuk memulakan perniagaan burger pun tidak ada. sayangnya.. Adil kah sistem di tempat kerja anda..?

MLM tidak begitu... walaupun orang atas KAYA atau tauke syarikat menjadi semakin KAYA kerana usaha kita... itu biasa.. Sebab dalam dunia ini kita tidak boleh lari dari "Saling kaya memperkayai antara satu sama lain". Selagi kita hidup bermasyarakat, kita tidak boleh lari dari sistem ini. Tidak ada seorang pun yang boleh hidup tanpa bergantung kepada orang lain. Tauke kasut mesti berkawan dengan tauke baju, sebab dia juga perlu pakai baju dan terpaksa mendapatkan baju dengan membelinya dari tauke baju. Begitulah sebaliknya..

Maka MLM pun sama..Upline Kaya atau Tauke Syarikat menjadi kaya.. itu tidak menjadi masalah, sebab saya juga BOLEH menjadi kaya.. inilah yang dikatakan "Win-Win Situation..." Tidak seperti kerjaya makan gaji yang jelas piramid.. yang mana Bos dan Majikan sahaja yang boleh jadi kaya... dan kita hanya jadi KAYAP sahaja selepas 30 tahun bekerja...adakah ianya adil...???


Dulu semasa memulakan perniagaan MLM, setahun kemudian upline saya mendapat kereta mewah... kawan saya terus berkata.. Tengok..!! hasil dari kerja kuat kau, sekarang upline dah dapat kereta mewah... Saya menjawab... itu standard... kau pun kerja kuat di office kau, sampai malam pun kadang2 stay back... tapi boss kau juga yang pakai kereta mewah...engkau pakai kereta Iswara je.... Dia menjawab.... itu biasa ...makan gaji...

Selepas setahun setengah kemudian... saya juga mampu memiliki kereta mercedes mewah... Saya berkata kepadanya... Tengok...!! melalui MLM, orang atas boleh memiliki kereta mewah, itu tidak penting bagi aku... tetapi yang penting ialah "Aku juga boleh memilikinya.." Kau yang makan gaji, dari dulu kereta yang sama, bahkan Majikan anda dah tukar kereta mewah berkali-kali.. tapi anda masih lagi kereta yang sama.... ? kalau upline saya boleh berpendapatan RM50k sebulan... akhirnya saya juga boleh mencapainya... jadi,.... yang mana satu PIRAMID...Fikir2kanlah!

7 comments:

Datuk said...

Memang Betul MLM piramid. Tapi semua yang ada di atas muka bumu piramid. Piramid makanan, piramid ekosistem, piramid sistem ekonomi, sosioekonomi dan macam-macam lagi.

Tapi yang jadik masalah ialah orang kita silap mentafsir apa itu sistem piramid. Mana bleh kata piramid memperkayakan orang atas. Sepatutnya ialah Induk yang kuat tapi sedikit membantu benda bawahan yang lemah tapi banyak. Jadi dua-dua pihak jadik kuat.

Mana ada 24 juta Perdana Menteri membantu 24 juta rakyat!

altramakat said...

Saya setuju dengan kata2 sifoo dan datuk said, atas pada individu itu sendiri sebenarnya. Pada abad ke-21 ini sesiapa yang tidak menerima kaedah yang diguna pakai maka manusia itu sendiri akan tersingkir. Sungguh sedih skali, bila ditanya anda nak kaya, pasti manusia yang normal akan berkata NAK, nak rumah besar, kereta besar, pasti semua nak.
Kepada insan-insan yang masih memberi tanggapan yang negetif terhadap sistem yang terbukti memberi keuntungan kepada kedua-dua pihak "win win situation" anda kaya upline kaya, pasti kejayaan milik anda-attras

Nora MD said...

meng"komplem" kesana-sini..
kalu kita merjumpa
danmemonton
"menyibuk" serta membuan masa sahaja

maaf, jika ayat ini saya nampak salah. Semuanya o.k!

Dr Fulus said...

Piramid tu bukan ker yg kat padang pasir di Mesir. betui tak?

Muhammad Faisal said...

Assalammualikum,
Mari kita buat sesuatu yang HEBAT dengan mengubah mentaliti RAKYAT MALAYSIA dan biar KITA (USANA4ALL group)membantu merevolusikan. 1) menyebut & mempromosi MLM adalah JALAN REZEKI untuk saling TOLONG-MENOLONG. (MLM adalah REZEKI TOLONG-MENOLONG)
2)MLM adalah BISNIS yang MAMPU semua orang JALANKAN dari petani sehingga Doktor. (REZEKI - 9/10 dari BISNIS)
(MLM adalah BISNIS SEMUA MAMPU)
Walallahualam.

Selalulah , bertaubat dan berdoa.
(amalkan ayat SERIBU DINAR selepas SOLAT SUBUH)
INGAT yang MAHA POWER. POWERRRRR

usana4all said...

Alhamdulillah, saya cukup setuju dengan muhammad faisal tu, "ingat yang Maha Power".... insyaAllah kita juga akan menjadi power..!!

Ust. Ismail Kamus said...

Apa hukumnya menyokong group usana4all yang buat USANA syarikat Yahudi yang cuba menghapuskan ISLAM ?
Seolah-olah setiap ringgit barang yang dibeli seperti menderma sebiji peluru untuk membunuh saudara-saudara seagama dengan kita.
Ustaz saifudin tak tau ke ?
Jangan kerana RM, kita cuba nak menghalalkan segala cara...
Jika minat sangat dgn. MLM, kenapa tak buat syarikat tempatan aje... cari syarikat Islam @ Melayu..
Jika hebat sangat, buka syarikat MLM sendiri.., saya pun nak ikut awak !
Cadangan: Buka sykt ISINI iaitu Islam Sini dan buat group ISINI4all.
Apa kata Sifoo ??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails