Followers

Tuesday, May 15, 2007

Sibuk.. Aku tak ada masa

Sibuk... atau "tak ada masa" merupakan alasan yang popular bagi orang2 biasa apabila diajak mencebur diri dalam MLM. Saya sangat kesian bagi orang-orang yang sentiasa memberi alasan "tak ada masa". Sebenarnya kita mengajak mereka untuk bersama-sama dalam MLM untuk mencari rezeki serta mengubah kehidupan. Kita mempunyai niat yang ikhlas untuk memberi peluang kepada mereka memandangkan keadaan gajinya yang kecil, anak-anaknya yang ramai.. tapi sebaliknya, tawaran kita itu seolah2 membebankan mereka. Kerana mereka begitu sibuk dan tak ada masa.

Bagi saya, Allah menyediakan masa 24 jam setiap hari. Orang-orang kaya mempunyai masa 24 jam sehari, begitu juga dengan orang miskin, papa-kedana atau pengemis, juga mempunyai masa sebanyak 24 jam sehari. Persoalannya, masa yang diberi adalah sama banyak setiap hari, tetapi kenapa orang kaya menjadi kaya dan orang miskin menjadi miskin....?

Jawapannya ialah bukan soal tiada masa, tetapi soalnya "bagaimana anda menguruskan masa". Dengan menggunakan masa yang diberi sebanyak 24 jam, ada orang menggunakannya sebaik mungkin, berusaha secara "smart", menggunakan setiap saat dengan cara yang yang berhemah, akhirnya orang ini menjadi kaya raya atau sukses dalam masa yang singkat.

Sebaliknya, bagi orang-orang biasa, mereka asyik mengabaikan serta menghabiskan masa yang diberi dengan hanya tidur sepanjang hari, melepak tak tentu hala, mengkritik serta meng"komplen" kesana-sini.. Akhirnya masa yang diberi berlalu dengan terbuang begitu sahaja atau terisi dengan benda2 yang tidak berguna.

Tak hairanlah, kalau kita terjumpa dengan orang yang berumur 50 th , tapi masih tiada apa2 dalam hidupnya, tapi ada orang yang belum lagi mencecah 30th, sudah memiliki segala-galanya.

Rakan ku sekalian, berhati-hati dengan kata-kata anda terutama sekali tentang masa.. ramai yang asyik mengatakan "aku tidak ada masa", "aku sibuk" atau macam-macam lagi, ini seolah-olah Tuhan yang membuat masa 24 jam sehari itu tidak betul... sepatutnya kena tambah lagi 6 jam menjadikan 30 jam sehari. Kalau pun Tuhan tambahkan menjadi 30 jam sehari nescaya tetap ada orang yang masih mengatakan "tak cukup masa".

Tidur 8 Jam
Mari kita membuat sedikit analisa tentang masa. Kebiasaannya, kalau anda bertanya kepada seseorang tentang bagaimana mereka membahagikan masa harian mereka, rata-rata akan mengatakan...
Masa harian adalah terbahagi kepada 3, iaitu 8 Jam untuk bekerja, 8 jam untuk tidur dan 8 jam untuk beribadah dan rehat. Mengikut survey yang saya lakukan sepanjang pengalaman saya, kebanyakan "orang biasa" akan memberi jawapan seperti tadi. Masa sebanyak 8 jam untuk tidurrrrrrrr setiap hari, [termasuk tidur di pejabat atau di dalam masjid.. !!?]

Menonton TV 5 jam
Persoalan kedua - ialah masa yang diluangkan untuk menonton TV setiap hari adalah berapa lama..?

Mengikut satu laporan yang saya terbaca di sebuah akhbar utama di Malaysia pada sekitar 2005, Kajian terhadap rakyat Malaysia yang berumur 3 th hingga 63th menonton TV setiap hari adalah purata 5 jam sehari. Cuba kita kaji lebih mendalam terhadap 2 perkara ini iaitu masa tidur dan masa menonton TV.

Jika anda TIDUR 8 Jam sehari, maka sepertiga dari hari anda telah pun dihabiskan untuk tidur sahaja...bermakna anda telah mengambil masa selama 21 tahun untuk tidurrrrr sepanjang umur anda jika anda hidup selama 63 tahun.

Jika purata menonton TV 5 jam sehari, bermakna [ 5jam x 30hari x 12bulan x 60tahun = 113400 Jam ] anda mengambil masa sebanyak 113,400 jam untuk menonton TV sepanjang hidup anda selama 63 tahun, iaitu kita 13.125 tahun masa yang digunakan untuk menonton TV.

Kalau kita susun bermula dari mula anda lahir.. Setelah berumur 3 tahun maka anda tidurrrrr.........tidurrrr........ (selama 21 th), bermakna anda mulai bangkit dari tidur setelah berumur 24 tahun... ... Apabila bangkit sahaja, anda terus menonton TV... (jumlah masa menonton TV ialah 13 tahun). Mula menonton Tv ketika berusia 24 dan tamat menonton Tv ialah pada usia 37 tahun. Cuba anda lihat... usia anda sudah habis sebanyak 37 tahun dengan hanya tidur dan menonton TV sahaja.

Belum lagi diambil kira, masa termenung dibilik air, masa berleter pada anak isteri secara tak tentu pasal, serta masa melepak di kedai kopi, bilakah masa yang anda gunakan untuk perkara-perkara yang memberi produktiviti seperti belajar, berusaha dan sebagainya. Nampaknya masa sudah terbunag lebih dari separuh dari umur anda..... sayang sekali...

Sebab itulah begitu ramai, dikalangan orang biasa yang sudah berumur 40th atau 50th masih tidak mempunyai apa-apa. Ini adalah kerana sepanjang hidupnya asyik mensia-siakan masa yang diberi oleh Allah. Jika anda berjumpa dengan orang yang memberi jawapan "aku sibuk" atau "aku tak ada masa lah".. maka sepatutnya orang itu sudah kaya dan berjaya.. Jika mereka tidak juga kaya atau berjaya, tetapi asyik mengatakan "aku sibuk atau "aku tiada masa"... maka sebenarnya orang ini asyik sibuk dengan perkara yang tidak berfaedah atau "menyibuk" serta membuang masa sahaja . Kalau seseorang itu asyik sibuk dengan perkara yang BETUL, sudah pasti beliau sudah kaya dan berjaya...

Saya juga SIBUK sepanjang 5 tahun yang lepas, kekadang tak ada masa nak melepak dengan kawan-kawan di kedai kopi mamak. Hari minggu pun saya "bizi". Pendek kata dalam seminggu ada beberapa hari balik sampai lewat malam. Pergi outstation sehingga 2 ke 3 hari dalam seminggu. Memang bizi memanjang.

Walau bagaimanapun dalam kesibukan sepanjang 5 tahun yang lepas, saya masih sempat pergi ke Mekah, Dubai, China, Switzerland, Holland, German, Paris, Australia, United Kingdom, Bangkok dan Singapore. Saya juga sempat menukar Honda Accord saya ke Merc C-Class dan S-Class (320), serta juga berpindah kerumah yang lebih selesa.

Cuba imbaskan kembali, sepanjang kesibukan anda 5 tahun yang lepas, sehingga kini masih lagi sibuk.. Apa yang telah anda capai...?

Oleh itu berhati-hatilah dengan kata-kata anda.. dan "manage" lah masa anda dengan "smart"..

17 comments:

Nora MD said...

saya pun tak tahu nak buat macam mana dengan orang-orang yang terlalu negatif nie. Depa ingat kita saja-saja ke nak hambat depa pi MLM. Depa tak tahu kita nak ajak depa join sebab nak tolong depa cari duit lebih yang depa mahu.

Nak buat lagu mana depa suka duduk kat takuk lama depa jugak sebab tule depa cakap depa tak ada masa. Kalau depa tak dak duit lain cerita. Ini sombong, bongkak tak nak ngaku cakap takdak masa!

Kalau jadi sesuatu baru depa tahu. Masatu tak tahu banyak mana masa depa! masatu mungkin depa nyanyi beginilah nasib diriku yang malang oh tuhan...... padahal depa tak nak usaha sungguh-sungguh.

usana4all said...

Terima kasih kepada Cik/Pn Nora Md kerana sudi memberi komen di blok saya. Tq-tq

Dr Fulus said...

saya tertarik dgn ceramah Utz Saifuddin smlm. dia kata kalau sekarang kita tak dak masa, pasti lagi 5 tahun pun kita tak dak masa.

jadi, untuk pastikan kita ada masa beliau cadangakan kita menceburi diri balam bidang perniagaan sekarang.

Dan, perniagaan abad 21 adalah dlm bidang networking.

alimanan said...

Laman blog ini amat berguna sebab saya boleh mempromosikannya untuk menyedarkan rakan2 yang selama ini beralasan "tak ada masa". Terima kasih banyak2 atas nasihat yang berguna ni. Walaupun tidak direct dari saya, tapi rasanya mereka yang membacanya akan sedikit sebanyak faham apa yang cuba disampaikan di sini.

Jet Li (m) said...

Terima Kasih Dr Fulus dan alimanan, saya berharap melalui blog ini akan dapat membantu para usahawan mlm, saya akan cuba mengenengahkan permasalahan biasa yang selalu diberikan oleh orang-orang biasa yang sentiasa memberi alasan untuk menutuk "kemalasan" dirinya.

Jet Li (m) said...

maaf, ejaan silap tadi.. "menutup" bukan menutuk. tq

Muhammad Faisal said...

Assalammualaikum,
Sibuk...memang sibuk...saya pun sibuk.. TIPS saya : DISCIPLINEkan DIRI kita untuk 2-4 Jam SEHARI untuk USANA dengan KONSISTENT. PASTI 1-2 TAHUN akan datang, 24 JAM sehari akan menjadi MILIK KITA. (itu;lah dikatakan TIME FREEDOM). Doakan semuga KITA berjaya. AMIN

Insyaallah. SELALUlah INGAT yang MAHA POWER. Powerrrrrrr

USANA for Altra said...

ini kisah benar,

Pada ketika saya datang ke KL ini, satu saja yang saya fikir untuk mencari kewangan. Apabila menceburi saja dalam bidang perkerjaan saya pada mulanya seronok kerana saya adalah insan terpilih dikalangan pemuda yang mencuba nasib. Setiap hari saya pulang lewat (OT) untuk mencari pendapatan tambahan, malangnya masih tidak mencukupi. Tiba terlintas di fikiran saya untuk berniaga. Berniaga apa nak buat di KL nie? burger,air,cendol.? semua jenis perniagaan ini sudah ada dan belambak sangat di KL nie.UNtuk start berniaga kurang2 mesti ada modal RM 5000 baru boleh berniaga .Tapikena ambil lesen dulu dari DBKL. Kena bayar lagi? wah banyak jugak kena guna duit...Jadi datanglah hamba Allah memperkenalkan perniagaan MLM pada saya dan saya membenarkan diri untuk mendengar dan belajar selok belok perniagaan MLM.

Apa yang cuba saya sampaikan dari kisah benar itu tadi. Kita kena mnencari golongan yang sedang mencari peluang...teruskan mencari golongan 5% ini...

Mohd Najib said...

Jawapan-jawapan yang negatif dlm MLM seperti Aku Tidak Ada Masa adalah jawapan yang terlalu "common". Mereka sebenarnya bukan tidak ada masa,tapi kebanyakannya tidak sedar atau tidak menguruskannya dengan betul. Jika diperiksa semula barulah mereka tahu yang kebanyakan dari mereka menggunakan masa dengan perkara sia-sia. Contohnya waktu-waktu lapang dihabiskan dengan berborak di kedai kopi, banyak menonton TV maklumlah kat ASTRO kan macam2 ada. Jadi kan bagus kalau ditukarkan aktiviti ini dengan menjalankan perniagaan MLM satu hari 2 jam sahaja pun dah cukup untuk merubah nasib kita 5 tahun akan datang.Bayangkan kita mengorbankan sedikit masa kita sekarang, tetapi tahun akan datang kita sudah ada banyak masa lapang. Masa tu lah kita boleh menumpukan sepenuh perhatian pada keluarga. Barulah hidup bahagia. Perasan tak, kebanyakan mereka yang masih makan gaji semakin hari semakin sibuk, anak2 tidak terjaga. Sebab tu lah banyak masalah sosial sekarang ini. Kesimpulannya, marilah kita sama2 menguruskan waktu kita dengan baik dan teratur, gunakan masa sebaiknya untuk menjalankan perniagaan MLM. Jangan kita mencari alasan,membina halangan kita sendiri. Berkatalah dengan diri sendiri perkara2 yang positif, sebab subconcius mind kita ni tak kenal mana yang positif atau negatif..
usana4malaysia

Sifoo said...

wow... terimakasih Mohd Najib kerana sudi singgah di blog ini. Jadilah mlmsifoo sebagai tempat berehat dan sumber inspirasi setelah anda penat berjuang di luarsana. Good Luck dan Never Give Up.. Jet Li(m)

D earth said...

Salam semua..
Memang betul kenyataan yang sifoo nyatakan tu..
terlalu ramai orang di luar sana yang asyik mencari alasan..semua cakap takde masa...tak minat...tak suka jual barang..
padahal diorang ni semuanya cukup-cukup makan je gaji..tengah bulan dah pokai..takde usaha nak majukan diri..tambah2 orang Melayu..
malu la ngan orang Cina dan bangsa lain yang lebih berjaya dan pandai cari WANG.

Rohani said...

Satu saja soalan untuk orang yang selalu berkata tidak ada masa: Kita yang menguruskan masa atau masa yang menguruskan kita?

Jet Li (m) said...

Terima kasih pada Rohani dan D Earth kerana sudi memberi komen anda disini. Nak Seribu daya, tak nak seribu dalil...
jetli(m) / mlmsifoo

Razali said...

Hebat...
Saya pun minat dengan usana ni, tapi Dr. Saifudin kata "jika kita bukan orang pertama menyertai sesuatu MLM itu seperti Amway, CNI & Shaklee... mana mungkin untuk dapat pendapatan 6 angka"

Saya angat nak join usana... tapi masalahnya saya bukan orang yang pertama lagi... terpaksa cari syarikat baru jugalah macam tu !!

Sifoo.. APA BEZA PULAK MLM DENGAN BINARY SYSTEM & CEPAT KAYA SYSTEM ?

Amway4u said...

Kata orang "Jika tidak boleh berjaya dengan syarikat MLM hebat yang diceburi, jangan masuk mana-mana MLM lagi.. sebab tiada yang lebih hebat lagi selain syarikat yang kita masuk dan dah dapat hasilnya" kerana.."Tiada syarikat MLM yang gagal tetapi orang yang melakukannya dengan gagal"

Apa pendapat tuan ?
Adakah kita perlu buat MLM lagi atau balik kampung jual sayur je ! Direct Selling jugak tu.
TQ.. tq..

Sifoo said...

En Razali.. siapa pula Dr Saifudin tu....? dan bila pula beliau berkata demikian..? Sungguh kejam Dr tu jika benar beliau berkata demikian.

Jika anda mahu dengar nasihat sifOO, (jika benar) Dr Saifudin berkata begitu.. sebenarnya kata2 dia itu salah..dan jangan ikut beliau..

Kalau En Razali berminat dengan USANA, carilah pengedar2 usana dan berbincanglah dengan mereka. Sebenarnya www.mlmSifOO.blogspot.com ini adalah tiada kena mengena dengan USANA atau mana-mana syarikat MLM, tujuan blog ini ialah untuk pencinta-pencinta MLM untuk bertukar-tukar info yang positif berkenaan dengan MLM. Anda juga boleh mempromosi syarikat MLM anda melalui "signature" dan bukan pada "content".
tq...
SifOO

Sifoo said...

respond SifOO kepada amway4u
******************
Amway4u said...
Kata orang "Jika tidak boleh berjaya dengan syarikat MLM hebat yang diceburi, jangan masuk mana-mana MLM lagi.. sebab tiada yang lebih hebat lagi selain syarikat yang kita masuk dan dah dapat hasilnya" kerana.."Tiada syarikat MLM yang gagal tetapi orang yang melakukannya dengan gagal"

Apa pendapat tuan ?
Adakah kita perlu buat MLM lagi atau balik kampung jual sayur je ! Direct Selling jugak tu.
TQ.. tq..
******************

Untuk pengetahuan anda, SifOO tidak pernah dengar falsafah sedemikian, bagi saya, falsafah diatas adalah bersifat lebih kepada "emotional",

"Syarikat MLM hebat" adalah sangat subjective, sebaliknya jika tidak berjaya, anda sepatutnya menganalisa diri, baiki diri dan terus melakukannya sehingga berjaya tanpa "putus asa".

SifOO setuju dengan falsafah "tiada perniagaan yang gagal didunia ini.. Hanya MANUSIA yang gagal..."

Jadi.. diri kita yang perlu diubah dan diperbaiki.

Berkenaan pendapat sifOO tentang perenggan yang terakhir tu.. Apa maksudnya "balik kampung jual sayur je !"- Adakah dia sudah putus asa dengan MLM..? Sepatutnya anda tidak berputus asa, jika ingin berjaya dalam MLM dan menjadi jutawan MLM, sepatutnya jangan "give up", lebih menganalisa diri dan terus mencuba sehingga berjaya.

Tetapi, jika anda mendapat peluang baru iaitu menjual sayur di kampung secara besar-besaran dan berpotensi mendapat pendapatan lebih banyak dan lebih cepat dari MLM, maka teruskan balik kampung dan menjual sayur disana itu... -sifOO

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails