Followers

Monday, May 14, 2007

MLM Kerjaya Mulia

MLM adalah satu kerjaya mulia, perkataan MLM tidak perlu diberi definasi lagi, kerana ia bukanlan satu bidang baru di Malaysia. Walaupun begitu masih ramai lagi yang tidak mendapat gambaran sebenar tentang MLM. Ada yang masih beranggapan NEGATIF terhadap konsep perniagaan MLM.
Mereka mempunyai tanggapan negatif kerana pada kali pertamanya mungkin mereka terdedah kepada satu pengalaman yang negatif, mereka gagal atau mungkin juga mereka terdedah kepada pengalaman-pengalaman dari kawan-kawan mereka yang menjalankan MLM secara tidak beretika. Jadi sudah pasti mereka juga terpengaruh dengan perasaan negatif, lalu mereka menganggapkan MLM adalah negatif..

Melalui blog ini, saya cuba untuk menyampaikan gambaran sebenar tentang perniagaan MLM. Saya ingin memetik kata-kata salah seorang Jutawan MLM di Amerika yang bernama John Campbell Michigan dalam bukunya bertajuk "Why I joined MLM". Beliau merupakan seorang pensyarah di salah sebuah Universiti di USA.. katanya..

" Melalui MLM saya begitu bangga, kalau di Universiti saya hanya mengajar murid yang sudah pandai semata-mata untuk mendapat segulung ijazah, tetapi kini saya begitu bangga kerana melalui MLM saya dapat membantu begitu ramai orang yang dahulunya "kosong" kini melalui bimbingan saya mereka boleh mencapai impian mereka".

Cuba lihat... beliau rasa melalui MLM, tugasnya lebih mencabar kerana kita terpaksa berhadapan dengan masyarakat, membimbing mereka yang dahulunya tiada pekerjaan atau tiada pendidikan tinggi sehingga mereka berjaya mencapai impian mereka berbanding dengan semasa di Universiti yang mana mereka yang mesuk ke universiti adalah terdiri dari mereka yang sudah di tapis dari segi kepandaian akademik mereka.

Yang penting sekali, setiap apa yang kita lakukan mestilah ikhlas ingin mencari pendapatan sebagai fardu, ingin menolong kawan dengan membantu dari segi produk kesihatan, peluang perniagaan, kerjasama dan sebagainya.


Dari segi produk kesihatan, apa yang saya lihat ianya banyak membantu usahawan-usahawan atau masyarakat diluar yang sudah "fade up" mendapat rawatan dari hosital, tetapi akhirnya melalui produk pemakanan kesihatan boleh menyembuhkan pelbagai penyakit kronik. Sudah banyak testimoni yang saya perolihi dari rakan2 seperti penyakit kencing manis yang telah disahkan oleh hospital tidak boleh diubati melainkan hanya "memotong" anggota yang bernanah seperti kaki contohnya. Melalui pemakanan kesihatan, dalam masa beberapa minggu sahaja boleh menampakkan kesan positif.

Dari segi kekayaan atau peluang perniagaan, saya dapati MLM ialah satu-satunya peluang bagi orang-orang yang "dhaif" untuk mengubah kehidupan mereka dan seterusnya menjadi "orang kaya". Jika anda berjumpa dengan saya, saya pasti boleh "tunjuk" satu persatu siapakah yang saya maksudkan. Jika dahulu mereka ini hidup serba kekurangan, gaji kecil, bahkan ada yang tak berpelajaran tinggi, bagaimana untuk mendapat gaji yang lebih besar..? Bagi yang sudah sedar dan mereka bertindak melalui MLMlah satu-satunya memberi mereka peluang untuk "naik". Bagi mereka yang berpelajaran tinggipun, tak mungkin boleh menjadi kaya jika mereka memilih untuk makan gaji atau menjadi kuli. Walau setinggi mana pangkat kita pun, selagi kita makan gaji.. saya definasikan ianya sebagai kuli. Untuk berniaga sudah pasti memerlukan modal yang besar.. bagi saya yang serba kekurangan, maka impian untuk berniaga terkubur disebabkan tiada modal, tiada kenalan untuk mendapatkan perniagaan (business contact), maka MLM lah menjadi pilihan...

Melalui MLM juga saya dapat membina rangkaian seluruh negara. Hampir setiap negeri kita mempunyai rakan kongsi perniagaan, pendek kata anda tak akan sesat atau berlapar jika anda pergi kemana-mana sahaja di seluruh Malaysia, sebab disetiap penjuru anda mempunyai rakan perniagaan. Hubungan sesama rakan kongsi adalah sangat erat, bahkan lebih erat dari hubungan antara adik beradik sendiri.. inilah kehebatan rangkaian perniagaan... MLM kerjaya mulia... Saya amat bangga bukan kerana saya mendapat pendapatan besar, tetapi saya merasa BERJAYA apabila saya dapati, orang-orang yang dahulunya SUSAH, MISKIN atau SAKIT tetapi kini, setelah menyertai MLM bersama saya, mereka dapat mengubah kehidupan mereka dari keadaan dahulu kepada yang lebih baik... Alhamdulillah.. .

9 comments:

Nora MD said...

Alah! depa yang tak suka berusaha gigih depa cakap system piramid tak baguslah tak boleh buatlah padahal depa sendiri tak tahu piramid itu apa.

Bagi saya orang macam ini sebenarnya F.O.B.I.A. satu penyakit yang mereka redah sendiri masuk tapi tak minat buat atau leader-leader yang lepas tangan fikir diri sendiri lepas depa sign up. Kalau depa masih berfikiran negatif depa tak kemana! depa tetap buat piramid kat tempat kerja depa samapai bos-bos depa puji depalah pekerja cekap, amanah, jujur dan sebagainya. Tetapi depa tak tahu depa dapat apa! berfikirlah dengan seluasnya. Kehidupan kita sementara jadi disinilah MLM tempat yang paling baik untuk kita bergantung harap.M=mengadu L=lambat M=maju. Maksud saya ia tempat kita mengadu lambat maju. Fikirkanlah!

Jet Li (m) said...

Terima kasih Nora Md di atas komen anda di blog ini, sentiasa kunjungi untuk mendapat update terkini. tq

Malilea-Warisan said...

Alhamdulillah, Tahniah dan Terima Kasih kerana menyediakan ruangan yang begini bermakna kepada para peminat MLM. Semoga kita akan mendapat ilmu yang betul dan terkini mengenai dunia MLM. Tahniah

Muhammad Faisal said...

Assalammualaikum,
Semalam saya ada discuss dengan seorang insan yang MULIA.
dia ada menyebut, tujuan dia terlibat dalam MLM.(kalau nak tahu tujuaannya contact saya 016-6092085) Betul apa yang dikata ORANG HEBAT PASTI MEMPUNYAI MATLAMAT yang HEBAT.
Ada beliau,bercerita TENTANG GOLONGAN yang PERTAMA MASUK SYURGA.
Ada 4 golongan : 1) TOK GURU/USTAZ YANG MULIA
2) ANAK MURID YANG MULIA 3) ORANG AWAM YANG MULIA
4) GOLONGAN ORANG KAYA/BISNIS YANG MULIA
Jawapannya: GOLONGAN ORANG KAYA/BISNIS YANG MULIA yang PERTAMA masuk SYURGA.
SEBABnya: TANPA sumbangan/derma/sedekah dari ORANG KAYA/BISNIS maka tidak WUJUD sekolah,masjid dan peralatan belajar yang LAIN2 untuk 3 golongan yang LAIN.

MLM adalah BISNIS MAMPU dimiliki SEMUA golongan.
MLM JELAS KERJAYA MULIA.

Walallahhualam.
Jangan TINGGAL SOLAT dan PASTI sentiasa AWAL WAKTU.
Ingat selalu yang MAHA POWER. POWERRRRR.

Datuk said...

Hai sifoo..bergambar ngan Artis.. dia join MLM jugak ke?

Datuk said...

Hai sifoo..bergambar ngan Artis.. dia join MLM jugak ke?

Swisscash Investment said...
This comment has been removed by the author.
Azaharuddin said...

Assalamualaikum sifu..

Sebenarnya saya terjumpa dengan blog sifoo ini secara x sengaja selepas membuat carian keyword MLM. Saya juga adalah seorang full time networker. Saya telah berkecimpung dalam bidang ini secara serius selama 8 tahun.

Saya sekarang sedang menjelajah ke seluruh Malaysia untuk mengembangkan jaringan perniagaan saya.

Saya juga tertanya2 sifoo sedang bernaung di bawah syarikat mana sekarang ini dan amat berharap untuk berjumpa demgan sifoo agar dapat kita sama2 berkongsi idea dalam menyedarkan orang ramai bahawa perniagaan MLM tidaklah seburuk seperti mana yang digambarkan.

Yang menyebabkan nama perniagaan MLM ini, menjadi buruk tidak lain dan tidak bukan adalah disebabkan segelintir penggiat MLM yang hanya mementingkan diri sendiri dan menabur janji manis kepada bakal2 pelanggan/rakan niaga.

Dan sekali lagi saya nyatakan.. saya amat berharap dapat bertemu dengan sifoo dan menjalin persahabatan dengan sifoo 1 hari nanti.

Semoga sifoo beroleh kejayaan dan rezeki melimpah ruah di sepanjang perjalanan sifoo bergelar seorang Network Marketer.

Wassalam.

regards,
Azaharuddin.com
012 681 4532 / 019 324 2627

Jet Li (Malaysia) said...

Salam bro "Azaharuddin ".. Hari ni baru sy terbaca semula your comment.

ok ur welcome, may we can work and help each other... tq

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails