Aku tak minat la benda-benda macam ni... Diantara alasan yang popular apabila diajak berusaha atau mencebur diri dalam MLM.. "Aku tak minat..." Saya begitu kesian kepada sesetengah diantara mereka yang hidup susah, gaji bulanan paras hidung, sentiasa tak cukup setiap bulan, tahun berganti tahun pun tidak berubah...... anak ramai dan bertambah ramai....
Apabila kita datang dengan ikhlas untuk membantu melalui cara berusaha untuk mengubah taraf ekonomi melalui MLM.., mereka memberi alasan.. Aku tidak minat laaa... benda-benda macam ni....
Sebenarnya bagi saya, MLM lah satu-satunya peluang perniagaan bagi "orang-orang miskin" untuk mengubah kehidupan mereka.. Kebanyakan orang islam mengetahui hadis yang bermaksud "sembilan persepuluh rezeki adalah dari sumber perniagaan". Memang tidak dinafikan 90% rezeki adalah dari sumber perniagaan. Ini terbukti, apabila kita mengambil contoh orang-orang kaya, jutawan dan sebagainya.. bagaimana mereka boleh menjadi kaya serta berkehidupan mewah adalah melalui PERNIAGAAN.
Maka terbuktilah bagi kita, untuk menjadi kaya dan berjaya dari segi kewangan adalah mesti BERNIAGA... Persoalannya, perniagaan apa yang nak dilakukan bagi kita yang serba miskin...? (seperti anda dan saya...?). Perniagaan perlu ilmu dan pengalaman, perlu MODAL, perlu kenalan (contact), perlu juga jadi kroni.... jadi, adakah anda mempunyai semua ini..? Kalau TIDAK ada, lupakan untuk bersaing di pasaran korporat.
Maka, bagi saya yang miskin dan serba kekurangan, MLM lah satu-satunya lubang emas, satu-satunya Lampu Aladdin untuk saya. MLM merupakan PELUANG untuk orang-orang miskin mengubah nasibnya menjadi kaya atau menjadi lebih baik dari apa yang kita ada sekarang.
Saya adalah seorang graduan dalam bidang kejuruteraan. Saya adalah "engineer" di salah sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka di Malaysia sebelum ini. Kalau saya masih lagi meneruskan "kerja makan gaji" di syarikat tersebut, hari ini upah/gaji bulanan saya sudah mencecah 5 angka setiap bulan.
Kenapa saya sanggup meninggalkan kerjaya profesional saya dan mencebur MLM yang memang saya tidak minat dan jauh terpesong dari dari bidang saya dahulu...??? Kerana saya nampak potensi, saya nampak udang disebalik mi.
Saya sebenarnya Langsung TIDAK MINAT dengan kerjaya MLM, tetapi saya memaksa diri saya untuk melakukannya... "I forced myself" to do it..!!
Apabila saya berjumpa dengan prospek saya yang bekerja sebagai guru, dia akan mengatakan, kalau bekerja sebagai guru memang saya MINAT sejak dari kecil lagi... Kalau yang bekerja di bidang IT juga akan mengatakan... kalau bidang IT ni... memang saya MINAT la... tapi kalau MLM tu tak boleh la.... saya kurang minat.. atau tak minat langsung....
Persoalannya... setakat manakah Perasaan Minat mereka....? Adakan mereka faham maksud MINAT itu sendiri..
MINAT - mengikut definasi saya ialah, kita suka kepada sesuatu perkara tersebut, kita sanggup melakukannya secara sukarela kerana kita enjoy melakukannya, walaupun tidak mendapat habuan apa-apa atau dari sesiapa pun kita tetap minat melakukannya. Sebagai contoh;
Minat mengumpul setem
Mereka sanggup mengumpul dan mencari setem-setem lama tanpa sedikit pun perasaan untuk mendapat upah. Mereka sekadar suka buat koleksi pelbagai jenis setem.
Minat bermain bola
Ramai orang atau kanak-kanak di kampung suka bermain bola di padang sekolah pada waktu petang. Hampir setiap hari mereka bermain tanpa ada orang suruh atau tanpa ada orang beri upah tetapi disebabkan mereka minat maka mereka keluar bermain secara sukarela. Kalau hari hujan permainan menjadi semakin racak sebab keadaan padang bola menjadi bertambah licin. Kadang-kadang ada petir dilangit pun mereka sanggup bermain dengan leka sebab seronok. Sampai ke waktu maghrib pun mereka terus bermain. Walaupun berhadapan dengan risiko petir atau terjatuh disebabkan licin, mereka sanggup bermain sebab mereka minat. Sedangkan tidak ada orang yang beri upah atau bayar, tetapi mereka tetap bermain sebab mereka minat.
Minat memancing
Ramai orang yang minat memancing, mereka sanggup beli rod yang mahal-mahal, sanggup sewa bot untuk memancing di laut dalam. Adakah mereka pergi memancing kerana untuk mendapatkan ikan untuk dijadikan lauk pauk? Atau adakah mereka pergi memancing kerana mereka minat ..?
Saya sangat percaya, bahawa mereka pergi memancing adalah kerana mereka minat memancing dan mereka enjoy memancing. Jika tidak mendapat hasil (tangkapan) mereka tidak akan kecewa..
Bagi mereka yang berkata saya "MINAT" mengajar (menjadi guru), atau apa-apa pekerjaan.. tapi MLM saya tak minat..
Cuba fikir sekali lagi... adakah anda faham betul2 maksud MINAT..??
Adakah anda pergi bekerja kerana minat anda kepada pekerjaan itu atau kerana anda TERPAKSA bekerja kerana untuk dapat wang..??
Katakanlah majikan anda tidak membayar gaji anda atau majikan secara suka-suka memotong gaji anda sebanyak 50% setiap bulan.. apakah perasaan anda..?
Adakah anda memberontak atau anda tak kesah....??
[anda sendiri yang jawab]
Jika anda MINAT bekerja disana, maka sudah pasti anda tidak hiraukan sama ada gaji dibayar ataupun tidak, sebab anda bekerja bukan kerana gaji tetapi kerana MINAT anda dan anda enjoy bekerja disana.
Jika anda bekerja kerana untuk mendapat gaji, maka sudah pasti anda memberontak dan mungkin tidak akan pergi kerja lagi sekiranya gaji anda tidak dibayar..
Jadi.. anda bekerja kerana MINAT..??? atau kerana terpaksa untuk dapat Wang..??
Sudah pasti bagi diri saya adalah bekerja kerana terpaksa, semata-mata untuk mendapatkan wang. Saya sanggup menghambakan diri saya pada majikan semata-mata untuk mendapat gaji bulanan.
Saya sanggup jual masa saya serta jual diri saya kepada majikan setiap hari selama 8 ke 10 jam semata-mata untuk mendapat wang, walaupun saya tahu bayarannya adalah tidak setimpal.
Apabila diperkenalkan dengan MLM, maka saya rasa inilah jalan keluar bagi saya untuk tidak menjual diri saya kepada majikan lagi.. walaupun saya BENCI MLM dan TAK PERNAH MINAT dengan MLM.
Saya TERPAKSA mengharunginya walaupun saya tak suka dengan kerja-kerja MLM setelah saya mengkaji POTENSI yang ada melalui MLM.
Cuba anda kaji faktor-faktor yang mendorong saya seperti dibawah;
Tidak perlu modal ringgit yang besar tetapi berpotensi menjana pendapatan puluhan ribu setiap bulan..
Tidak perlu sijil/diploma/ijazah untuk melakukannya...
Tidak perlu... macam-macam lagi..
Jadi apa yang perlu..??
1. Keinginan yang kuat untuk berjaya - strong desire
2. Sanggup belajar apa-apa ilmu yang diperlukan untuk berjaya di MLM.
3. Bertindak melakukannya dengan prinsip "Never Give UP".
Jadi.. adakah anda bekerja kerana MINAT...??
Tidak... saya melakukannya kerana saya tepaksa demi untuk mendapat wang yang banyak.. saya tidak boleh hidup dengan hanya bergaji 2 ribu atau 3 ribu atau 10 ribu.. itu sangat kecil...
Jangan ego dengan gaji yang sekecil itu..
Saya mempunyai "taste" ialah earning 6 figures monthly... saya ada banyak komitment.. saya ada banyak tanggungjawab... saya ada AGENDA sendiri..
I Dare to think and I dare to DREAMMMMMMM...
Think Big n Dream BIG...!!!!!!
Jet Li(m)
Followers
Sunday, June 24, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Salam sejahtera sifoo. Kalau nak komen sampai besok tak abih!
Sikitla saya komen. Biaq pi la kat depa kalau depa dok cakap tak minat mlm. Depa tak tahu MLM adalah sebuah tempat =-
M = MENGADU
L = LAMBAT
M = MAJU/ MAHIR
Disinilah patut depa bertandang buat masa ini dan selamanya. Kalau terbuka hati dan minda depa, depa mailah tu.
Biaq piiiii no !!!, masalahnya tak boleh nak biaq, sebab kalau kita sorang je yang senag, pun tak senang jugak, nanti depa asyik datang nak pinjam "pitih" je.. Bila time ajak berniaga sama-sama, depa kata sibuk, takdak masa, tak minat la.. tapi bila suntuk-suntuk, depa mai jumpa kita pulak..!!! So kena juga USANA ajak mereka jangan putus2 asa sampai mereka kata gini...
"" Nora..!! Kalu mu nak kawan ngan aku lagi.. janganlah ajak aku masuk benda nih..!! ""
Masa tu barulah boleh stop mengajak depa, atau pun boleh jugak jawab gini..
""Kalau mu nak kawan ngan aku lama lagi, jomlah masuk benda nih.. kita buat sama-sama """
ataupun kalau nak berkasaq boleh jugak jawab gini..
"Kalau mu tak masuk benda nih (MLM yg aku buat nih) jangan kawan dengan aku lagi.."""
Haha boleh pilih yang mana anda suka...
fuyooo
sifoo..
cantik post sifoo yg bertajuk saya tak suka mlm..
mintak kbnaran untuk ltak kat blog saya bleh?
nnt source saya sertakan sekali..
Post a Comment