Followers

Friday, July 24, 2009

Produk di Syarikat MLM lebih MAHAL...?

Jika pelanggan anda mengatakan "Produk di Syarikat MLM lebih MAHAL berbanding dengan harga PASARAN". Apa anda harus jawab...!!?

Jawapannya ialah;

Ya, betuuuuull..

Perkara pertama ialah anda kena bersetuju dengan pendapat mereka sebab kita mesti patuh dengan “law number one – Customer is always right”. Sebenarnya customer berhak untuk kata apa-apa pun (mahal atau murah), sama ada dia ikhlas atau saja-saja nak kondem kita sebab dia memang tak mahu beli. Perkara yang penting ialah mereka mesti ada kayu pengukur untuk mengatakan produk kita mahal atau pun tidak.

Bagi setiap syarikat MLM yang tulin atau “genuine” ( yang berdaftar dan memiliki lesen yang sah dengan kerajaan.) mereka tidak akan dengan sesuka hati menetapkan harga sesuatu produk, ianya mestilah terlebih dahulu mendapat kelulusan dari pihak kerajaan. Ini bermakna jika syarikat itu masih sah, secara otomatik harga produknya adalah didalam lingkungan yang diluluskan. Jika harganya mahal (seperti yang anda sangkakan) sudah pasti ianya tidak akan mendapat kelulusan dari pihak kerajaan. Jadi siapalah kita yang ingin menghukum sesuatu produk itu mahal sedangkan mereka telah mendapat kelulusan.

Walaupun sesuatu produk itu nampaknya mahal tetapi sebenarnya mereka ada keunikan tersendiri yang boleh menjadikan produk itu dijual dengan harga yang berbeza (lebih tinggi dari harga di pasaran).

Kita ambil contoh ubat gigi ataupun serbuk sabun pencuci. Katalah serbuk sabun yang seberat 500g mungkin berharga RM10 dipasaran manakala dijual dengan harga mungkin RM25 di syarikat multi level. Dari segi harga memang berbeza dan nampaknya di MLM lebih tinggi. Kita kena banding dari sudut kualiti seperti;

1. Kuasa mencuci – 1 scope sabun MLM utk 6 kg kain, manakala mungkin ½ kotak sabun biasa diperlukan untuk mencuci jumlah kain yang sama.

2. Sabun MLM berkonsepkan Biodegredable (lebih mesra alam), tangan tak gatal, air lebihan cucian boleh digunakan untuk menyiram pokok bunga dan akan tumbuh dengan subur dibandingkan dengan sabun biasa mungkin pokok akan mati.

3. Ada anti karat ini sangat baik untuk mesin basuh dan butang atau pun zip seluar.

4. Kandungan serbuk pencuci – ini boleh dilihat dengan memasukkan kedua-dua serbuk sabun tadi ke dalam dua gelas yang berisi air. Biarkan kedua-dua gelas tadi dalam 5 ke 10 minit sehingga mendap. Anda akan dapati 95% kandungan sabun PASARAN akan terapung, manakala kandungan sabun MLM akan mendap dan hanya 5% sahaja yang terapung. Ini membuktikan kandungan sabun MLM lebih solid manakala sabun PASARAN hanya terdiri dari kertas surat khabar serta serbuk kayu gergaji sahaja.

Sebenarnya banyak lagi keunikan pada sesuatu produk itu yang kita perlu tahu dan perlu highlight pada customer kita. Bukannya hanya pada serbuk pencuci sahaja bahkan pada produk-produk kesihatan yang lain seperti vitamin c dan sebagainya. Mungkin dalam sesuatu produk itu di campur herba, atau madu atau bahan-bahan lain yang lebih special yang mana ianya tidak kedapatan pada produk biasa yang ada dipasaran. Itulah yang menjadikan keunikan sesuatu produk MLM.

Kita tidak boleh melihat secara kasar sahaja dan terus menghukum produk MLM mahal. Ada beberapa faktor yang kita kena lihat seperti berikut;

1. Harga mereka juga diluluskan oleh kerajaan, ini sudah pasti ianya berada dalam lingkungan harga yang sepatutnya.

2. Jenama berbeza iaitu jenama MLM dan jenama PASARAN.

3. Kandungan yang berbeza.

4. Kualiti berbeza

5. Dan lain-lain.

Untuk melihat kualiti anda mentilah berkebolehan untuk membuat demonterasi produk.Jadi, jika kelima-lima perkara tersebut berbeza, bagaimana kita hendak menghukum atau mengatakan produk MLM lebih mahal dari produk PASARAN. Ini sama seperti anda membandingkan harga sebuah kereta BMW dengan harga sebuah kereta Proton SAGA.

Sudah pastinya berbeza. Bolehkah anda kata harga BMW itu mahal..? Sebab harganya adalah sepadan dengan kualitinya yang mana ianya telah diluluskan oleh kerajaan. Ini bermakna harga kereta tersebut adalah berada di dalam lingkungan harga yang sewajarnya. Untuk mengatakan harga di MLM itu mahal atau murah, kita mestilah membuat perbandingan yang adil atau dipanggil “aple to aple comparism”.

Contohnya, sabun berjenama yang sama, kualiti serta kandungan yang sama iaitu jenama BREEZEE dijual dipasaran dengan harga RM10 manakala dijual di syarikat MLM dengan harga RM25,maka barulah kita boleh mengatakan produk yang dijual oleh syarikat MLM adalah mahal. Sama seperti telefon bimbit yang anda miliki sekarang, fungsi asalnya sama iaitu membuat panggilan dan menerima panggilan.

Tetapi kenapa jenama Motorola, Sony Ericsson, Nokia, Samsung dan lain-lain lagi mempunyai harga yang berbeza..? Anda sendiri tidak terfikir untuk mempertikaikannya kerana anda faham tentang jenama, anda faham tentang “features”nya yang berbeza, anda faham tentang kamera atau mega pixel, anda faham tentang MMs, jadi sudah pasti kualiti dan kunikannya berbeza menyebabkan harganya juga berbeza. Begitu juga dengan serbuk sabun serta produk-produk di syarikat MLM.
Jet Li(M) mlmSifOO.blogspot.com

Sunday, July 19, 2009

BERJAYA atau GAGAL mana yang lebih mudah..?


Terima kasih pada "Pontianak Degil", "Nickdzul" dan "Junior Sifoo" yang berminat menyumbangkan pendapat tentang tajuk tersebut. Setiap anda berhak memberi pendapat atau pandangan masing-masing, tiada salah atau betul yang nak diperkatakan di sini.

Hah.. kali ini pendapat saya pula..
KALAU benarpun kegagalan lebih mudah dari kejayaan, tetapi saya sebagai seorang yang optimistik, positif, antusias akan mengatakan "Untuk gagal lebih susah jika dibandingkan untuk BERJAYA.." atau "Untuk berjaya lebih mudah dari untuk gagal."

Saya masih ingat semasa di surau kat kampung, semasa Pak Lebai sedang baca kitab (tentang apa.. sy dah lupa - ni masa sekolah rendah lagi). Tiba-tiba sampailah ke tajuk mencuri kena potong tangan, orang jahat, perompak akan mendapat dosa dan sebagainya.. Lepas tu Pak Lebai tadi kata.. rupa-rupanya susah nak dapat dosa ni, kena pergi mencuri, kena pergi merompak dan macam-macam yang penuh berisiko tinggi. Kalau nak dapat pahala kan senang saja, datang masjid seperti kita hari ni, sembayang, buat baik dan sebagainya, kan mudah sangat nak buat PAHALA berbanding buat DOSA... Saya pun fikir.. Ya juga.. sampai hari ni saya masih teringat dengan kata-kata Lebai tadi..

Untuk buat kejahatan, kita perlu tengok kiri-kanan kot-kot orang nampak, perlu bersembunyi, perlu melawan arus, perlu "break the law", silap-silap kena tangkap.. kan susah tu..

Tapi untuk buat KEJAYAAN, semua orang sokong dan orang suka, tidak perlu takut-takut, tidak perlu bersembunyi, boleh buat terang-terangan tiada sesiapa yang nak tangkap. Lebih mudah dari nak membuat dosa.

Saya ada terbaca satu pepatah (entah dari pada siapa dah lupa). Kata-kata ini sangat memberangsangkan saya dan sehingga kini saya sentiasa mengguna pakainya..

Kata-katanya begini... "Untuk BERJAYA, kita ada seribu cara (thousands ways) tetapi untuk GAGAL hanya ada satu cara sahaja (one way only)."

Apa maksudnya..? Mari kita berfikiran seperti saya fikir.. maksudnya kita mesti boleh berjaya dengan mudah sebab kita ada pelbagai cara iaitu cara 1, cara 2, cara 3, sehinggalah cara yang ke 1000. Kita tidak perlu risau, kalau cara 1 tak dapat, guna cara 2, kalau tak dapat juga guna cara 3 dan seterusnya... Saya yakin kita pasti BERJAYA...

Itulah prinsip orang-orang berjaya didunia ini.. mereka ada pelbagai cara dan strategi, (tapi tak perlu sehingga seribu), hanya memadai dengan beberapa strategi sahaja sudah pasti kita boleh berjaya dengan mudah. Tetapi sebaliknya jika anda hanya ada satu strategi saja.. amat sukar untuk mencapainya... Kalau strategi itu tidak menjadi maka anda tidak akan mencapainya.. so kita kena lebih kreatif mencipta banyak strategi...

Jadi, dari kata-kata di atas bermakna, kita hanya ada satu cara saja untuk mencapai kegagalan, tidak ada cara 2 atau cara 3, bermakna tidak ada cara alternatif. "Chances" untuk mencapainya sangat-sangat "slim". Ini bermakna jika anda fail melalui cara tersebut, "that it"... anda tidak akan mencapainya... Hah.. camana ? anda boleh faham ka...? Sampai saat ini saya berharap anda sudah boleh menerima pendapat saya bahawa KEJAYAAN adalah lebih mudah dicapai.. berbanding dengan KEGAGALAN.

Mari kita bincang lagi tentang kata-kata yang menjadi perangsang kepada saya itu...

"Untuk BERJAYA, kita ada seribu cara (thousands ways) tetapi untuk GAGAL hanya ada satu cara sahaja (one way only)."

Ada seribu cara untuk berjaya... menarik..
Tetapi hanya ada satu jalan sahaja untuk gagal.. sangat menarik..

Ingat,.. jika anda fail atau missed yang satu jalan itu, tidak ada jalan lain lagi, bermakna tiada harapan untuk anda mencapai KEGAGALAN lagi... Apakah dia satu cara untuk mencapai kegagalan itu..?

repeat.. "Untuk BERJAYA, kita ada seribu cara (thousands ways) tetapi untuk GAGAL hanya ada satu cara sahaja (one way only)."
iaitu MENCIPTA ALASAN...cteate Excuses..

Selama lebih 15 tahun dalam industri MLM, saya berjumpa dengan pelbagai ragam manusia yang begitu kreatif mencipta pelbagai alasan. Saya dapati 95 % orang yang tidak mencapai matlamat mereka di dalam MLM ialah terdiri dari mereka yang begitu pandai menggunakan cara yang satu ini. Mereka begitu kreatif dan memanfaatkan cara tersebut dan akhirnya mereka BERJAYA mencapai KEGAGALAN. Bagi orang-orang yang mencapai matlamat mereka, berkereta besar, rumah mewah dan berpendapatan 5 atau 6 angka pula adalah terdiri dari mereka yang tidak pandai mengunakan cara yang satu itu. Mereka tidak pandai mencipta alasan.. mereka terus menggunakan cara-cara lain untuk berjaya, sebab mereka tahu ada seribu cara untuk berjaya,... so akhir sekali didapati mereka GAGAL untuk mencapai KEGAGALAN.

Jet Li (buatan Malaysia)
www.mlmSifOO.blogspot.com

Friday, July 17, 2009

Dah Ramai Jumpa.. - Orang Kata TAK MINAT

Badrul Hisyam Mohd Nurdin said...
Mr. Sifoo,Dah banyak sangat jumpa orang yang tak minat nak buat MLM ni, macam mana nak "counter" balik bagi mereka minat???? ade idea tak???

Terima kasih kepada "Badrul Hisyam Mohd Nurdin" diatas soalan bernas anda.

Saya pun susah hendak memberi jawapan yang tepat kepada soalan anda, kenapa saya susah untuk memberi jawapan yang tepat sebab saya perlu tahu adakah jawapan yang mereka beri itu adalah hakikat sebenar mereka atau semata-mata alasan mereka..?

Yang paling penting anda kena pandai menggunakan "saikoloji" untuk menangkis atau "counter" balik. Bagi saya, tidak ada sebab kenapa orang tidak minat dengan MLM..

Segala jawapan yang diberi adalah semuanya alasan belaka.

Mereka tidak minat kerana beberapa perkara;

1. Mungkin mereka tidak faham apakah definasi perkataan "MINAT"
2. Mereka tidak faham carakerja MLM
3. Mereka tidak nampak potensi MLM
4. Mereka mendapat gambaran yang salah terhadap MLM.
5. atau mereka sudah kaya seperti BillGate..

Sebenarnya aktiviti di dalam MLM adalah tak ubah seperti aktiviti harian kita, semua orang melakukannya setiap hari, tetapi mereka tidak sedar yang perbuatan harian mereka adalah perbuatan yg kalau dilakukan di dalam MLM, mereka sudah kaya-raya.. mereka sebenarnya boleh melakukannya sebab aktiviti MLM tidak bercanggah dengan apa yang sedang kita lakukan setiap hari. Tidak perlu ubah aktiviti harian anda, jika anda guru, atau doktor, atau tukang kebun atau apa saja, MLM boleh di customize kan untuk menyesuaikan dengan aktiviti harian mereka dan mendapat pendapatan lumayan.

Zaman sekarang, dengan adanya internet dan kemudahan ICT, MLM menjadi semakin mudah.. Untuk perkara-perkara 1 hingga 5 di atas, saya akan bincangkan dalam posting yang akan datang InsyaAllah.. itupun kalau keyboard saya ni masih lagi keluar dakwat.. haha..

Untuk meringkaskan jawapan saya kepada soalan Badrul ialah begini...

sebelum saya jawab.. biar saya tanya Badrul secara peribadi....
Jika Badrul dapat menjawab soalan saya ini dengan IKHLAS dan tepat, sudah pasti Badrul tidak akan takut untuk berjumpa dengan prospek yang kata tidak minat..

Sudah bersedia...?

Soalan saya..

Badrul...Adakah anda sendiri MINAT dengan MLM...? Yes or NO..?

Jika jawapan Badrul adalah YES..
Malam ini terus berfikir kenapa anda minat dengan MLM, tulislah perkara2 yang menyebabkan anda minat sebanyak yang mungkin...

dah tulis..... ?

Itulah jawapannya untuk "counter" balik prospek yang tak minat tadi..

Sebenarnya bagaimana untuk kita pengaruhi prospek kita ialah dengan berkongsi pengalaman kita atau pengalaman orang lain yang positif kepada prospek kita.. Berapa KUAT anda minat itu memberi POWER berapa kuat anda boleh pengaruhi prospek anda. Anda sanggup datang dari jauh untuk meeting, balik lewat malam, sanggup menghadiri semua kursus yang dianjurkan walaupun berbayar... kenapa anda sanggup berbuat itu semua..? Sebab anda sudah NAMPAK... apa yang anda nampak..? Potensi di dalam MLM dan anda yakin anda BOLEH mencapainya.. Kenapa anda yakin anda boleh mencapainya..? Sudah pasti anda ada alasan and sendiri.. Itulah perkaran-perkara yang anda perlu kongsikan degan prospek anda secara bersungguh-sungguh dengan penuh excitement..

Jika anda masih lagi belum mendapat jawapan kepada persoalan anda diatas tadi, bacalah posting saya sebelum ini yang bertajuk "aku tak minat mlm". Jika belum puas lagi dengan jawapan yang diberi anda boleh menghubungi saya dan mendapat jawapan "face to face".

Sebaliknya, Jika anda memberi jawapan NO kepada soalan saya tadi;
maka itulah sebabnya kenapa prospek anda juga tidak meminatinya..

tq
mlmSifOO.blogspot.com

BERJAYA atau GAGAL - Mana yng lebih mudah di capai ?

BERJAYA atau GAGAL...?

Dua pencapaian diatas iaitu GAGAL atau BERJAYA, yang manakah paling mudah dicapai...? Agak-agaknya kalau saya buka tajuk ni untuk undian pool.

Apakah jawapannya.. GAGAL atau BERJAYA lebih mudah..?

Cuba anda teka sekejap sebelum meneruskan bacaan anda...........

teka.....teka... Berjaya atau Gagal..?

teka.....teka... Gagal atau Berjaya..?

Saya akan memberi jawapan saya pada posting akan datang.. insyaAllah

Thursday, July 16, 2009

Aku Tak Minat Buat MLM

Aku tak minat la benda-benda macam ni... Diantara alasan yang popular apabila diajak berusaha atau mencebur diri dalam MLM.. "Aku tak minat..."

Saya begitu kesian kepada sesetengah diantara mereka yang hidup susah, gaji bulanan paras hidung, sentiasa tak cukup setiap bulan, tahun berganti tahun pun tidak berubah...... anak ramai dan bertambah ramai....


Apabila kita datang dengan ikhlas untuk membantu melalui cara berusaha untuk mengubah taraf ekonomi melalui MLM.., mereka memberi alasan.. Aku tidak minat laaa... benda-benda macam ni....

Baca seterusnya klik sini..


I Dare to think and I dare to DREAMMMMMMM...
Think Big n Dream BIG...!!!!!!


Jet Li(m)

MLM utk Orang Miskin..- Setakat Manakah Kebenarannya ?

Seperti posting saya sebelum ini, (yang kat bawah tu..). MLM adalah bisnes untuk orang miskin.. Maksud saya, Multi Level Marketing adalah satu-satunya perniagaan yang sesuai bagi orang-orang miskin SEPERTI SAYA, tetapi mempunyai KEINGINAN YANG KUAT untuk menjadi kaya.

Saya tidak menafikan, bayak bisnes lain di luar sana yang membolehkan anda menjadi kaya dan sememangnya didalam Hadis Nabi Muhammad juga ada mengatakan "9/10 rezeki adalah melalui perniagaan". Hari ini juga terbukti, orang-orang yang kaya-raya di Malaysia atau dimana-mana dalam dunia adalah melalui bidang perniagaan. Persoalannya, bolehkan kita yang miskin seperti saya ini menceburi bidang perniagaan korporate seperti mereka...??

Mereka memerlukan MODAL yang besar, kemahiran yang tinggi dan kontek(hubungan) yang kuat baru boleh berjaya dalam perniagaan konvensional... Untuk mendapat untung BESAR sehingga mencecah JUTAWAN, mereka memerlukan modal yang besar.. bila melibatkan modal yang besar sudah pasti risikonya besar juga.

Jadi, bagi orang-orang yang miskin seperti saya, sudah pasti tidak mempunyai modal besar, kontek yang berpengaruh dan pengalaman yang luas maka sudah pasti akan menempuh kegagalan. Setelah saya mengkaji dan meganalisa peluang-peluang yang ada, maka saya dapati MLM adalah yang paling sesuai yang sudah TERBUKTI boleh melahirkan JUTAWAN..

Yang menariknya ialah TIDAK PERLU modal jutaan atau ratusan ribu atau puluhan ribu ringgit. Yang paling menarik lagi ialah TAK KIRA apa jenis latar belakang anda, sekolah tinggi atau tak, ada Ijazah atau Tak, itu tidak menjadi ukuran. Yang menjadi ukuran ialah seseorang itu mestilah mempunyai KEINGINAN YANG KUAT untuk berjaya merubah kehidupannya.

Jadi, saya buat satu kesimpulan bahawa MLM adalah satu perniagaan untuk orang-orang miskin untuk merubah taraf kehidupannya ketahap jutawan, saya ada beberapa orang kawan yang pada mulanya hanya penjaja jkais pagi makan pagi, driver lori, penjual roti canai dan sebagainya, tetapi setelah melibatkan diri dalam MLM hanya beberapa tahun saja sudah mencapai ketahap JUTAWAN... unik bukan..?

Jet Li(M)
www.mlmsifOO.blogspot.com

Tuesday, July 14, 2009

MLM adalah satu perniagaan untuk orang miskin


MLM adalah satu perniagaan untuk orang MISKIN... Adakah ia benar..?
Benar atau tidak, ianya sangat bergantung kepada bagaimana anda melihat potensi perniagaan MLM itu sendiri.

Bagi saya, MLM adalah satu-satunya perniagaan yang memang sesuai bagi saya yang berjiwa dan berimpian besar. Dengan hanya bermodalkan wang yang begitu sedikit anda berpotensi mendapat keuntungan yang besar sehingga mencecah ratusan ribu, bahkan jutaan ringgit sebulan. Angka jutaan sebulan mungkin jarang kedengaran di Malaysia buat masa ini.

Saya dilahirkan dalam keluarga miskin dan hidup serba kekurangan, saya bersyukur dan tak pernah mengeluh dengan keadaan itu. Pada masa budak-budak, saya enjoy berada dalam keluarga miskin yang kais pagi makan pagi (itu dah kira bagus), tapi kadang-kadang bapa sy terpaksa kais pagi (hari ni) untuk bayar yang dah makan bulan lepas. Pada saat itu saya tak tahu kaya dan tak pernah terfikir untuk menjadi kaya sebab kami tidak terdedah dengan orang kaya, saya ingat semua orang pun sama macam keluarga saya.

Sehinggalah suatu hari saya terfikir... kenapa anak mereka ada basikal sedangkan kami adik beradik tiada basikal, kenapa mereka boleh beli senapang mainan sedangkan bapa saya tidak boleh beli. Daripada situlah aku mula menyelidik, aku dapati bapa mereka bekerja lebih bagus dari bapa aku yang tak mempunyai kerja tetap, tanam padi, toreh getah dan sebagainya. Bila aku kesekolah, aku mula terfikir kenapa orang lain boleh makan di kantin sedangkan aku tak diberi duit oleh mak aku. Bila waktu rehat aku hanya bermain dalam kelas atau tepi-tepi kelas sahaja tidak seperti budak-budak lain yang berlari menyerbu ke kantin sekolah. Aku sesekali terfikir.. agaknya mak mereka tak pandai masak nasi kerabu sebab aku hampir setiap hari membawa bekal nasi kerabu yang mak aku buat dari rumah. Tak payahlah aku nak ke kantin kerana aku dah ada nasi kerabu.

Semasa di sekolah menengah pun keadaanya sama, tapi bagi aku "not a big deal" aku dah lali berada dalam kemiskinan, tiada duit nak beli buku, nak beli baju pengakap itu sudah biasa, aku sudah enjoy berada dalam kemiskinan. Di peringkat Universiti pun keadaanya tetap sama, aku hampir-hampir tidak boleh masuk U kerana tidak cukup wang untuk ke Johor Bharu (utk mendaftar di UTM). Tapi dah memang jodoh aku dah ditulis sejak azali lagi yg aku akan masuk UTM, maka last minute dapat juga bapak aku pinjam wang dengan sesiapa utk aku mendaftar di UTM Sekudai. Cuba bayangkan sepanjang aku kat Universiti, aku hanya ada 1 helai seluar jean dan 2 helai seluar slack dan sepasang kasut saja sepanjang tempoh pengajian aku. Aku hanya pakai seluar itu sampai kaki seluar berbulu dan kasut tembus nampak ibu jari. Pada masa tu tak la malu sangat sebab zaman rock, Ramai anak-anak orang kaya pun memakai kasut berlubang dan seluar jean tampal sana-sini.

Setiap kali cuti atau waktu tiada kelas, aku buat kerja part time, jadi waiter kfc, hotel dan macam-macam. Kalau cuti panjang, balik kampung aku ke hutan cari rotan atau kerja buruh jalanraya kat kampung aku. Ini semua aku terpaksa lakukan sendiri sebab nak cari duit untuk pergi semula ke KL. Aku pun tak terfikir pada masa tu, kenapa aku yang kena buat kerja-kerja tu sedangkan perkara itu sepatutnya difikirkan oleh bapak aku. Semasa pengajian di Johor dan KL, bapa dan mak aku tak pernah tahu yang aku susah di KL, aku pernah berkali-kali makan nasi putih sahaja, kadang-kadang cicah kicap atau budu semasa di rumah sewa, kalau dapat makan meggi tu dah kira baik la tu. Nasi putih tu yang baru masak dan masih panas-panas, kalau dah sejuk tu susah juga nak telan.

Apabila makan malam kadang-kadang bersama kawan-kawan aku, akupun segan nak keluar sebab tiada wang. tapi nasib baik aku ada seorang kawan yang memang ok punya, nama dia Azman Mat Zien. Aku boleh dikatakan tiap-tiap malam tumpang lauk dia. Aku hanya order nasi kosong dan ais kosong saja. Tumpang lauk dia, bubuh kicap dan sos banyak-banyak dan masukkan air kosong yang aku order tadi. Biasanya dia order nasi daging merah atau telur mata kerbau. Aku hanya order nasi kosong, dan yang bestnya dia yang bayar. Setiap kali makan bersamanya, dia sudah faham yang dia akan bayar untuk aku sekali. Bila balik nanti baru kira, tulis dalam buku hutang. Bila aku dapat duit pinjaman(loan), aku bayar dia sikit-sikit la. Seingat akau, bila dah GRAD, aku hutang dengan dia melebihi seribu ringgit. Tapi dia sudah faham dan kami sudah berjanji bila kita dah grad dan aku dapat kerja aku akan bayar nanti. Alhamdulillah, aku dah bayar duit dia masa gaji bulan pertama, kedua dan ketiga. Bayar ansur-ansur sehingga 3 kali.

Alhamdulillah, segalanya terjadi adalah mengikut perancangan Allah, sampai hari ni aku tak akan lupa cerita tu, dan aku tak tahu bagaimana nak balas jasa kawan aku tu yang sanggup bersusah payah bantu aku dari segi kewangan. Dia pun bukan dari keluarga yang senang juga tapi hati dia baik dan memahami aku.

Bila aku sudah mulai kerja, baru aku faham tentang kemiskinan, dan dari saat itu lah aku mulai ingin merubah kehidupan ku untuk tidak terus berada dalam kemiskinan, aku tidah mahu menduplikasi kemiskinan yang aku lalui kepada generasi aku. Aku baru perasan bahawa penatnya beada dalam kemiskinan, aku sudah letih berada dalam kemiskinan. Aku ingin berhenti dari berada dalam kemiskinan dan berazam ini berubah dan mahu jadi kaya.

Daripada keinginan itulah aku mencari-cari peluang untuk menukar jawatan miskin kepada jawatan KAYA. Pelbagai kerja, pelbagai bisnes dan pelbagai part time telah aku lakukan akhirnya aku terjumpa dengan satu bisnes yang begitu unik...... M.L.M....
Alhamdulilah, Tuhan menyebelahi aku sekarang, sekarang income aku tak banyak sangat, kalau yang fresh graduate tu, kena kerja 3 bulan gaji baru sama dengan income aku 1 atau 2 hari saja.. Satu bulan income aku sama dengan gaji kau(freshgraduate) yang dah terkumpul 46 hingga 50 bulan. Ini adalah real... aku tidak nafikan ada banyak lagi orang lain yang kaya, tetapi mereka menggunakan modal yang besar untuk jadi kaya... tapi aku hanya menggunakan modal yang sudah sedia ada dalam diri aku. Aku hanya mengasah dan memupuknya sahaja. Itulah ke unikan MLM. - Jet Li(M) - www.mlmSifOO.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails