Followers

Friday, July 17, 2009

Dah Ramai Jumpa.. - Orang Kata TAK MINAT

Badrul Hisyam Mohd Nurdin said...
Mr. Sifoo,Dah banyak sangat jumpa orang yang tak minat nak buat MLM ni, macam mana nak "counter" balik bagi mereka minat???? ade idea tak???

Terima kasih kepada "Badrul Hisyam Mohd Nurdin" diatas soalan bernas anda.

Saya pun susah hendak memberi jawapan yang tepat kepada soalan anda, kenapa saya susah untuk memberi jawapan yang tepat sebab saya perlu tahu adakah jawapan yang mereka beri itu adalah hakikat sebenar mereka atau semata-mata alasan mereka..?

Yang paling penting anda kena pandai menggunakan "saikoloji" untuk menangkis atau "counter" balik. Bagi saya, tidak ada sebab kenapa orang tidak minat dengan MLM..

Segala jawapan yang diberi adalah semuanya alasan belaka.

Mereka tidak minat kerana beberapa perkara;

1. Mungkin mereka tidak faham apakah definasi perkataan "MINAT"
2. Mereka tidak faham carakerja MLM
3. Mereka tidak nampak potensi MLM
4. Mereka mendapat gambaran yang salah terhadap MLM.
5. atau mereka sudah kaya seperti BillGate..

Sebenarnya aktiviti di dalam MLM adalah tak ubah seperti aktiviti harian kita, semua orang melakukannya setiap hari, tetapi mereka tidak sedar yang perbuatan harian mereka adalah perbuatan yg kalau dilakukan di dalam MLM, mereka sudah kaya-raya.. mereka sebenarnya boleh melakukannya sebab aktiviti MLM tidak bercanggah dengan apa yang sedang kita lakukan setiap hari. Tidak perlu ubah aktiviti harian anda, jika anda guru, atau doktor, atau tukang kebun atau apa saja, MLM boleh di customize kan untuk menyesuaikan dengan aktiviti harian mereka dan mendapat pendapatan lumayan.

Zaman sekarang, dengan adanya internet dan kemudahan ICT, MLM menjadi semakin mudah.. Untuk perkara-perkara 1 hingga 5 di atas, saya akan bincangkan dalam posting yang akan datang InsyaAllah.. itupun kalau keyboard saya ni masih lagi keluar dakwat.. haha..

Untuk meringkaskan jawapan saya kepada soalan Badrul ialah begini...

sebelum saya jawab.. biar saya tanya Badrul secara peribadi....
Jika Badrul dapat menjawab soalan saya ini dengan IKHLAS dan tepat, sudah pasti Badrul tidak akan takut untuk berjumpa dengan prospek yang kata tidak minat..

Sudah bersedia...?

Soalan saya..

Badrul...Adakah anda sendiri MINAT dengan MLM...? Yes or NO..?

Jika jawapan Badrul adalah YES..
Malam ini terus berfikir kenapa anda minat dengan MLM, tulislah perkara2 yang menyebabkan anda minat sebanyak yang mungkin...

dah tulis..... ?

Itulah jawapannya untuk "counter" balik prospek yang tak minat tadi..

Sebenarnya bagaimana untuk kita pengaruhi prospek kita ialah dengan berkongsi pengalaman kita atau pengalaman orang lain yang positif kepada prospek kita.. Berapa KUAT anda minat itu memberi POWER berapa kuat anda boleh pengaruhi prospek anda. Anda sanggup datang dari jauh untuk meeting, balik lewat malam, sanggup menghadiri semua kursus yang dianjurkan walaupun berbayar... kenapa anda sanggup berbuat itu semua..? Sebab anda sudah NAMPAK... apa yang anda nampak..? Potensi di dalam MLM dan anda yakin anda BOLEH mencapainya.. Kenapa anda yakin anda boleh mencapainya..? Sudah pasti anda ada alasan and sendiri.. Itulah perkaran-perkara yang anda perlu kongsikan degan prospek anda secara bersungguh-sungguh dengan penuh excitement..

Jika anda masih lagi belum mendapat jawapan kepada persoalan anda diatas tadi, bacalah posting saya sebelum ini yang bertajuk "aku tak minat mlm". Jika belum puas lagi dengan jawapan yang diberi anda boleh menghubungi saya dan mendapat jawapan "face to face".

Sebaliknya, Jika anda memberi jawapan NO kepada soalan saya tadi;
maka itulah sebabnya kenapa prospek anda juga tidak meminatinya..

tq
mlmSifOO.blogspot.com

6 comments:

Pontianak Degil said...

I got a point here tonite. Thanks.

Jet Li (Malaysia) said...

Are you sure... you got the point..? Bagi yang belum faham..

Saya nak tanya soalan.. ada sesiapa pernah jumpa hantu..?

Bagi sesiapa yang perah jumpa hantu atau diusik hantu.. Sudah pasti dia takut dan menakutkan..

Bagaimanakah cara dia mengadu kepada orang, sudah pasti dengan penuh emosional dan dengan wajahnya sendiri yang menakutkan, mungkin terketar-ketar atau menggigil-gigil. Kenapa begitu..? Sebab dia mengalaminya dan dia sendiri NAMPAK hantu tu dengan mata dan kepalanya sendiri...

Begitu jugalah anda ingin bercerita MLM atau dengan prospek anda, anda kena gambarkan nak NAMPAK jelas potensi dalam MLM itu sebagimana anda nampak hantu tadi.. Dari pada apa yang anda NAMPAK itulah anda boleh mempengaruhi prospek sehingga mereka juga NAMPAK seperti anda NAMPAK... Berapa dalam anda NAMPAK tentang potensinya menentukan berapa KUAT anda boleh menyakinkannya... -Jet Li (M)

Jet Li (Malaysia) said...

oh lupa beritahu.. Saya sendiri pun belum pernah jumpa hantu.. Pontianak tu ada la... hampir-hampir mahu jumpa.. dah dapat tangkap gambar dia dah.. Kalau nak tengok gambar PONTIANAK tu pergi ni http://imfatinpauzi.blogspot.com/2009/07/kenapa-aku-dipanggil-pontianak-degil.html
nanti kita sama-sama tangkap dia.. haha

Pontianak Degil said...

Amboi, Jet Li.. Tak takut Pontianak serang kampung (blog) ke?

Helmy said...

Salam... Sedikit tips dari saya...
PELAJARI TERKNIK PENOLAKAN / HANDLING OBJECTION/REJECTION.
SOALAN DAN JAWAPAN…(Q&A)
S : “…sorry, saya tak ada duit la nak join…”
J : Itulah sebab utama saya jumpa anda! Saya pun mengalami masalah yang sama
mula-mula dulu, sebab anda tak ada duit la anda kena join bisness ni…”Orang yang
Berjaya buat duit bukan buat alasan.

S : “saya…tak ada masa nak jalankan business nie…kerja pun tak tentu masa…”
J : Semua orang sibuk cari duit tapi inilah peluang anda nak relex..best kan duit masul
tiap-tiap hari…jangan bagi orang lain tentukan masa depan anda…

S : “…..saya tak berminat…”
J : Saya pun tak berminat buat ECOFIRST tapi saya berminat tentang strategi dan
teknik buat duit dalam perniagaan ini, cepat dan mudah!

S : “….saya tak suka jual barang….tiap-tiap bulan nak kena maintain…..”
J : Betul, saya pun macam tu. Tiada siapa yang suka jual product…sekiranya ECOFIRST
hanya focus untuk menjual produk, saya adalah orang pertama tak join tapi kita kena ingat dari penghasilan jualan barang kita akan dapat keuntungan…”




S : “…..saya ada ramai kawan….”
J : Memang bukan semua orang ada kawan, itulah keunikan ECOFIRST, is direka untk
orang seperti kita, Jangan risau sebab dalam ECOFIRST anda bukan kerja seorang tapi kita akan bekerja dalam pasukan….”

S : “…..ini skim cepat kaya atau skim pyramid…..”
J : Pernahkan anda terlibat? Saya juga bimbang tentang perkara yang sama sebelum ini
tetapi saya dah buat kajian dengan teliti bahawa ECOFIRST tidak tergolong dalam kategori skim cepat kaya kerana ECOFIRST memiliki lessen perdagangan yang sah (AJL931653) dari KPDNHEP dan mempunyai produk berkualiti tinggi. Skim cepat kaya atau skim pyramid adalah skim pelaburan yang biasanya tidak melibatkan penjualan produk dan servis. Buat je la…kalau nama Skim Lambat Kaya sapa pulak nak join.

S : “…..macam-macam MLM saya dah buat tapi semua tak Berjaya….’
J : Biasalah…ramai yang tidak bersabar kemudaian putus asa sebelum mereka Berjaya
dan saya percaya kemungkinan syarikat-syarikat anda join sebelum ini menggunakan system yang salah dan kurang efektif.

S : “…kalau saya masuk tapi saya tak nak buat…dapat duit tak?...”
J : Kita bukan duduk diam dapat duit…ini perniagaan anda…tak kan lah anda nak
hancurkan mas a depan anda sendiri contohnya anda dah keluar modal untuk meniaga burger tapi andatak suka buka kedai burger? Boleh dapat income ke?


KESIMPULAN : KITA AKAN BERJUMPA DENGAN PELBAGAI SOALAN DARI INDIVIDU YANG AKAN MEMBERIKAN PELBAGAI JENIS ALASAN, INI ADALAH KEBIASAAN DALAM BIDANG PERNIAGAAN NETWORKING. KUATKAN AZAM ANDA AKHIRNYA ANDA AKAN SAMPAIKE PUNCAK KEJAYAAN!!!

Robert T.Kiyosaki-“MAKE AN EFFORT, NOT AN EXCUSE”

Jet Li (Malaysia) said...

owh... terima kasih kepada En Helmy diatas perkongsian anda yang panjang lebar.... banyak tip yang dapat dikutip dari perkongsian anda.. thanks..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails