Followers

Sunday, July 19, 2009

BERJAYA atau GAGAL mana yang lebih mudah..?


Terima kasih pada "Pontianak Degil", "Nickdzul" dan "Junior Sifoo" yang berminat menyumbangkan pendapat tentang tajuk tersebut. Setiap anda berhak memberi pendapat atau pandangan masing-masing, tiada salah atau betul yang nak diperkatakan di sini.

Hah.. kali ini pendapat saya pula..
KALAU benarpun kegagalan lebih mudah dari kejayaan, tetapi saya sebagai seorang yang optimistik, positif, antusias akan mengatakan "Untuk gagal lebih susah jika dibandingkan untuk BERJAYA.." atau "Untuk berjaya lebih mudah dari untuk gagal."

Saya masih ingat semasa di surau kat kampung, semasa Pak Lebai sedang baca kitab (tentang apa.. sy dah lupa - ni masa sekolah rendah lagi). Tiba-tiba sampailah ke tajuk mencuri kena potong tangan, orang jahat, perompak akan mendapat dosa dan sebagainya.. Lepas tu Pak Lebai tadi kata.. rupa-rupanya susah nak dapat dosa ni, kena pergi mencuri, kena pergi merompak dan macam-macam yang penuh berisiko tinggi. Kalau nak dapat pahala kan senang saja, datang masjid seperti kita hari ni, sembayang, buat baik dan sebagainya, kan mudah sangat nak buat PAHALA berbanding buat DOSA... Saya pun fikir.. Ya juga.. sampai hari ni saya masih teringat dengan kata-kata Lebai tadi..

Untuk buat kejahatan, kita perlu tengok kiri-kanan kot-kot orang nampak, perlu bersembunyi, perlu melawan arus, perlu "break the law", silap-silap kena tangkap.. kan susah tu..

Tapi untuk buat KEJAYAAN, semua orang sokong dan orang suka, tidak perlu takut-takut, tidak perlu bersembunyi, boleh buat terang-terangan tiada sesiapa yang nak tangkap. Lebih mudah dari nak membuat dosa.

Saya ada terbaca satu pepatah (entah dari pada siapa dah lupa). Kata-kata ini sangat memberangsangkan saya dan sehingga kini saya sentiasa mengguna pakainya..

Kata-katanya begini... "Untuk BERJAYA, kita ada seribu cara (thousands ways) tetapi untuk GAGAL hanya ada satu cara sahaja (one way only)."

Apa maksudnya..? Mari kita berfikiran seperti saya fikir.. maksudnya kita mesti boleh berjaya dengan mudah sebab kita ada pelbagai cara iaitu cara 1, cara 2, cara 3, sehinggalah cara yang ke 1000. Kita tidak perlu risau, kalau cara 1 tak dapat, guna cara 2, kalau tak dapat juga guna cara 3 dan seterusnya... Saya yakin kita pasti BERJAYA...

Itulah prinsip orang-orang berjaya didunia ini.. mereka ada pelbagai cara dan strategi, (tapi tak perlu sehingga seribu), hanya memadai dengan beberapa strategi sahaja sudah pasti kita boleh berjaya dengan mudah. Tetapi sebaliknya jika anda hanya ada satu strategi saja.. amat sukar untuk mencapainya... Kalau strategi itu tidak menjadi maka anda tidak akan mencapainya.. so kita kena lebih kreatif mencipta banyak strategi...

Jadi, dari kata-kata di atas bermakna, kita hanya ada satu cara saja untuk mencapai kegagalan, tidak ada cara 2 atau cara 3, bermakna tidak ada cara alternatif. "Chances" untuk mencapainya sangat-sangat "slim". Ini bermakna jika anda fail melalui cara tersebut, "that it"... anda tidak akan mencapainya... Hah.. camana ? anda boleh faham ka...? Sampai saat ini saya berharap anda sudah boleh menerima pendapat saya bahawa KEJAYAAN adalah lebih mudah dicapai.. berbanding dengan KEGAGALAN.

Mari kita bincang lagi tentang kata-kata yang menjadi perangsang kepada saya itu...

"Untuk BERJAYA, kita ada seribu cara (thousands ways) tetapi untuk GAGAL hanya ada satu cara sahaja (one way only)."

Ada seribu cara untuk berjaya... menarik..
Tetapi hanya ada satu jalan sahaja untuk gagal.. sangat menarik..

Ingat,.. jika anda fail atau missed yang satu jalan itu, tidak ada jalan lain lagi, bermakna tiada harapan untuk anda mencapai KEGAGALAN lagi... Apakah dia satu cara untuk mencapai kegagalan itu..?

repeat.. "Untuk BERJAYA, kita ada seribu cara (thousands ways) tetapi untuk GAGAL hanya ada satu cara sahaja (one way only)."
iaitu MENCIPTA ALASAN...cteate Excuses..

Selama lebih 15 tahun dalam industri MLM, saya berjumpa dengan pelbagai ragam manusia yang begitu kreatif mencipta pelbagai alasan. Saya dapati 95 % orang yang tidak mencapai matlamat mereka di dalam MLM ialah terdiri dari mereka yang begitu pandai menggunakan cara yang satu ini. Mereka begitu kreatif dan memanfaatkan cara tersebut dan akhirnya mereka BERJAYA mencapai KEGAGALAN. Bagi orang-orang yang mencapai matlamat mereka, berkereta besar, rumah mewah dan berpendapatan 5 atau 6 angka pula adalah terdiri dari mereka yang tidak pandai mengunakan cara yang satu itu. Mereka tidak pandai mencipta alasan.. mereka terus menggunakan cara-cara lain untuk berjaya, sebab mereka tahu ada seribu cara untuk berjaya,... so akhir sekali didapati mereka GAGAL untuk mencapai KEGAGALAN.

Jet Li (buatan Malaysia)
www.mlmSifOO.blogspot.com

6 comments:

Nick Dzul said...

Tak sangka pula hari ni dapat belajar satu perkara.."Jika tidak pandai membuat alasan, kita akan GAGAL mencapai KEGAGALAN"... sungguh Fantastik.. tq..tq..

Jet Li (Malaysia) said...

Nick Dzul.. Yang paling malang lagi, ialah alasan yang begitu kreatif dengan beberapa hujah untuk mempekuatkan alasannya. Mereka mencipta alasan supaya kita tidak nampak kegagalan mereka adalah disebabkan oleh "kemalasan" diri mereka untuk berusaha.

Helmy said...

Betul tu jetli...
Petua org Berjaya
1)Orang berjaya tak pernah putus asa, dan orang yang berputus asa takkan pernah berjaya
2)Org berjaya buat apa yang kebanyakan orang tak suka buat, dan org berjaya buat sesuatu yang orang gagal tak pernah buat.
Kerana itulah org berjaya dapat sesuatu yang mereka tak pernah dapat!!!
3)Sentiasa bersyukur atas setiap sesuatu perkara, setiap detik dan setiap nafas adalah keranaNya
4)Sentiasa berfikiran positif!
Sabar, Sanggup & Sacrifice!!!
5)Tetapkan matlamat, anggap sahaja kita telah mencapai matlamat kita, selainnya kita USAHA dan TAWAKKAL kepada ALLAH S.W.T
6)Sentiasa berdoa, bersihkan jiwa, dan beribadah semata2 kerana ALLAH, bukanlah hanya semata2 kerana rezeki!

Jet Li (Malaysia) said...

Terima Kasih En Helmy, tetamu setia. Banyak tips yang dapat kita pelajari dari En Helmi di atas perkongsian ilmu beliau, semoga ilmu yang dikongsi akan menjadi bertambah2 dan merupakan amal jariah yang berkekalan.. InsyaAllah. - Jet Li (malaysia)

RAFAELL said...

bagi saya mereka yg kretif megikut situwasi sekarang"dan terus mencuba tampa putus asa mereka akan terus melangkah untuk kejayaan..mereka bukan orng gagal selagi mereka tidak putus asa..untuk kekalkan perjuangan perlu ade kretif" seribu cara..

faizulamin said...

oh.. saya suka entri ini. ada unsur2 humourus di situ..

selamat berjaya jetli! semoga Allah memberkati anda.

p/s: oh, saya dah undi, beli lah merc cls350 tu. cantik, sleek dan best. saya dah naik.. 6 series tu.. hmm. cantik juga, tp since bmw, nak maintenance mungkin payah sikit..

:-)

htt://faizulamin.net

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails