Followers

Tuesday, July 14, 2009

MLM adalah satu perniagaan untuk orang miskin


MLM adalah satu perniagaan untuk orang MISKIN... Adakah ia benar..?
Benar atau tidak, ianya sangat bergantung kepada bagaimana anda melihat potensi perniagaan MLM itu sendiri.

Bagi saya, MLM adalah satu-satunya perniagaan yang memang sesuai bagi saya yang berjiwa dan berimpian besar. Dengan hanya bermodalkan wang yang begitu sedikit anda berpotensi mendapat keuntungan yang besar sehingga mencecah ratusan ribu, bahkan jutaan ringgit sebulan. Angka jutaan sebulan mungkin jarang kedengaran di Malaysia buat masa ini.

Saya dilahirkan dalam keluarga miskin dan hidup serba kekurangan, saya bersyukur dan tak pernah mengeluh dengan keadaan itu. Pada masa budak-budak, saya enjoy berada dalam keluarga miskin yang kais pagi makan pagi (itu dah kira bagus), tapi kadang-kadang bapa sy terpaksa kais pagi (hari ni) untuk bayar yang dah makan bulan lepas. Pada saat itu saya tak tahu kaya dan tak pernah terfikir untuk menjadi kaya sebab kami tidak terdedah dengan orang kaya, saya ingat semua orang pun sama macam keluarga saya.

Sehinggalah suatu hari saya terfikir... kenapa anak mereka ada basikal sedangkan kami adik beradik tiada basikal, kenapa mereka boleh beli senapang mainan sedangkan bapa saya tidak boleh beli. Daripada situlah aku mula menyelidik, aku dapati bapa mereka bekerja lebih bagus dari bapa aku yang tak mempunyai kerja tetap, tanam padi, toreh getah dan sebagainya. Bila aku kesekolah, aku mula terfikir kenapa orang lain boleh makan di kantin sedangkan aku tak diberi duit oleh mak aku. Bila waktu rehat aku hanya bermain dalam kelas atau tepi-tepi kelas sahaja tidak seperti budak-budak lain yang berlari menyerbu ke kantin sekolah. Aku sesekali terfikir.. agaknya mak mereka tak pandai masak nasi kerabu sebab aku hampir setiap hari membawa bekal nasi kerabu yang mak aku buat dari rumah. Tak payahlah aku nak ke kantin kerana aku dah ada nasi kerabu.

Semasa di sekolah menengah pun keadaanya sama, tapi bagi aku "not a big deal" aku dah lali berada dalam kemiskinan, tiada duit nak beli buku, nak beli baju pengakap itu sudah biasa, aku sudah enjoy berada dalam kemiskinan. Di peringkat Universiti pun keadaanya tetap sama, aku hampir-hampir tidak boleh masuk U kerana tidak cukup wang untuk ke Johor Bharu (utk mendaftar di UTM). Tapi dah memang jodoh aku dah ditulis sejak azali lagi yg aku akan masuk UTM, maka last minute dapat juga bapak aku pinjam wang dengan sesiapa utk aku mendaftar di UTM Sekudai. Cuba bayangkan sepanjang aku kat Universiti, aku hanya ada 1 helai seluar jean dan 2 helai seluar slack dan sepasang kasut saja sepanjang tempoh pengajian aku. Aku hanya pakai seluar itu sampai kaki seluar berbulu dan kasut tembus nampak ibu jari. Pada masa tu tak la malu sangat sebab zaman rock, Ramai anak-anak orang kaya pun memakai kasut berlubang dan seluar jean tampal sana-sini.

Setiap kali cuti atau waktu tiada kelas, aku buat kerja part time, jadi waiter kfc, hotel dan macam-macam. Kalau cuti panjang, balik kampung aku ke hutan cari rotan atau kerja buruh jalanraya kat kampung aku. Ini semua aku terpaksa lakukan sendiri sebab nak cari duit untuk pergi semula ke KL. Aku pun tak terfikir pada masa tu, kenapa aku yang kena buat kerja-kerja tu sedangkan perkara itu sepatutnya difikirkan oleh bapak aku. Semasa pengajian di Johor dan KL, bapa dan mak aku tak pernah tahu yang aku susah di KL, aku pernah berkali-kali makan nasi putih sahaja, kadang-kadang cicah kicap atau budu semasa di rumah sewa, kalau dapat makan meggi tu dah kira baik la tu. Nasi putih tu yang baru masak dan masih panas-panas, kalau dah sejuk tu susah juga nak telan.

Apabila makan malam kadang-kadang bersama kawan-kawan aku, akupun segan nak keluar sebab tiada wang. tapi nasib baik aku ada seorang kawan yang memang ok punya, nama dia Azman Mat Zien. Aku boleh dikatakan tiap-tiap malam tumpang lauk dia. Aku hanya order nasi kosong dan ais kosong saja. Tumpang lauk dia, bubuh kicap dan sos banyak-banyak dan masukkan air kosong yang aku order tadi. Biasanya dia order nasi daging merah atau telur mata kerbau. Aku hanya order nasi kosong, dan yang bestnya dia yang bayar. Setiap kali makan bersamanya, dia sudah faham yang dia akan bayar untuk aku sekali. Bila balik nanti baru kira, tulis dalam buku hutang. Bila aku dapat duit pinjaman(loan), aku bayar dia sikit-sikit la. Seingat akau, bila dah GRAD, aku hutang dengan dia melebihi seribu ringgit. Tapi dia sudah faham dan kami sudah berjanji bila kita dah grad dan aku dapat kerja aku akan bayar nanti. Alhamdulillah, aku dah bayar duit dia masa gaji bulan pertama, kedua dan ketiga. Bayar ansur-ansur sehingga 3 kali.

Alhamdulillah, segalanya terjadi adalah mengikut perancangan Allah, sampai hari ni aku tak akan lupa cerita tu, dan aku tak tahu bagaimana nak balas jasa kawan aku tu yang sanggup bersusah payah bantu aku dari segi kewangan. Dia pun bukan dari keluarga yang senang juga tapi hati dia baik dan memahami aku.

Bila aku sudah mulai kerja, baru aku faham tentang kemiskinan, dan dari saat itu lah aku mulai ingin merubah kehidupan ku untuk tidak terus berada dalam kemiskinan, aku tidah mahu menduplikasi kemiskinan yang aku lalui kepada generasi aku. Aku baru perasan bahawa penatnya beada dalam kemiskinan, aku sudah letih berada dalam kemiskinan. Aku ingin berhenti dari berada dalam kemiskinan dan berazam ini berubah dan mahu jadi kaya.

Daripada keinginan itulah aku mencari-cari peluang untuk menukar jawatan miskin kepada jawatan KAYA. Pelbagai kerja, pelbagai bisnes dan pelbagai part time telah aku lakukan akhirnya aku terjumpa dengan satu bisnes yang begitu unik...... M.L.M....
Alhamdulilah, Tuhan menyebelahi aku sekarang, sekarang income aku tak banyak sangat, kalau yang fresh graduate tu, kena kerja 3 bulan gaji baru sama dengan income aku 1 atau 2 hari saja.. Satu bulan income aku sama dengan gaji kau(freshgraduate) yang dah terkumpul 46 hingga 50 bulan. Ini adalah real... aku tidak nafikan ada banyak lagi orang lain yang kaya, tetapi mereka menggunakan modal yang besar untuk jadi kaya... tapi aku hanya menggunakan modal yang sudah sedia ada dalam diri aku. Aku hanya mengasah dan memupuknya sahaja. Itulah ke unikan MLM. - Jet Li(M) - www.mlmSifOO.blogspot.com

6 comments:

Helmy said...

Salam tuan,

Saya amat tersentuh dan berasa kagum dengan semangat tuan.

Walaupun kita dilahirkan didalam keluarga yg serba kekurangan, tidak semestinya kita tidak boleh berjaya didalam kehidupan kita...

Apa yang saya nampak hanya dengan bisnes MLM sahaja yang dapat merealisasikan impian kita...Dengan modal yang kecil manakala pulangan yang sangat besar inilah bisnes yang sesuai untuk semua golongan. Bisnes ini juga telah terbukti melahirkan ramai usahawan berjaya bergelar jutawan... Apa yang saya bangga, industri ini juga melahirkan ramai usahawan melayu menjadi jutawan...

Sekian, terima kasih

CP Helmy
http://www.acaifantastic.blogspot.com

Jet Li (m) said...

Thanks Mr "Helmy said... " kerana sudi singgah dan meninggalkan sepatah kata di blog ini. Sama-samalah kita memartabatkan industri yg murni ini melalui cara-cara yang murni dan beretika, terima kasih sekali lagi semoga tuan berjaya di dlm MLM yang tuan lakukan... _ Jet Li(M)

akatsuki said...

huhu mcm ner nak publishkan id nie x tau..huhu bantulah hamba...huhuhu

nie kod nya..huhuhu

www.caridownline4u.com/ayip30

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Help me i want to open business but don't have many

Unknown said...

Help me i want to open business but don't have many

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails