Followers

Friday, July 24, 2009

Produk di Syarikat MLM lebih MAHAL...?

Jika pelanggan anda mengatakan "Produk di Syarikat MLM lebih MAHAL berbanding dengan harga PASARAN". Apa anda harus jawab...!!?

Jawapannya ialah;

Ya, betuuuuull..

Perkara pertama ialah anda kena bersetuju dengan pendapat mereka sebab kita mesti patuh dengan “law number one – Customer is always right”. Sebenarnya customer berhak untuk kata apa-apa pun (mahal atau murah), sama ada dia ikhlas atau saja-saja nak kondem kita sebab dia memang tak mahu beli. Perkara yang penting ialah mereka mesti ada kayu pengukur untuk mengatakan produk kita mahal atau pun tidak.

Bagi setiap syarikat MLM yang tulin atau “genuine” ( yang berdaftar dan memiliki lesen yang sah dengan kerajaan.) mereka tidak akan dengan sesuka hati menetapkan harga sesuatu produk, ianya mestilah terlebih dahulu mendapat kelulusan dari pihak kerajaan. Ini bermakna jika syarikat itu masih sah, secara otomatik harga produknya adalah didalam lingkungan yang diluluskan. Jika harganya mahal (seperti yang anda sangkakan) sudah pasti ianya tidak akan mendapat kelulusan dari pihak kerajaan. Jadi siapalah kita yang ingin menghukum sesuatu produk itu mahal sedangkan mereka telah mendapat kelulusan.

Walaupun sesuatu produk itu nampaknya mahal tetapi sebenarnya mereka ada keunikan tersendiri yang boleh menjadikan produk itu dijual dengan harga yang berbeza (lebih tinggi dari harga di pasaran).

Kita ambil contoh ubat gigi ataupun serbuk sabun pencuci. Katalah serbuk sabun yang seberat 500g mungkin berharga RM10 dipasaran manakala dijual dengan harga mungkin RM25 di syarikat multi level. Dari segi harga memang berbeza dan nampaknya di MLM lebih tinggi. Kita kena banding dari sudut kualiti seperti;

1. Kuasa mencuci – 1 scope sabun MLM utk 6 kg kain, manakala mungkin ½ kotak sabun biasa diperlukan untuk mencuci jumlah kain yang sama.

2. Sabun MLM berkonsepkan Biodegredable (lebih mesra alam), tangan tak gatal, air lebihan cucian boleh digunakan untuk menyiram pokok bunga dan akan tumbuh dengan subur dibandingkan dengan sabun biasa mungkin pokok akan mati.

3. Ada anti karat ini sangat baik untuk mesin basuh dan butang atau pun zip seluar.

4. Kandungan serbuk pencuci – ini boleh dilihat dengan memasukkan kedua-dua serbuk sabun tadi ke dalam dua gelas yang berisi air. Biarkan kedua-dua gelas tadi dalam 5 ke 10 minit sehingga mendap. Anda akan dapati 95% kandungan sabun PASARAN akan terapung, manakala kandungan sabun MLM akan mendap dan hanya 5% sahaja yang terapung. Ini membuktikan kandungan sabun MLM lebih solid manakala sabun PASARAN hanya terdiri dari kertas surat khabar serta serbuk kayu gergaji sahaja.

Sebenarnya banyak lagi keunikan pada sesuatu produk itu yang kita perlu tahu dan perlu highlight pada customer kita. Bukannya hanya pada serbuk pencuci sahaja bahkan pada produk-produk kesihatan yang lain seperti vitamin c dan sebagainya. Mungkin dalam sesuatu produk itu di campur herba, atau madu atau bahan-bahan lain yang lebih special yang mana ianya tidak kedapatan pada produk biasa yang ada dipasaran. Itulah yang menjadikan keunikan sesuatu produk MLM.

Kita tidak boleh melihat secara kasar sahaja dan terus menghukum produk MLM mahal. Ada beberapa faktor yang kita kena lihat seperti berikut;

1. Harga mereka juga diluluskan oleh kerajaan, ini sudah pasti ianya berada dalam lingkungan harga yang sepatutnya.

2. Jenama berbeza iaitu jenama MLM dan jenama PASARAN.

3. Kandungan yang berbeza.

4. Kualiti berbeza

5. Dan lain-lain.

Untuk melihat kualiti anda mentilah berkebolehan untuk membuat demonterasi produk.Jadi, jika kelima-lima perkara tersebut berbeza, bagaimana kita hendak menghukum atau mengatakan produk MLM lebih mahal dari produk PASARAN. Ini sama seperti anda membandingkan harga sebuah kereta BMW dengan harga sebuah kereta Proton SAGA.

Sudah pastinya berbeza. Bolehkah anda kata harga BMW itu mahal..? Sebab harganya adalah sepadan dengan kualitinya yang mana ianya telah diluluskan oleh kerajaan. Ini bermakna harga kereta tersebut adalah berada di dalam lingkungan harga yang sewajarnya. Untuk mengatakan harga di MLM itu mahal atau murah, kita mestilah membuat perbandingan yang adil atau dipanggil “aple to aple comparism”.

Contohnya, sabun berjenama yang sama, kualiti serta kandungan yang sama iaitu jenama BREEZEE dijual dipasaran dengan harga RM10 manakala dijual di syarikat MLM dengan harga RM25,maka barulah kita boleh mengatakan produk yang dijual oleh syarikat MLM adalah mahal. Sama seperti telefon bimbit yang anda miliki sekarang, fungsi asalnya sama iaitu membuat panggilan dan menerima panggilan.

Tetapi kenapa jenama Motorola, Sony Ericsson, Nokia, Samsung dan lain-lain lagi mempunyai harga yang berbeza..? Anda sendiri tidak terfikir untuk mempertikaikannya kerana anda faham tentang jenama, anda faham tentang “features”nya yang berbeza, anda faham tentang kamera atau mega pixel, anda faham tentang MMs, jadi sudah pasti kualiti dan kunikannya berbeza menyebabkan harganya juga berbeza. Begitu juga dengan serbuk sabun serta produk-produk di syarikat MLM.
Jet Li(M) mlmSifOO.blogspot.com

8 comments:

INFO TERKINI IKLAN, BERITA DAN BISNES. said...

hidup jet li!!!! bereh bosss.

Helmy said...

Memang betul pendapat anda Jetli...Saya amat bersetuju...

Jet Li (Malaysia) said...

Thanks a lot "am3677" dan "Helmy". Kita sama-sama hidup. Orang Sarawak kata "agi idup agi ngelawan".. selagi hidup selagi melawan..

Unknown said...

Idea yang bagus...
Thanks...

Tok Kelana said...
This comment has been removed by the author.
Tok Kelana said...
This comment has been removed by the author.
Tok Kelana said...
This comment has been removed by the author.
Tok Kelana said...

Assalamu Alaikum wr wb

Sebagai peringatan kepada diri saya dan semua ahli, kita WAJIB tetap diatas hukum SYARI'AT walau bagaimana keadaan dan siapa pun yang memimpin. Semua pimpinan wajib tunduk kepada hukum2 Al-Qur'an, Hadis dan Ijma Ulama Mu'tabar.


Saya bukan nak mengadili perkara ini. Sebelum bicara panjang, saya suka tanya beberapa perkara :

1. Apa tujuan kita? Adakah matlamat kita untuk kebaikan ahli2 HPA sahaja atau kita memikirkan untuk Ummat Islam seluruhnya yang kebanyakannya berpendapatan sederhana.

2. Setahu saya pihak kerajaan HANYA terlibat didalam menetapkan harga barangan Kawalan seperti beras, gula dll. Saya ingin tahu benarkah kerjaan luluskan harga setiap barangan keluarah setiap syarikat? Boleh tolong kemukakan 'evidence'?

3. Jika kita keluarkan barangan yang mempunyai nilai mutu yang tinggi, boleh tak kita keluarkan barang2 yang mempunyai kandungan biasa saja tetapi tetap HALAL. Kerana bukan semua orang boleh beli merz atau BMW. Kebanyakan orang Islam adalah orang miskin atau berpendapatan sederhana.

4. Ada beberapa barang keperluan yang dibangkitkan didalam blog saya oleh ahli2 HPA yang mula berjinak2 dengan barang halal HPA .....seperti aiskrim, sabun mandi dan lain2 barang2 yang lazim kegunaan harina....

http://kerjayahalal.blogspot.com/p/forum-1.html

Menurut dakwaan mereka harga aiskrim Toyibah sudah melangkaui sehingga 100% lebih tinggi dari harga aiskrim di pasaran.

Ye saya faham, sebagaimana di jelaskan oleh jetLi, mutunya berbeza tapi persoalannya adakah perbezaan itu haruskan beza harga sampai 100% lebih tinggi.

Sila rujuk Fatwa MLM oleh Majma Fiqh Dunia.....

http://kerjayahalal.blogspot.com/p/fatwa.html

Harap penjelasan. Terima kasih Selamat beribadah Ramadhan. Cari yang halal sahaja untuk keberkatan hidup.....! Yang halal bukan semata2 ain /zat barang tetapi terkandung didalamnya cara perlaksanaan! Wassalam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails