Followers

Monday, December 27, 2010

Rahsia Jutawan Berterusan Dalam MLM


Untuk mencapai pendapatan bertaraf jutawan atau mempunyai pendapatan melebihi RM1Juta setahun dalam MLM adalah bukan perkara mustahil bahkan saya pernah berjumpa dengan pengedar MLM yang berpendapatan RM1 juta sebulan. Pendapatan bulanan mencecah RM1juta bukan tahunan..Bagi memenuhi maksud itu, sudah semestinya anda mesti mempunyai rangkaian organisasi yang besar. Berapa ramaikah keahlian yang perlu ada dalam organisasi bagi mencapai pendapatan bertaraf jutawan? Ini merupakan persoalan yang begitu subjektif kerana ia sangat berkadaran dengan jumlah penggunaan produk atau "sales" bagi setiap individu.Perkara penting yang wajib dipenuhi dalam satu syarikat MLM adalah seperti berikut;

1. Mencari keperluan setiap lapisan manusia dan memenuhinya melalu produk anda.
Jika syarikat anda mempunyai produk range yang lebih besar sehingga memenuhi keperluan setiap lapisan manusia bermula dari baby, kanak2, remaja, orang dewasa dan seterusnya kepada golongan tua., maka anda mempunyai banyak pasaran atau pengguna yang akan mengguna produk anda.

2. Keperluan yang berulang-ulang.
Jika anda mempunyai produk begini, ianya akan menjamin anda untuk mendapatkan pulangan atau pendapatan yang berterusan. Anda tidak akan penat untuk melakukan penajaan berterusan. Cukuplah sekadar 2 ribu ke 5 ribu keahlian dalam organisasi anda yang mengguna cuma 100BV sebulan. Anda sudah boleh menikmati pendapatan 6 angka sebulan serta berulang-ulang setiap bulan. Kerja penajaan bukan semuanya dilakukan oleh kita sendiri, ianya secara berkumpulan.

3. Kuasa Multiply dan Duplikasi (Multiplikasi)
Multiply ialah dari 1 kepada banyak-banyak.. Ianya diibaratkan seperti dari sebiji benih jagung, akan tumbuh sepohon jagung dan akan menghasilkan beberapa tandan jagung yang mengandungi beberapa ribu benih jangung yang baru.. Itulah multily.
Duplikasi pula ialah setiap benih jagung baru tadi (yang beribu-ribu) mengulangi proses yang sama iaitu setiap satunya menghasilkan sepohong jangung yang mempunyai beberapa tandan jangung yang di dalamnya mempunyai beberapa ribu benih jagung baru.. dan proses ini berlaku berterusan.

Jika 1sen dimultiplykan dengan 2 setiap hari, pada hari yang ke 28 anda sudah memperolihi hasil sebanyak RM1.342,177.28. Jumlah terkumpul yang anda perolihi pada hari ke 30 ialah melebihi RM10 juta.

Itulah kuasa Multiply + Duplikasi yang berlaku dalam MLM. Kejayaan dalam sesuatu organisasi MLM adalah bergantung kepada kejayaan anda menduplikasi. Tidak dinafikan bahawa "The BEST Networking" ialah "100% Duplications".

Duplikasi Matlamat, rancangan serta tindakan dan segala yang positif keseluruh rangkaian anda. Perniagaan MLM adalah perniagaan menduplikasi. Jika anda menggunakan produk harian dirumah anda adalah 100% dari produk syarikat anda, maka anda sepatutnya menerapkan atau menduplikasikan keseluruh rangkaian anda. Cara untuk menerapkan konsep ini adalah melalui kursus atau meeting kumpulan.

Harus dingati, untuk mencapai ke tahap ini bukanlah suatu perkara yang pelik tetapi ianya perlu melalui PROSES demi proses. Ia tidak berlaku sekelip mata atau dalam masa yang cepat. Sebab MLM tulin adalah bukan "Skim Cepat Kaya". Ambillah masa.. Antara 2 ke 3 tahun atau mungkin 5 tahun. Lakukan dengan permulaan yang BETUL.

Salinan asal
Http://mlmSifOO.blogspot.com



Wednesday, December 22, 2010

Kenapa Saya Masih Belum Berjaya...!!?

Kenapa Saya Masih Belum Berjaya...!!?
Setelah beberapa tahun berusaha dalam MLM tetapi masih belum berjaya, apakah punca sebenarnya...?

Saya juga tidak tahu apakah punca sebenarnya kenapa ANDA masih tidak berjaya dan masih ditakuk lama walaupun sudah lebih 5 tahun berkecimpung dalam MLM.

Saya ada "23 checklist" bagi membantu untuk memudahkan anda membuat analisa. Secara kasarnya saya akan membahagikan kepada 2 faktor utama iaitu ANDA dan SYARIKAT. Dua faktor utama ini sangat penting untuk diambil kira.




1) Faktor Syarikat :
Faktor syarikat pula terbahagi kepada beberapa faktur utama seperti PENGURUSAN YANG CEKAP, PRODUK YANG SESUAI dan PELAN PEMBAHAGIAN BONUS YANG ADIL.

Jika syarikat sentiasa mempunyai masalah produk, stok tidak mencukupi, produk tiada repeat sale, selalu membuat perubahan pelan pemasaran, lambat membayar bonus dan sebagainya, ini merupakan masalah dari pihak syarikat. Bukannya masalah dari anda. Jika anda menyertai syarikat begini. Amat sukar untuk anda berjaya, bahkan anda munkin tidak menikmati kejayaan. Anda mesti cepat-cepat berhenti dari syarikat ini dan mencari syarikat lain yang lebih stabil.

Ada beberapa syarikat juga tidak mempunyai banyak pilihan produk, mungkin ada satu atau dua jenis sahaja. Ini juga akan terdedah kepada risiko produk " under cutting price". Untuk lebih afdal carilah syarikat yang mempunyai produk yang pelbagai.

Ada juga syarikat hanya mempunyai produk maya sahaja tanpa mempunyai produk fizikal, ini juga bakal menghadapi masalah untuk maintainance bulanan.

KetidakBERJAYAan ini bukan disebabkan kelemahan anda tetapi tetapi kesilapan awal anda semasa memilih syarikat MLM. (lihat panduan pilih syarikat MLM). Jika anda menghadapi masalah begini, jangan risau dan jangan berputus asa, teruskan dengan mencari syarikat yang lebih stabil.

2) Faktor diri sendiri.
Faktor diri sendiri adalah yang sangat penting kerana faktor ini dikuasai oleh diri kita sendiri. Anda yang menentukan untuk mempastikan ianya berada dilandasan yang betul atau sebaliknya.

Untuk berjaya, adakah diri anda sudah bersedia untuk berjaya..? Seperti juga berkahwin, tidak kira umur berapa sesuai untuk kahwin, tetapi adakah anda sudah siap sedia untuk berkahwin..? Ada yang sudah berumur 45 tahun tapi belum berkahwin, kerapa belum bersedia. Ada juga yang berumur 18 atau 20 tahun tapi sudah mendirikan rumahtangga kerana mereka bersedia lebih awal.

Begitu juga dengan kejayaan, persediaan untuk menerima kejayaan sangat penting untuk memudahkan kejayaan dengan senang datang menjadi milik anda. Persiapan ini boleh diringkaskan dengan singkatan ASK iaitu:

A = Atitude atau sikap.
Bijak pandai ada mengatakan 80% kejayaan seseorang adalah terletak kepada sikapnya. Sikap yang harus anda miliki:

1. Sikap yang positif serta bersangka baik pada diri anda yang anda BOLEH berjaya.
2. Positif terhadap industri perniagaan MLM.
3. Positif terhadap upline serta downline anda bahawa mereka adalah rakan kongsi anda BUKAN orang atas atau orang bawah.
4. Positif terhadap jiran atau sideline anda.
5. Positif terhadap pengurusan syarikat anda.
6. Positif terhadap produk serta pelan pemasaran syarikat anda.
7. Potitif terhadap perubahan imej anda. Untuk mempercepatkan kejayaan anda, anda seharusnya mempamirkan diri anda seperti orang yang sudah berjaya. Cara berkomunikasi, cara berpakaian dan sebagainya. Bagaimanakah caranya untuk berpenampilan atau berimej seperti orang berjaya ? Sangat mudah.. Hanya MENIRU saja cara upline anda yang sudah berjaya. TIRU perkara yang positif. Walaupun anda belum berjaya, tetapi BERLAGAK sepert orang yang sudah berjaya.

S = Skill atau kebolehan anda
Setiap orang mempunyai kebolehan masing-masing, tapi ramai orang-orang biasa tidak menggunakan dan hanya menyimpan kebolehannya. Skill ini boleh diperolihi secara praktikal melalui pengalaman sendiri di dalam MLM. Skill yang diperlukan adalah seperti berikut:

8. skill untuk penajaan
9. Skill untuk presentasi produk
10. Skill untuk "table talk closing"
11. Dan pelbagai lagi

K = Knowledge atau ilmu pengetahuan
llmu merupakan perkara yang sangat penting dalam apa jua bidang, tidak ketinggalan juga dibidang jualan langsung. Anda tidak perlu untuk tahu semua perkara untuk berjaya, cukuplah sekadar mengetahui perkara-perkara penting yang bersangkut pautan untuk kejayaan anda sahaja. Contoh ilmu yang wajib anda pelajari ialah;

12. Ilmu tentang produk anda, kandungan produk, kegunaan serta cara makan/cara menggunakannya.
13. Ilmu tentang pelan pemasaran syarikat anda.
14. Ilmu tentang latarbelakang syarikat anda.
15. Ilmu tentang kepemimpinan atau leadership.
16. Ilmu tentang industri MLM dalam dan perkembangan luar di luar negara.
17. Ilmu tentang plan-plan pemasaran terkini yang digunakan oleh syarikat lain atau pesaing syarikat anda.
18. Dan pelbagai lagi

Bagaimana untuk memperolihi ilmu-sebegini..? Tidak lain tidak bukan adalah melalui proses pembelajaran. Saluran-saluran pembelajaran adalah begitu banyak sekali di dalam syarikat MLM seperti berikut;

19. Selalu menghadiri pertemuan (meeting) mingguan yang dianjur oleh syarikat.
20. Selalu menghadiri pertemuan kumpulan yang dianjurkan oleh senior atau upline anda, kekerapannya mungkin sekali sebulan.
21. Menghadiri semua kursus-kursus yang dianjurkan oleh syarikat anda. Juga boleh menghadiri kursus-kursus atau seminar-seminar diluar yang berkaitan dengan industri perniagaan anda.
22. Menghadiri semua kursus-kursus produk dan sebagainya.

Bila sudah mempunyai ilmu asas ini, maka anda selalulah mempraktikkannya seperti ilmu penajaan, ilmu presentasi produk dan sebagainya untuk menajamkan skill presentasi, penajaan atau penjualan produk anda.

Cuba anda menganalisa diri anda, sudahkah anda memenuhi semua checklist diatas? Jika anda sudah memenuhi semuanya tapi masih lagi belum berjaya, BAGUS....!! Ada satu lagi perkara yang anda perlu lakukan iaitu;

23. Berterusan melakukannya dari 1 hingga 23 sehingga anda berjaya dan terus melakukannya tanpa ada sedikitpun rasa putus asa sambil BERTAWAKKAL kepada Allah.

Sumber asal
Http://mlmSifOO.blogspot.com




Saturday, December 18, 2010

MLM Ibaratkan Memiliki Ladang Kelapa Sawit

MLM ibarat ladang kelapa sawit.
Membina jaringan perniagaan MLM adalah diibaratkan seperti anda membina seribu ekar ladang kelapa sawit. Cuba anda bayangkan yang anda sekarang sedang mempunyai seribu ekar ladang kelapa sawit yang sudah siap untuk dituai..

Hasilnya adalah diantara 3 ke 5 tan untuk setiap 10 ekar, katalah kita ambil purata 4 tan untuk setiap 10 ekar. Ini bermakna anda mempunyai 400 tan sekali tuai. Harga setan adalah antara RM200 ke RM800. Katalah kita ambil purata RM400 setan kemudian darabkan 400 tan. Ini bermakna anda mempunyai pendapatan kasar RM160,000 untuk sekali tuai. Katalah purata tuaian untuk sebulan adalah sebanyak 2 kali membawakan kepada pendapatan kasar adalah sebanyak RM320,000.00 sebulan.. Huh.. Banyak ke sikit..!!? Empat bulan dah melebihi RM1 juta. Itulah hakikatnya.

Tapi bagaimanakan untuk memilki ladang seluas ini..? Sudah pasti ianya mengambil masa untuk diusahakan iaitu antara 3 ke 5 tahun. Modal juga diperlukan untuk mengupah atau menggaji pekerja, beli anak benih, menyediakan tapak ladang serta peralatan membaja dan sebagainya. Jika saya mempunyai cukup wang bermakna saya boleh memiliki ladang kelapa sawit ini..? Ya.. Sudah pasti, tetapi jika anda ingin memulakannya sekarang bermakna lima tahun lagi baru anda boleh menikmati hasilnya.!! Tapi kalau anda bermula 5 tahun lagi, bermakna 10 tahun lagi baru anda boleh menikmati hasilnya...?

Jadi bilakah masa yang sesuai untuk memulakannnya..? Masa yang sesuai untuk memulakannya adalah lima tahun yang lepas ..!!! Atau SEKARANG, juga adalah masa yang sesuai....

Begitu juga dengan perniagaan MLM. Masa yang sesuai untuk melakukannya adalah lima tahun lepas. Sekarang anda sepatutnya menikmati hasilnya setiap bulan. Jika anda terlepas masa yang lalu, SEKARANG adalah masa yang sesuai. Sedikit perbezaan dengan ladang kelapa sawit ialah anda tidak perlu modal yang besar dan anda tidak perlu melakukannya secara sepenuh masa. Jika anda sedang bekerja makan gaji, anda boleh meneruskan pekerjaan anda dan melakukan perniagaan MLM secara part time dahulu.

Kawan saya yang tiada pengalaman langsung dalam perniagaan MLM, membina jaringan perniagaan MLM dua tahun setengah yang lalu, kini mendapat hasil antara RM20 ribu ke RM25 ribu sebulan. Sentiasa menunjukkan peningkatan setiap bulan.

Saya tidak faham kenapa ramai orang tidak boleh memahami yang perniagaan MLM ini sangat mudah dan ianya boleh dijalankan secara santai atau part time sahaja. Kita perlu meneruskannya secara ISTIQOMAH sambil anda menjalankan kehidupan seharian anda. Sekarang sudah berapa lama anda bekerja makan gaji..? Ada yang baru bermula, ada yang sudah 5 tahun, 10 tahun , 15 tahun, bahkan ada yang sudah 20 tahun. Berapa harta yang sudah anda kumpul..? Anda akan bersara sedikit masa lagi, agaknya berapakah pendapatan anda setelah bersara nanti..?

Alangkah bagusnya jika anda mengusahakan ladang MLM yang sudah pasti akan memberi hasil yang lumayan kepada anda disaat anda bersara nanti. Sepanjang 5 ke 20 tahun anda bekerja, anda sebenarnya seolah-olah sudah berjaya menyiapkan ladang kelapa sawit melebihi 1000 ekar. Pastikan anda menyertai syarikat MLM yang betul, tulin dan murni. BUKAN syarikat MLM "Money Games" yang bertopengkan MLM.

Original from
Http://mlmSifOO.blogspot.com




Thursday, November 25, 2010

26 Tip $UCCE$$ dalam MLM


Ada orang tanya saya, betulkan YOU buat duit dalam MLM..? Saya kata betul...
Dia tanya lagi.. Bagaimana you buat duit..? Adakah anda menjual produk dengan banyak sekali..!!
Saya kata ..TIDAK..

Kalau dengan menjual produk secara langsung, saya kata tak mungkin, kerana saya tidak mampu menjual dengan banyak.. Untuk mendapat pendapatan RM10,000.00 (sepuluh ribu). Saya kena menjual produk sebanyak RM40,000.00.. (keuntungan runcit 25%).
Bermakna kalau nak dapat income RM50k, kena menjual sebanyak RM200,000.00. Wow.. tak mampu untuk saya lakukan..

Saya tidak menjual produk, hanya beberapa kali saja saya menjual produk sepanjang bergiat dalam MLM selama lebih 15 tahun. Tak pernah sampai RM5000 pun jumlah yang saya menjual sehingga hari ini...

Jadi.. Bagaimana Rahsianya Buat Duit dalam MLM..?

Untuk mendapat pendapatan yang banyak anda mestilah mempunyai kumpulan yang besar.. (networking). Kumpulan yang besar ini TIDAK terjadi dalam masa 1 hari atau 1 bulan... Ianya mengambil masa beberapa bulan atau tahun.

Di pendekkan cerita, saya menurunkan beberapa tip untuk diamalkan.

1. Menggunakan Produk Anda Secara Berterusan .
2. Memperbaiki Sikap kerana sikap lebih penting dari Teknik. Sikap menyumbangkan 98% kejayaan dalam MLM. (Sikap yang POSITIF - ** huraian pada posting akan datang)
3. Menumpukan 100% komitment (total commitment) dalam segala program MLM anda pada satu tahun pertama dan kedua.

4. Menjual diri, kemudian produk dan seterusnya plan pemasaran. - menjual diri- membina reputasi yang baik terhadap rangkain anda.
5. Meluangkan 80%-90% dari masa anda dengan rangkaian (downline), pelanggan dan prospek anda.
6. Memperkenalkan produk, marketing plan sekurang-kurangnya kepada 1 orang setiap hari.

7. Biar semua orang di kampung/taman/karian anda tahu yang anda sedang buat MLM.
8. Menjadikan hubungan kemanusiaan lebih penting dari produk atau bisnes anda.
9. Duplikasi dan menjadikan setiap rangkaian anda berdikari.

10. Sentiasa memotivasi rangkaian anda dengan menghargai mereka melalui hadiah atau wang atau sijil atau reconition atau reward terhadap sesuatu kejayaan, walaupun kecil.
11. Selalu bergaul dengan upline yg berjaya dan bertanyakan tip2 dari mereka.
12. Sentiasa persistent kerana dari 20 orang, cuma 2 atau 3 orang sahaja yg berminat serta serius dgn bisnes anda.

13. Lead by example.. jangan berhenti menaja, dan belajar, kursus dan sebagainya.
14. Menjadikan ianya mudah.. buat sesuatu cara yang mudah ditiru (duplicate) oleh downline anda.
15. Sentiasa berkomunikasi dengan rangkaian anda, sms, email, Facebook, newsletter dan sebagainya.
16. Sentiasa menganjurkan majlis ilmu yg simple dan brief.
18. Mendengar permasalahan downline 80% dan bercakap hanya 20%.

19. Menyelesaikan segala komplen dengan segera.
20. Tumpukan kepada apa yang anda BOLEH buat terhadap pelanggan atau prospek anda, bukan hanya keuntungan peribadi semata-mata.
21. Adakan antara 20 ke 30 retail customer yang sentiasa membeli produk dengan anda.

22. Menyediakan penghantaran cepat setiap kali pesanan produk.
23. Percaya dan berkeyakian penuh terhadap produk anda kerana setiap orang yang anda beritahu akan membeli produk dari anda.
24. Jangan terima jawapan "NO" dari pelanggan anda sebagai jawapan terakhir. Approach setiap pelanggan sekurang-kurangny 12 kali dalam setahun dengan maklumat yang berbeza.

25. Bercakap dengan penuh bersemangat terhadap perniagaan dan produk anda.
26... Jangan Baca lagi.. DO IT NOW.. buat dan praktiskan apa yang telah anda baca dari 1 - 25 sekarang juga...

http://mlmSifOO.blogspot.com



Friday, July 23, 2010

AKU Insan LUAR BIASA HEBAT

KEHEBATAN dan JATI DIRI ANDA adalah bukan ketika anda dikelilingi pengikut yang ramai,
bukan ketika anda mempunyai wang yang banyak dan berkereta mew
ah serta isteri-isteri yang cantik jelita di keliling pinggang.

Kehebatan sebenar anda adalah ketika mana;

Pengikut anda satu persatu lari dari anda,
Ketika orang kuat anda yang suatu ketika menggelarkan
anda "sifu", satu persatu lari dari anda,
Ketika mereka sudah tidak mahu menjawab panggilan (phone) anda,
Ketika wang anda sudah tiada lagi,
Ketika hutang kad kredit begitu banyak,
Ketika kereta mewah anda satu persatu "kena tarik",
Ketika isteri anda seorang demi se
orang lari bersama "jantan" lain ......

Pada SAAT itu.. adakah anda masih lagi boleh bangkit serta menggenggam
tangan anda dan berkata ......

AKU INSAN LUAR BIASA.......!!!!!!
AKU INSAN LUAR BIASA.......!!!!!!
AKU INSAN LUAR BIASA.......!!!!!!

Pada saat itu, adakah anda masih lagi boleh bangkit dan
meneruskan perjuangan seraya berkata "Never Give Up...!!"

Pada saat itu adakah anda boleh mengawal wajah anda ke
kal hansome seperti dahulu
dengan suara yang lantang dan berkata... AKU INSAN LUAR BIASA.......!!!!!!

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Kali pertama di dalam perjuangan dan terus berjaya, itu satu perkara yang
saya kira seperti "kebiasaan" dan yang pastinya anda TIDAK dapat belajar
sesuatu yang menarik tentang pengalaman kejayaan itu.
Bagi saya, kejayaan sebenar ialah disaat anda jatuh "terduduk" dan "terpelosok"..
Tetapi anda sanggup bangkit kembali.. Sanggup menjadi orang miskin
kembali seperti dahulu serta boleh menerima kenyataan hi
dup dan bermula sekali lagi...

one more time...
one more time...
one more time...

Jika anda boleh begini.... tahniah.!!

Kita pasti berjumpa di puncak kejayaan,
itulah kehebatan sejati..

Jika anda ditakdirkan jatuh lagi...
anda sanggup lagi berkata ...

one more time...
one more time...
one more time...

Anda boleh mencabar diri anda untuk jatuh berkali-kali...
kerana anda pasti setiap kali jatuh ..

ANDA PASTI AKAN BANGKIT KEMBALI.........

sumber asli dari
http://mlmSifOO.blogspot.com

Selamat Berjuang untuk Gagal..
gagal.... dan
BERJAYA..

-MZ


Saturday, July 17, 2010

Flyers.. Salah satu cara mencari Prospek

Anda pernah menggunakan flyer untuk mempromosi produk atau bisnes anda..? Berapakah respond yang anda terima untuk 1000 flyers yang anda edar..? Sesiapa yang ada pengalaman boleh berkongsi di ruangan comment. Tq

Bagi saya, ianya sangat bergantung kepada rekabentuk dan informasi yang terdapat pada flyers tersebut. untuk menambahkan respond rate yang tinggi, sentiasa menganalisa untuk mengubah design kepada yang lebih menarik atau lebih attractive. Ianya juga bergantung kepada tempat di mana flyers anda diedarkan..

Walau apapun design atau lokasi yang anda edarkan pastikan setiap helai flyers anda sampai ke tangan prospek. Ianya sangat penting kerana kita tidak tahu pada helaian yang ke berapakah kita akan mendapat "prospek yang power." Mungkin pada helaian yang ke seribu...

Ikuti kisah menarik yang bertajuk "Malaikat Kecil" di bawah ini yang saya memperolihinya dari salah seorang Friend di FB saya...

Malaikat Kecil

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan munyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada suatu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa menghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberi risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam. hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia mula berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya ingin menyatakan yang Allah amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut.

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini". Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar keyukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya lihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maafkan saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang Allah amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menururi hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu Allah. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak seumpama malaikat. Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhluk-Nya yang penyayang...

Ingatlah... ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kita!!

Wassalam...

ending here
*** cerita ini saya ambil dari perkongsian oleh salah seorang dari FB saya yg saya sudah lupa dari siapa.

Semoga kita sama-sama mendapat pengajaran dari apa yang baik dari cerita ini..

Saya hampir2 menitis airmata berkali-kali ketika membaca cerita ini apabila sampai pada perenggan-perenggan terakhir... iaitu di saat Imam itu memeluk anaknya...

Apa pendapat anda...??

tq


Monday, June 21, 2010

Kerja MLM juga macam kerja Dakwah

Dakwah atau definasi kasarnya ialah "mencegah dari kemungkaran dan menyeru kepada kebaikan". Kalau di sesetengah tempat di Kelantan, "Dakwah" dikaitkan dengan "Orang Dakwah" ialah ditujukan kepada golongan tabligh yang datang menziarahi dari rumah-ke rumah untuk mengajak ke masjid atau surau-surau bersama mereka dalam "majlis fikir terhadap iman dan amal" kita. Mereka juga mengajak kita untuk "keluar 3 hari" iaitu menyertai bersama jemaah mereka destinasi seterusnya untuk menjalankan kerja dakwah atau mengajak orang ke masjid untuk menyertai "majlis fikir terhadap iman dan amal" bersama mereka.

Di majlis tersebut, kita diberi motivasi tentang keagamaan, dari situlah kita mendapati bahawa nipisnya iman kita berbanding dengan iman para rasul dan sahabar-sahabat. Jika kita dapat keluar bersama jemaah 3 hari, kita akan dapati iman kita semakin TEBAL.. insyaAllah, kita dilatih untuk solat menepati waktu dan pelbagai lagi... kita juga sentiasa medengar ceramah2 motivasi dari amir-amir yang berpengalaman. InsyaAllah kita akan bertambah-tambah kesedaran terhadap Iman dan Amal kita.

Jadi apa kena mengena dengan MLM..?
MLM juga sama, jika anda mengikuti program MLM yang dijalankan secara betul dan beretika, juga penuh dengan ceramah-ceramah motivasi untuk menjadikan kita lebih HIDUP dan berjaya. Konsep DUPLIKASI memaikan peranan utama. Anda akan menjadi lebih termotivasi dan sentiasa ingin berjaya...

Anda akan menjadi berubah dari kehidupana anda yang dahulu. Anda akan merasakan kehidupana anda yang dahulu banyak membazir masa dan penuh berfoya-foya.. ( itu adalah pengalaman peribadi saya setelah sy mengikuti beberapa kursus di dalam MLM.) Anda akan merasakan seolah-olah tidak cukup masa untuk mengejar kejayaan, anda seolah-olah tidak sabar2 untuk bertemu hari esok untuk memulakan kehidupan yang baru.

Apa yang kita "Dakwahkan" di dalam MLM..??

1. Mengajak mereka untuk sama-sama berusaha kearah kejayaan..
Kejayaan yang bagaimana? Kearah kebebasam kewangan atau ke arah status kewangan yang lebih baik.

2. Mengajak mereka untuk sama-sama mengeluarkan diri dan keluarga dari "perkampungan miskin" kepada "perkampungan kaya" dengan menaiki sebuah kenderaaan iaiatu "MLM". Kebanyakan orang-orang biasa yang tidak diberi hidayat akan memilih untuk kekal tinggal di perkampungan miskin yang mereka warisi sejak turun temurun.

3. Mengajak mereka untuk mempunyai keyakinan diri yang tinggi.
4. Mengajak mereka untuk sentiasa berfikiran positif.
5. Mengajak mereka untuk mengubah sikap kepada yang lebih baik.

6. Mengajak mereka untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan pemakanan
yang mempunyai kualiti ynag baik dari sudut kesihatan.
7. Mengajak mereka untuk mencegah penyakit dari pada mengubati penyakit dengan
mengamalkan pemakanan yang sihat yang bebas dari bahan kimia atau toksin.

8. Mengajak mereka untuk bersikap sabar dan TIDAK putus asa..
9. Mengajak mereka untuk sama-sama jadi pemimpin untuk menduplikasi tugas-tugas
dakwah ini kepada generasi seterusnya. - itulah yang dinamakan DUPLIKASI..

Apa yang kita mengajak mereka di dalam MLM adalah kearah "Menyeru Kepada Kebaikan dan Mencegah Daripada Kemungkaran".

Tiada PAKSAAN di dalam MLM... Mereka tidak dipaksa untuk menyertai MLM, jika ada sesetengah org ynag memaksa prospek mereka utk menyertai Syarikat MLM mereka, maka itu sebenarnya salah dan sudah pasti terpesong dari ajaran perniagaan MLM.

Tetapi, setelah anda menyertai MLM, maka akan TERPAKSA melakukan aktiviti tersebut jika anda BERTEKAD Ingin mencapai kejayaan.....

http://mlmSifOO.blogspot.com


Wednesday, June 16, 2010

Respond2your "cBox"

haffiztf: salam sifoo..nk tya..bila tiba msa sifoo btol2 down...pe sifoo bt yea?how u solve it..?

Comment SifOO:
Kalau saya betul2 down.. mencari sesuatu yg boleh membangkitkan semangat saya..
Mengadu pada Isteri, dia akan motivate dan memberi semangat...
Membaca buku-buku motivasi yang ringkas...
Melihat VCD, CD atau kaset2 motivasi...
Membaca kembali buku impian yang sy tulis sebelum ini..
Bergaul dengan orang2 yang bersemangat..
Sembahyang sunat Hajat.. Baca Quran serta berdoa...


NONI B-SWAN: best blog ni. bg motivation utk penggiat MLM.
Jom tgk bisnes baru yg tgh meletup! MODAL SEKALI seumur hidup, TAK PERLU MAINTAIN, tiada sistem pangkat.
Produk yg sgt berkesan. Tak percaya baca dulu..!!

Comment SifOO :
Sila pergi ke FB "mlmSifOO" dan share bisness ini kat sana, klik link berikut utk jadi FAN, tq


Assalamualaikum Sifoo. Blog ini menarik dan berisi.
InsyaAllah akan dijadikan panduan. Sifoo join company mana?

Comment SifOO :
Terima kasih di atas komen anda. Di blog ini (mlmSifOO), sy bersifat neutral kepada semua MLM dan bukan taksub
hanya kepada syarikat MLM yang sy ceburi. Jadi sy menyokong semua MLM yg betul dan di lesenkan oleh kerajaan.
Jadi untuk mengelakkan dari perasaan "berat sebelah" biarlah sy merahsiakan MLM apa yg sy ceburi. Anda akan
menemui sy di blog2 yg lain. Di situ anda akan tahu apa syarikat MLM saya nanti... tq


Thursday, March 11, 2010

Banyak Alasan...!?? Masih Mau Berjaya..? - Bisa..

Atikel ini adalah ditulis semasa di bilik 1516 Pullman Hotel - Kuching

Banyak BERALASAN ..!!? Tapi boleh Berjaya

Sebelum ini kita selalu dengar.. tentang banyak berALASAN... TIDAK boleh BERJAYA.. atau ,..

Sebab-sebab kegagalan adalah kerana terlampau banyak ALASAN..... betul tak...?

Saya masih teringat dlm salah satu siri ceramah Dato’ Dr Fadilah Kamsah berkata..

” Orang lain sibuk mencipta Kejayaan, tetapi kita sibuk mencipta ALASAN”...

Ini ditujukan kepada orang-orang yang selalu memberi alasan ... Walaupun kegagalan itu sebenarnya sukar untuk dicapai, tetapi ianya boleh menjadi MUDAH jika anda mempunyai kreativiti untuk mencipta pelbagai alasan uttuk tidak melakukannya...

Mengikt kajian seramai 95% orang yang memang mempunyai bakat yang kreatif dalam mencipta alasan untuk gagal.

Jadi hari ini terbalik pula.. Apa yang saya mahu kongsikan pada anda ialah.. Anda boleh Berjaya walaupun anda sering memberi alasan atau mencipta alasan. Pelik bukan..??

(baca seterusnya..)

Kenapa orang-orang yang berjaya itu boleh Berjaya dan mereka telahpun Berjaya..?

Kerana mereka selalu beralasan dan mempunyai banyak ALASAN.

Kenapa mendiang Lim Goh Tong, Robert Kuok, Tan Sri Syed Mokhtar dan ramai lagi Billionaire di Malaysia (khasnya) hari ini MENCAPAI Kejayaan mereka.. Ini adalah kerana mereka selalu beralasan dan sememangnya merekan banyak mencipta alasan.

Ya.. memang benar, ciptalah alasan dan selalulah beralasan jika mahu berjaya...!! Saya juga hari ini telah mencapai kejayaan (walaupun kecil dipandangan mata orang lain). Tetapi ianya sangat besar bagi saya. Saya boleh mencapai kejayaan saya kerana saya mempunyai ALASAN dan saya sengaja MENCIPTA alasan untuk Berjaya... Ingat...!! Alasan untuk BERJAYA....... Bukan alasan untuk gagal.

Guru saya pernah berpesan..
“Ciptalah Suatu Alasan Yang Benar-Benar Kukuh Kenapa Awak Perlu Berjaya”.

Seorang lagi guru saya berkata..
“Untuk terus memastikan anda mencapai kejayaan ialah dengan memperKUATkan huruf “Y” pada alasan anda”.

Saya bertanya, “Apakah dia huruf “Y” itu..?
Dia berkata....”Y” itu ialah ... WHY U have to $ucce$$...?

Berapa kuat Y atau Why ini lah akan menentukan berapa kuat alasan untuk anda Berjaya. Jika anda mempunyai Y @ Why yang tidak kuat adalah seperti anda mempunyai “alasan yang nipis” atau “alasan rapuh” untuk Berjaya. Dengan mempunyai alasan yang nipis dan rapuh, anda boleh mati di perjalanan dengan hanya berlanggar dengan “kapas” saja. Belum bertempur sudah mati...

Betul..!! Ramai yang berkobar-kobar mahu Berjaya pada permulaannya, tapi sesetengahnya sudah mati belum sebelum masuk gelanggang lagi. Kenapa..? Sebab tidak mempunyai WHY yang kuat..

Jika tidak mempunyai ALASAN yang kuat.. or [ WHY u must $ucce$$..!! ] Kita akan mudah berkompromi dengan masalah-masalah atau halangan-halangan yg kecil..

Hari ini, kenapa mereka boleh Berjaya..?

Bukan kerana jalan yang mereka lalui itu lebih mudah, bukan juga kerana mereka tiada halangan, atau bukan juga kerana halangan yang mereka lalui lebih kecil.

Bahkan rintangan serta halangan yang mereka lalui sebenarnya lebih besar dari kita. Mereka masih boleh berjaya. Kenapa..?

Ini adalah kerana mereka tiada pilihan lain, mereka terpaksa berjaya sebab mereka mempunyai ALASAN yang kukuh dan munasabah untuk mereka Berjaya atau $ucce$$.

Jadi, untuk memastikan anda juga boleh BERJAYA,

CIPTALAH PELBAGAI ALASAN ......
CIPTALAH SERIBU SATU ALASAN .......
Tambahkan kreativiti dalam mencipta ALASAN......
Tapi ingat...!! bukan cipta ALASAN untuk GAGAL, seperti yg pernah anda cipta dahulu... Tapi ciptalah ALASAN untuk berjaya.

Ciptalah SERIBU SATU ALASAN untuk BERJAYA.......


original post from

Thursday, February 18, 2010

Kerengga ooo Kerengga....

Kerengga, nama saintifik Ocoephylla smaradgina, dalam Bahasa Inggeris "weaver ants, tergolong dalam Kelas Insekta, Order Hymenoptera, Famili Formicidae, adalah sejenis semut yang berkoloni. Sesuatu koloni terdiri dari Ratu, raja, pekerja (askar), anak (larva) dan kepompong.

Kerengga biasanya akan membina sarangnya yang diperbuat daripada daun-daun yang dilekat bersama. Sarang ini biasanya terletak tinggi dari tanah dan kerengga ini akan mempertahankan keseluruhan pokok tersebut daripada

penceroboh, termasuk manusia yang cuba memanjat pokok tersebut. Ia akan menyerang secara beramai-ramai dan akan menggigit dengan kuat dan tidak akan mudah melepaskan gigitannya walaupun dibunuh.

Kadang-kala kerengga ini sengaja dilepaskan pada pokok buah bagi membantu menjauhi pokok buah tersebut daripada serangan serangga perosak.

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

English: insert
Bahasa Melayu: kerengga sejenis serangga kecil bersarang di atas pokok yang berbuah manis.

Kepada sesiapa yang ada kebun atau pokok buah-buahan, sudah pasti anda begitu "familiar" dengan KERENGGA ini. Kerengga ini akan menggigit kita apabila kita hendak mengambil buah dari pokok tersebut.

Adakah PATUT..!! Pokok itu adalah pokok kita, bapa kita tanam dari benih lagi, siram air dan baja, sehinggalah pokok itu membesar dan akhirnya berbuah. Apabila berbuah, kerengga pun mulai datang dan tinggal disana. Kerengga itu sebenarnya bukan datang untuk mengambil atau makan buah itu. Dia hanya suka-suka datang dan kononnya mengaku pokok buah itu macam mak bapak dia punya.

Yang paling teruk sekali, apabila anda nak petik buah tersebut, bukannya dia (kerengga) nak lari, tapi berbondong-bondong datang menyerang kita pulak, seolah-olah buah itu dia yang punya. Dia akan serang habis-habis sesiapa yang datang untuk mengambil buah tadi..... Itulah KERENGGA..... Kerengga oh kerengga...................!!

Apa kena mengena dengan kita tentang posting kali ini...?

Begitulah kehidupan seharian kita. Walaupun tidak di hutan atau di kebun, kita juga tidak terlepas dari Kerengga-kerengga ini. Sebenarnya kerengga tadi begitu "jeles" atau
dengki dengan tuan punya pokok tadi yang sudah mempunyai hasil.

Dengan sifat dengki yang begitu mendalam, kerengga ini cuba menghalang tuan pokok itu dari mendapatkan hasil atau buah itu. Kerengga itu sebenarnya tidak makan pun buah itu (sebab itu bukan makanan dia). Jadi disebabkan kerengga itu sendiri tidak boleh menikmati hasil pokok itu (buah), maka kerengga itu berazam untuk menghalang tuan pokok itu dari dapat menikmati hasil pokok tersebut..

Kerengga itu berkata, daripada aku sorang yang tak boleh makan hasil buah ini, maka aku juga mahu orang lain termasuk tuan pokok ini juga supaya tidak boleh menikmati buah tersebut. Itulah kerengga.... kerengga oo kerengga..

Jika anda perhatikan di sekeliling kita pun begitu ramai KERENGGA-KERENGGA ini. Apabila mereka nampak anda begitu rajin berusaha, maka mereka mulalah menjadi seperti kerengga. Mereka tahu yang mereka tidak boleh mencapai kejayaan kerana mereka malas untuk berusaha, jadi mereka juga tidak mahu melihat anda berjaya.

Bagi pengamal-pengamal MLM, kerengga ini sudah tidak asing lagi bagi mereka. Kawan saya pernah di cabar oleh seorang KERENGGA, juga kawan dia.

Kerengga itu berkata... " Eleh muka macam kau nak berjaya pakai Mercedes...? Kalau kau berjaya pakai Mercedes melalui direct selling ni, kau bawa kereta tu jumpa aku. Aku akan jilat "bumper"nya".

Tengok..!! Bagaimana kawan saya dikutuk oleh kerengga..

Kalau kes macam ini, kita kira itu Kerengga Semula Jadi, sebab dia (Kerengga) tu tak pernah buat MLM bersama kita dan tak pernah nak berubah. Kerja dia ialah asyik nak menjatuhkan orang sahaja dan mereka gembira kalau melihat kita tidak berjaya.

Kerengga-kerengga itu berkata " Kan aku dah cakap... !! Kau tak nak dengar...". Muka macam kau TAK akan berjaya punya...!!

Selain dari kerengga semulajadi, ada juga sejenis lagi yang dinamakan KERENGGA BARU JADI. Kerengga baru jadi ini begini sifatnya, dulu dia bukan kerengga, dia juga ada impian untuk berjaya macam kita juga. Dia juga berusaha macam kita, tapi disebabkan kejayaan yang ingin dicapainya itu tidak datang secara cepat, maka dia mulai tidak sabar dan putus asa. Dia mula berfikiran negatif dan mengatakan dipokok ini sudah tidak ada buah dan tidak mungkin boleh berjaya.

Pada saat ini seluruh anggota badannya secara peringkat-berperingkat bertukar menjadi kerengga. Ini lah yang dikatakan Kerengga Baru Jadi.

Kerengga Baru Jadi ini akan mengejek kawan-kawannya yang sedang berusaha di pokok lama agar berhenti dan ikut gagal bersamanya dan akan mengajak pergi ke pokok baru. Kerengga Baru Jadi ini akan sedaya upaya mengutuk kawan-kawannya, downline-downlinenya serta syarikat lamanya, sebab kerengga ini sudah gagal di syarikat itu dan dia juga tidak mahu melihat kawan-kawannya berjaya disitu.

Disebabkan dia juga GAGAL, maka dia kata eloklah engkau pun gagal bersama-sama aku. Prinsipnya juga sama seperti kerengga semula jadi.

Kawan-kawan sekalian, jika anda berjumpa dengan orang sebegini, maka itu adalah KERENGGA. Kerengga itu memang begitu sifatnya. Yang penting hari ini anda telah memahami apa itu kerengga dan bagaimana sifatnya.

Adakah kerengga ini bagus untuk kita..!!? Ya... sangat bagus..!! Bagi saya kerengga ini sangat bagus. Jika ia bersarang di pokok kita, maka dia boleh menjaga buah-buahan kita dari dicuri oleh budak-budak.

Kalau kerengga ini berada bersama-sama kita dan sentiasa hadir serta bergaul bersama kita. Ianya sangat bagus. Dengan kewujudan kerengga-kerengga inilah hari ini saya sudah BERJAYA menikmati pendapatan bertaraf CEO Multi Million Company.

Saya cukup suka dengan kehadiran kerengga-kerengga dalam setiap penjuru perjuangan saya. Sehingga sekarangpun saya masih lagi dihadiri oleh KERENGGA-KERENGGA BARU JADI.

Setiap kali Kerengga-kerengga hadir dalam perjuangan saya. Saya akan membayangkan bahawa ESOK saya akan mencapai kejayaan yang lebih besarrrrrrrrrrrrr.......!!!

Hai... kerengga-kerengga.......!!

Original Post
http://mlmSifOO.blogspot.com

p.s.
Saya mulai belajar tentang kerengga ini dari salah seorang Motivator saya, Dr Sheikh from UKM, lima tahun yang lalu. Thanks Pak Sheikh.



Saturday, January 30, 2010

MLM - Tak Kenal Maka Tak Cinta...


Setiap hari kita berjumpa dengan 3P... buka saja mata apabila bangun dari tidur... anda terus nampak..!! Nampak apa...? Nampak 3P.

Apa itu 3P..?

3P adalah apa yang anda nampak setiap hari... Ok mari kita lihat, sebaik saja anda buka mata waktu pagi, anda mesti nampak sesuatu bukan..! Nampak Dinding ke, nampak kerusi ke atau nampak kipas ke, nampak lampu atau nampak telinga suami ke atau nampak anak2 atau nampak nenek.. atau apa-apa saja yang anda nampak yg berada di dalam bilik tidur anda.

Jadi P yang pertama ialah "Product" seperti lampu, kipas, dinding, jam dan sebagainya. Manakala "P" yang kedua ialah "People" seperti nampak suami atau isteri atau anak2 atau ayah serta mak anda.

P pertama = Product
P kedua = People
P ketiga = ?

P yang ke3 ialah hasil kesinambungan People dan Product, ialah "Profit".

Daripada adanya Product dan People maka terciptalah satu lagi P iaitu Profit...

Daripada pengunaan "Product" oleh "People" ini.. siapakah yang mendapat "Profit"...? Sudah pasti "TAUKE" Product yang mendapat Profitttttttttttttt.... Betul tak..?

Setiap hari kita(People) deal dengan Product tetapi Profit dinikmati oleh orang lain iaitu TAUKE..

Kenapa tidak kita yang memiliki Profit......????

Bermula dari bangun tidur, anda lihat lampu, cermin muka, towel, pencuci muka dibilik air, ubat gigi, berus gigi, sabun mandi, bedak, lipstik, parfume, tai, baju, seluar dalam, seluar luar, talipinggang, handphone, stokin, kasut, kereta dan seterusnya sampai ke pejabat. Komputer, laptop dan sebagainya.. Semuanya kita guna produk-produk tersebut. Tapi profit adalah kepunyaan orang lain..

Kenapa ya..?

Jawapannya ialah kerana kita hanya pengguna sahaja.... Boleh tak tahun 2010 ni kita ubah konsep sikit... Biarlah kita sememangnya terpaksa menggunak produk setiap hari, orang lain juga menggunakan produk setiap hari... Setiap "People" juga menggunakan "Product" setiap hari.... Tetapi apa yang kita perlu ubah ialah... Menjadikan "Profit" itu sebahagiannya menjadi milik kita..... milik kita....milik kita.......

Kalau anda sudah berumur 30 tahun, bermakna anda sudah mengguna "Product" selama 30 tahun semenjak anda bayi lagi... Ini bermakna sudah 30 tahun anda memberi "Profit" kepada orang lain.. iaitu TAUKE produk itu...

Kalau sebulan anda mengguna RM100 utk produk2 tersebut bermakna anda telah berbelanja RM100 x 12 x 30 th = RM36k, Kalau anda berbelanja RM500.. Bermakna RM500 x 12 x 30 = RM180k, bagaimana pula kalau seluruh keluarga anda menggunakan RM1000 pula... Bermakna RM1000 x 12 x 30 = RM360k.. Wah banyak tu.. Ini bermakna anda telah memberi sebuah Mercedese E Class secara cash kepada Tauke produk tersebut....!!

Jadi bagaimana mahu dapat "Profit" itu...? Kena jadi TAUKE lah....!! Oh TIDAK semestinya... ada jalan mudah... Kalau nak jadi TAUKE kenalah ada modal Ratusan Ribu atau Juataan Ringgit..

Anda tidak perlu sampai tahap itu.......... Jadi Bagaimana..?........???

Ha..ha..ha... itulah M..........L..........M....



Multi Level Marketing

Menyertai MLM yang mempunyai pelbagai produk kepenggunaan, membina jaringan secara perlahan-lahan (atau laju), sedikit demi sedikit, lama2 menjadi bukit... Selama 3 ke 5 tahun, katalah networking anda mencapai 5000 orang, atau 10,000 orang. Menerapkan pengunaan produk 100% seperti Household, suplement dan sebagainya..

Andai kata setiap orang hanya mengguna produk RM100 sahaja setiap bulan, ini bermakna anda telah membuat jualan bulanan antara RM500,000.00 hingga RM1 juta... Amazing.. kan... Kalau komisen dari plan MLM itu cuma 5% sahaja, ini bermakna anda mendapat PROFIT antara RM25k hingga RM50k sebulan... Wow.. ini sudah memperolihi income bertaraf CEO...

Inilah MLM... tak kenal maka tak cinta... Anda boleh buat secara Part Time atau Full Time.. jika anda pandai membahagi masa, ianya tidak terganggu dengan kerja harian anda. Anda hanya perlu menerangkan konsep ini kepada prospek anda.

Masa berlalu dari setahun ke setahun. Sedar tak sedar sudah 5 tahun anda melakukannya secara part time sambil menjalankan kerja harian di pejabat boss anda, sebenarnya anda sudah memili income Part Time melebihi GAJI di pejabat anda...

Itulah sebabnya kenapa saya meninggalkan jawatan Engineer saya yang bergaji melebihi RM7k pada tahun 2002 dan melibatkan diri secara Full Time... Pada masa itu pendapatan MLM saya sudah melebihi 3 x ganda dari gaji saya...... itulah MLM... tak kenal maka tak cinta......

http://mlmSifOO.blogspot.com

Wednesday, January 27, 2010

Baru warm-up saja - kita belum berjalan lagi

Kenali Peribadi Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Umur - 53 tahun
Pendidikan - SPM
Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
Nilai dirinya -RM1,425 juta
Ke 7 terkaya di Malaysia
Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
Antara syarikat miliknya - MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas,BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
Kereta - Proton Perdana

Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.

Bagaimana sumbangan sosialnya bermula - Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdam! ping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana.

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.

14.Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah.

15.Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting.

16.Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak ata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. ! Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat.Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan denganbadan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

30. .....kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi bakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yanglain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya! Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab.Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar. Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang wal! au setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

####
Jika ada tersilap ejaan harap dimaafkan. Saya hanya "copy n paste" dari text asal yang di hantar oleh En Helmy, kawan di dalam FB saya.

Saya rasa amat bagus untuk sy berkongsi dengan pembaca blog saya disini kerana Tan Sri Syed Mokhtar ini merupakan salah seorang idola saya dari sudut perniagaan.

http://mlmSifOO.blogspot.com

tq

Tuesday, January 19, 2010

MOTIVASI MLM

Motivasi atau Motivasi MLM adalah sesuatu yang WAJIB ada untuk menjadikan kita berjaya. Perkataan motivasi adalah satu perkataan yang sudah tidak asing lagi bagi kita semua. Apakah definasi Motivasi ini..?

Motivasi adalah berasal dari perkataan Bahasa Inggeris iaitu “Motivation” yang berasal dari kata dasarnya ialah “MOTIVE” atau dialih ke Bahasa Melayu menjadi MOTIF. Motif ini yang memberi maksud TUJUAN.

Kita sering terbaca di akhbar atau terdengar berita di TV yang menyebut “Motif Pembunuhan adalah belum diketahui dan masih lagi dalam siasatan”.

Perkataan Motif disini adalah sebagai satau tujuan yang mengakibatkan satu tindakan atau mendorongkan satu tidakan berlaku.. Dengan “kekuatan motif” inilah yang mendorongkan satu “tindakan”.

Saya boleh kataka maksud Motivasi atau Motivation ialah sebagai ;

Satu Tujuan atau Hajat Yang BESAR sehingga boleh mendorong seseorang itu bertindak dan berusaha mendapatkannya.

Apakah motivasi anda untuk Berjaya di dalam MLM yang anda lakukan..?

Anda perlukan satu tujuan yang besar atau hajat yang besar sehingga boleh mendorong anda berusaha untuk mendapatkannya. Motivasi juga merupakan pendorong untuk anda bertindak melakukannya, ia juga merupakan seperti magnet yang berada dihadapan dan mampu MENARIK anda kesana... Motivasi juga merupakan seperti pelancar roket yang mampu melancar roket ke bulan.. Motivasi adalah bermula dari satu titik permulaan yang saya panggil sebagai “Titik Tolak” atau “Turning Point”.

Apakah titik tolak anda untuk Berjaya..? Dari situlah mulanya Motivasi...

Apakah perkara yang menjadi motivasi kepada anda untuk terus bertindak dan menjadikan anda berbeza dari 95% orang lain yang selalunya gagal atau berhenti dalam masa 3 ke 6 bulan kemudian?

Tidak semua orang berminat untuk membuat duit yang banyak atau berjuta-juta. Jika anda mencebur diri dalam MLM dengan berharapan seperti itu, saya secara jujur mengatakan ini adalah satu motivasi yang tidak kuat dan anda akan termasuk di dalam golongan 95% orang yang gagal 3 ke 6 bulan kemudian.

Bagi saya ialah kerana saya ingin melihat masyarakat di luar sana bebas dari kemiskinan, terutama sekali kepada golongan yang tidak mampu seperti orang tua yang terbiar, anak yatim, golongan cacat yang terbiar dan sebagainya. Saya terpaksa menjadi KAYA untuk membantu golongan ini sebaik mungkin. Saya jadikan MLM sebagai satu wadah perjuangan saya untuk mencapai cita-cita murni ini. InsyaAllah.

Kawan saya menjadikan “keadaan kemiskinannya” pada masa itu sebagai motivasi untuk dia berubah dan menjadi kaya melalui MLM. Beliau sudah tidak tahan dicerca dan diherdik oleh Mak Mertua serta seluruh keluarga mereka kerana kemiskinannya.Beliau juga dipaksa berkali-kali supaya menceraikan isterinya jika masih miskin lagi.

Kawan saya yang seorang lagi juga menjadikan kemiskinannya sebagai batu loncatan atau motivasi untuk dirinya terus gagah menghadapi siku liku di dalam perniagaan MLM dan akhirnya beliau Berjaya mengeluarkan diri dan keluarganya dari belengu kemiskinan. Suatu hari beliau diludah oleh kawannya, “Tuih..!! KALAU MISKIN TAK PAYAH NAIK KERETA, BAWA ANAK BINI KAU BALIK JALAN KAKI SAHAJA…..” Suatu hari beliau ingin meminjam kereta dari kawannya untuk balik ke kampung kerana ada kematian di pihak keluarganya. Itulah jawapan yang diterima.

Anda pula bagaimana…?

Orang-orang Berjaya, menjadikan keadaan sekarang (keadaan miskin dan serba kekurangan) sebagai MOTIVASI atau Batu Loncatan untuk Berjaya di dalam MLM, sebaliknya 95% orang-orang “biasa” yang gagal, mereka menjadikan keadaan sekarang (keadaan miskin dan serba kekurangan) sebagai alasan yang kuat untuk TIDAK Berjaya. Mereka asyik berkata, “susah kerana aku tiada wang”, “susah kerana aku tiada kereta” dan macam-macam lagi..

Mulai sekarang, carilah satu sebab KENAPA anda nak Berjaya..!!? atau
WHY..? U have to success…?

Jadikan “Why” itu sebagai Batu Loncatan atau Turning Point untuk MEMOTIVASIKAN anda supaya Istiqomah di dalam perniagaan MLM anda dan seterusnya anda Berjaya berada di dalam golongan Insan Luarbiasa 5%.. Itulah yang di maksudkan oleh saya dengan perkataan “MOTIVASI MLM”…

Original : http://mlmSifOO.blogspot.com

Buang Alasan dan Jadilah "Winner" - Pemenang

Saya memohon untuk anda menulis "Apa alasan anda untuk berjaya..?" di ruangan comment di bawah... Please tell me WHY...WHY.. Why you have to success....

Jadikan "Why" ini sebagai Motivasi MLM anda..

Good Luck..

Jumpa anda di Kemuncak Kejayaan…

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails