Followers

Sunday, August 30, 2009

Hari Kemerdekaan

Selamat menyambut hari Merdeka, 31 Ogos 2009 merupakan tahun kemerdekaan yang ke 52, bermakna sudah 52 tahun negara tercinta Malaysia telah merdeka.

Negara sudah merdeka dari segi penjajahan, kita tidak lagi diperintah oleh penjajah. Negara kita sudah bebas dan diperinah oleh kita sendiri, itu mungkin definasi merdeka kepada Negara Malaysia. Apa pula definasi Merdeka kepada anda...? Banyak jenis definasi yang dibuat terhadap MERDEKA mengikut pelbagai sudut dan pandangan masing-masing.

Biarlah apapun definasi yang nak diberikan, tetapi bagi saya hendaklah mendefinasikan sesuatu yang selari dengan kehendak agama Islam kerana Islamlah yang akan menjamin penghidupan berkekalan selepas kematian di dunia ini.

Bagi sesetengah orang yang dilahirkan selepas merdeka (1957), mereka mungkin tidak terasa perbezaan setiap kali menyambut hari kemerdekaan. Tetapi bagi mereka yang sudah hidup sebelum merdeka mungkin akan terasa perbezaan diantara sebelum dan selepas merdeka.
Anda bagaimana....?

Kemerdekaan yang nak dikongsikan disini ialah kemerdekaan di peringkat "diri sendiri".

Adakah diri anda sudah merdeka?

Atau anda masih lagi terikat dengan TUAN anda...? Negara Malaysia sudah 52 tahun bebas dari "Tuan". Tapi anda bagimana...? Adakah anda masih lagi mempunyai orang lain yang menentukan berapa banyak wang yang anda boleh perolihi setiap bulan..? Adakah anda masih lagi terikat dengan TUAN yang menentukan masa anda setiap hari...?

Apalah ertinya kemerdekaan...?

Setiap tahun anda menjerit di dataran merdeka menyambut kemerdekaan.. (itu mungkin bagus dari segi semangat patriotik) tapi jangan lupa untuk menjerit kemerdekaan untuk diri sendiri. Apabila diri sendiri merdeka ianya membawa kepada kemerdekaan kepada keluarga anda. Apabila semua keluarga di Malaysia ini sudah merdeka, ianya membawa kepada kemerdekaan seluruh negara Malaysia.

Saya berharap anda dapat memahami apa yang saya maksudkan dengan "kemerdekaan untuk diri sendiri". Atau anda mungkin sudah faham sejak lama dahulu tetapi tiada jalan keluar untuk memerdekakan diri sendiri..?

Bagi saya syukur Alhamdulillah, saya sendiri sudah mempunyai "Lesen Besar" untuk menentukan perkara-perkara berikut terhadap diri saya;

1. Berapa banyak gaji yang saya mahu setiap bulan.
2. Berapa banyak cuti yang saya mahu setiap bulan.
3. Berapa banyak masa yang saya nak tidur setiap hari.
4. Berapa banyak barang yang saya nak shopping setiap hari..
dan macam-macam lagi. Hanya Tuhan saja yang menjadi Tuan saya...

Saya mengambil MLM sebagai wadah perjuangan untuk memerdekakan diri saya.
Jom... bersama saya menjadikan MLM satu wadah perjuangan untuk memerdekakan diri anda di dunia dan seterusnya kepada penghidupan selepas mati. InsyaAllah.

Jet Li(M)

Sunday, August 16, 2009

Hanya Satu Perkara Yg Anda Perlu Mahir Untuk Berjaya Dalam MLM

Sebenarnya ada Seribu cara untuk anda berjaya dalam MLM, tetapi cukup hanya jika anda mengetahui SATU perkara ini sahaja, anda sudah boleh berjaya dan berpendapatan 6 angka sebulan. Haha.. bestnya kalau dapat mengetahui cara ni ya... betul ke hanya perlu tahu satu cara sahaja sudah memadai....?

Memang Betul... Apakah caranya..?

Anda Hanya Perlu Tahu "MENIRU".....

Anda tahu apa itu meniru..? TIRU lah... atau dalam bahasa Inggeris, Copy... copy...(tiru).. Kalau kat Windows ni anda "Press Ctrl + C". Itu copy lah. Highlight dulu benda yang nak di copy tu kemudian press ctrl + c. Mudah je..

Dulukan masa kat sekolah kita rajin meniru, sehingga kat universiti pun kita meniru. Saya juga pernah meniru assignment kawan saya. Yang paling best sekali kawan saya tiru 100% assignment saya. Beliau hanya "Save as" nama dia saja. Wah... mudah betul cara dia, hari ini dia pass jugak, dapat degree.. kerja macam biasa...

TIRU ni juga boleh gunakan perkataan "DUPLICATE" dalam bahasa Inggeris. Jadi apa yang nak di "DUPLICATE"kan...?

Adakah anda perlu duplicatekan diri anda kepada downline anda?

Jawapannya "TIDAK"... Ramai orang silap, mereka menyangkakan yang mereka perlu menduplikasikan diri mereka kepada downline mereka. Itu silap sebenarnya.. Apa yang hendak diduplikasikan..?

Bijak-pandai ada mengatakan "Anda hanya perlu mencari seorang yang sudah berjaya kemudian TIRU apa yang dia lakukan yang menyebabkan dia berjaya.

Jadi, dalam MLM pun sama, anda hanya perlu meniru apa yang orang berjaya lakukan, siapakah yang berjaya itu dalam MLM anda, adakah anda sendiri, atau upline anda atau up-upline anda..?

Mencari seorang upline yang sudah berjaya, jadikan dia mentor anda dan duplicate "tiru" apa yang dia lakukan untuk berjaya di ML itu, jika anda dapat tiru 100%, anda akan berjaya 100% InsyaAllah.

Saya ada seorang kawan yang sudah berumur lebih 60 tahun, beliau hanya berpendidikan darjah 2 zaman Jepun. Satu apa pun beliau tidak pandai dalam MLM, apatah lagi kalau sebut eCommerce, internet dan sebagainya. Kalau sebut istilah-istilah tentang kesihatan seperti "antioksidan", kardiovaskular" dan sebagainya dia pasti pengsan dan pening kepala sebab tak tahu. Tetapi yang anehnya beliau hari ini begitu berjaya dalam MLM mendapat pendapatan RM30k ke RM50k sebulan walaupun tidak pernah faham tentang marketing plan serta produk knowledge. Apa rahsia dia..
Saya pernah tanya.. apa rahsia dia sehingga boleh berjaya begini..?
Beliau menjawab..

Walaupun saya tidak tahu banyak perkara, tapi saya tahu satu perkara...!!
Saya Pandai MENIRU,..!! MLM ni kan kita hanya perlu tiru-meniru saja apa yang upline buat... katanya..

U
pline hantar downline dia pergi kursus, saya pun hantar dline saya juga
upline buat hompaty, saya pun buat homparty juga
upline bawa downline datang meeting, saya pun bawa dline datang meeting juga.

Macam-macam lagi yang saya tiru upline saya. Bahkan cara bercakap, berpakaian pun saya tiru. Upline saya memang berjaya dan saya berazam uttuk tiru kejayaan seperti dia juga. Tanpa upline yang berjaya untuk di tiru, tak mungkin saya boleh berjaya.. saya tak pandai apa-apa hanya sekolah darjah 2 zaman Jepun, nasib baik saya hanya pandai MENIRU. Itulah rahsia kejayaan saya.


Setelah saya mengkaji dan menghayati, saya membuat kesimpulan untuk bersetuju dengan jawapannya memandangkan beliau telah berjaya. Beliau berpesan pada saya, "pilihlah upline yang betul-betul berjaya dan tiru kebaikannya".

Hah... apa lagi masaalah anda atau alasan anda untuk tidak berjaya...?? Kalau tak reti buat sendiri tak apa.... TIRU saja..... Dulu di sekolah, cikgu tak bagi tiru, anda panjangkan leher nak meniru, tak dapat pun nak jugak.... Tapi bila buat MLM, orang kasi tiru pun tak mau juga... asyik dok bagi alasan saja. Orang sibuk buat duit, DIA sibuk buat alasan.. Siapa tak panda meniru..?

Tunggu posting akan datang..

JetLi(M)
mlmSifOO.blogspot.com

Friday, July 24, 2009

Produk di Syarikat MLM lebih MAHAL...?

Jika pelanggan anda mengatakan "Produk di Syarikat MLM lebih MAHAL berbanding dengan harga PASARAN". Apa anda harus jawab...!!?

Jawapannya ialah;

Ya, betuuuuull..

Perkara pertama ialah anda kena bersetuju dengan pendapat mereka sebab kita mesti patuh dengan “law number one – Customer is always right”. Sebenarnya customer berhak untuk kata apa-apa pun (mahal atau murah), sama ada dia ikhlas atau saja-saja nak kondem kita sebab dia memang tak mahu beli. Perkara yang penting ialah mereka mesti ada kayu pengukur untuk mengatakan produk kita mahal atau pun tidak.

Bagi setiap syarikat MLM yang tulin atau “genuine” ( yang berdaftar dan memiliki lesen yang sah dengan kerajaan.) mereka tidak akan dengan sesuka hati menetapkan harga sesuatu produk, ianya mestilah terlebih dahulu mendapat kelulusan dari pihak kerajaan. Ini bermakna jika syarikat itu masih sah, secara otomatik harga produknya adalah didalam lingkungan yang diluluskan. Jika harganya mahal (seperti yang anda sangkakan) sudah pasti ianya tidak akan mendapat kelulusan dari pihak kerajaan. Jadi siapalah kita yang ingin menghukum sesuatu produk itu mahal sedangkan mereka telah mendapat kelulusan.

Walaupun sesuatu produk itu nampaknya mahal tetapi sebenarnya mereka ada keunikan tersendiri yang boleh menjadikan produk itu dijual dengan harga yang berbeza (lebih tinggi dari harga di pasaran).

Kita ambil contoh ubat gigi ataupun serbuk sabun pencuci. Katalah serbuk sabun yang seberat 500g mungkin berharga RM10 dipasaran manakala dijual dengan harga mungkin RM25 di syarikat multi level. Dari segi harga memang berbeza dan nampaknya di MLM lebih tinggi. Kita kena banding dari sudut kualiti seperti;

1. Kuasa mencuci – 1 scope sabun MLM utk 6 kg kain, manakala mungkin ½ kotak sabun biasa diperlukan untuk mencuci jumlah kain yang sama.

2. Sabun MLM berkonsepkan Biodegredable (lebih mesra alam), tangan tak gatal, air lebihan cucian boleh digunakan untuk menyiram pokok bunga dan akan tumbuh dengan subur dibandingkan dengan sabun biasa mungkin pokok akan mati.

3. Ada anti karat ini sangat baik untuk mesin basuh dan butang atau pun zip seluar.

4. Kandungan serbuk pencuci – ini boleh dilihat dengan memasukkan kedua-dua serbuk sabun tadi ke dalam dua gelas yang berisi air. Biarkan kedua-dua gelas tadi dalam 5 ke 10 minit sehingga mendap. Anda akan dapati 95% kandungan sabun PASARAN akan terapung, manakala kandungan sabun MLM akan mendap dan hanya 5% sahaja yang terapung. Ini membuktikan kandungan sabun MLM lebih solid manakala sabun PASARAN hanya terdiri dari kertas surat khabar serta serbuk kayu gergaji sahaja.

Sebenarnya banyak lagi keunikan pada sesuatu produk itu yang kita perlu tahu dan perlu highlight pada customer kita. Bukannya hanya pada serbuk pencuci sahaja bahkan pada produk-produk kesihatan yang lain seperti vitamin c dan sebagainya. Mungkin dalam sesuatu produk itu di campur herba, atau madu atau bahan-bahan lain yang lebih special yang mana ianya tidak kedapatan pada produk biasa yang ada dipasaran. Itulah yang menjadikan keunikan sesuatu produk MLM.

Kita tidak boleh melihat secara kasar sahaja dan terus menghukum produk MLM mahal. Ada beberapa faktor yang kita kena lihat seperti berikut;

1. Harga mereka juga diluluskan oleh kerajaan, ini sudah pasti ianya berada dalam lingkungan harga yang sepatutnya.

2. Jenama berbeza iaitu jenama MLM dan jenama PASARAN.

3. Kandungan yang berbeza.

4. Kualiti berbeza

5. Dan lain-lain.

Untuk melihat kualiti anda mentilah berkebolehan untuk membuat demonterasi produk.Jadi, jika kelima-lima perkara tersebut berbeza, bagaimana kita hendak menghukum atau mengatakan produk MLM lebih mahal dari produk PASARAN. Ini sama seperti anda membandingkan harga sebuah kereta BMW dengan harga sebuah kereta Proton SAGA.

Sudah pastinya berbeza. Bolehkah anda kata harga BMW itu mahal..? Sebab harganya adalah sepadan dengan kualitinya yang mana ianya telah diluluskan oleh kerajaan. Ini bermakna harga kereta tersebut adalah berada di dalam lingkungan harga yang sewajarnya. Untuk mengatakan harga di MLM itu mahal atau murah, kita mestilah membuat perbandingan yang adil atau dipanggil “aple to aple comparism”.

Contohnya, sabun berjenama yang sama, kualiti serta kandungan yang sama iaitu jenama BREEZEE dijual dipasaran dengan harga RM10 manakala dijual di syarikat MLM dengan harga RM25,maka barulah kita boleh mengatakan produk yang dijual oleh syarikat MLM adalah mahal. Sama seperti telefon bimbit yang anda miliki sekarang, fungsi asalnya sama iaitu membuat panggilan dan menerima panggilan.

Tetapi kenapa jenama Motorola, Sony Ericsson, Nokia, Samsung dan lain-lain lagi mempunyai harga yang berbeza..? Anda sendiri tidak terfikir untuk mempertikaikannya kerana anda faham tentang jenama, anda faham tentang “features”nya yang berbeza, anda faham tentang kamera atau mega pixel, anda faham tentang MMs, jadi sudah pasti kualiti dan kunikannya berbeza menyebabkan harganya juga berbeza. Begitu juga dengan serbuk sabun serta produk-produk di syarikat MLM.
Jet Li(M) mlmSifOO.blogspot.com

Sunday, July 19, 2009

BERJAYA atau GAGAL mana yang lebih mudah..?


Terima kasih pada "Pontianak Degil", "Nickdzul" dan "Junior Sifoo" yang berminat menyumbangkan pendapat tentang tajuk tersebut. Setiap anda berhak memberi pendapat atau pandangan masing-masing, tiada salah atau betul yang nak diperkatakan di sini.

Hah.. kali ini pendapat saya pula..
KALAU benarpun kegagalan lebih mudah dari kejayaan, tetapi saya sebagai seorang yang optimistik, positif, antusias akan mengatakan "Untuk gagal lebih susah jika dibandingkan untuk BERJAYA.." atau "Untuk berjaya lebih mudah dari untuk gagal."

Saya masih ingat semasa di surau kat kampung, semasa Pak Lebai sedang baca kitab (tentang apa.. sy dah lupa - ni masa sekolah rendah lagi). Tiba-tiba sampailah ke tajuk mencuri kena potong tangan, orang jahat, perompak akan mendapat dosa dan sebagainya.. Lepas tu Pak Lebai tadi kata.. rupa-rupanya susah nak dapat dosa ni, kena pergi mencuri, kena pergi merompak dan macam-macam yang penuh berisiko tinggi. Kalau nak dapat pahala kan senang saja, datang masjid seperti kita hari ni, sembayang, buat baik dan sebagainya, kan mudah sangat nak buat PAHALA berbanding buat DOSA... Saya pun fikir.. Ya juga.. sampai hari ni saya masih teringat dengan kata-kata Lebai tadi..

Untuk buat kejahatan, kita perlu tengok kiri-kanan kot-kot orang nampak, perlu bersembunyi, perlu melawan arus, perlu "break the law", silap-silap kena tangkap.. kan susah tu..

Tapi untuk buat KEJAYAAN, semua orang sokong dan orang suka, tidak perlu takut-takut, tidak perlu bersembunyi, boleh buat terang-terangan tiada sesiapa yang nak tangkap. Lebih mudah dari nak membuat dosa.

Saya ada terbaca satu pepatah (entah dari pada siapa dah lupa). Kata-kata ini sangat memberangsangkan saya dan sehingga kini saya sentiasa mengguna pakainya..

Kata-katanya begini... "Untuk BERJAYA, kita ada seribu cara (thousands ways) tetapi untuk GAGAL hanya ada satu cara sahaja (one way only)."

Apa maksudnya..? Mari kita berfikiran seperti saya fikir.. maksudnya kita mesti boleh berjaya dengan mudah sebab kita ada pelbagai cara iaitu cara 1, cara 2, cara 3, sehinggalah cara yang ke 1000. Kita tidak perlu risau, kalau cara 1 tak dapat, guna cara 2, kalau tak dapat juga guna cara 3 dan seterusnya... Saya yakin kita pasti BERJAYA...

Itulah prinsip orang-orang berjaya didunia ini.. mereka ada pelbagai cara dan strategi, (tapi tak perlu sehingga seribu), hanya memadai dengan beberapa strategi sahaja sudah pasti kita boleh berjaya dengan mudah. Tetapi sebaliknya jika anda hanya ada satu strategi saja.. amat sukar untuk mencapainya... Kalau strategi itu tidak menjadi maka anda tidak akan mencapainya.. so kita kena lebih kreatif mencipta banyak strategi...

Jadi, dari kata-kata di atas bermakna, kita hanya ada satu cara saja untuk mencapai kegagalan, tidak ada cara 2 atau cara 3, bermakna tidak ada cara alternatif. "Chances" untuk mencapainya sangat-sangat "slim". Ini bermakna jika anda fail melalui cara tersebut, "that it"... anda tidak akan mencapainya... Hah.. camana ? anda boleh faham ka...? Sampai saat ini saya berharap anda sudah boleh menerima pendapat saya bahawa KEJAYAAN adalah lebih mudah dicapai.. berbanding dengan KEGAGALAN.

Mari kita bincang lagi tentang kata-kata yang menjadi perangsang kepada saya itu...

"Untuk BERJAYA, kita ada seribu cara (thousands ways) tetapi untuk GAGAL hanya ada satu cara sahaja (one way only)."

Ada seribu cara untuk berjaya... menarik..
Tetapi hanya ada satu jalan sahaja untuk gagal.. sangat menarik..

Ingat,.. jika anda fail atau missed yang satu jalan itu, tidak ada jalan lain lagi, bermakna tiada harapan untuk anda mencapai KEGAGALAN lagi... Apakah dia satu cara untuk mencapai kegagalan itu..?

repeat.. "Untuk BERJAYA, kita ada seribu cara (thousands ways) tetapi untuk GAGAL hanya ada satu cara sahaja (one way only)."
iaitu MENCIPTA ALASAN...cteate Excuses..

Selama lebih 15 tahun dalam industri MLM, saya berjumpa dengan pelbagai ragam manusia yang begitu kreatif mencipta pelbagai alasan. Saya dapati 95 % orang yang tidak mencapai matlamat mereka di dalam MLM ialah terdiri dari mereka yang begitu pandai menggunakan cara yang satu ini. Mereka begitu kreatif dan memanfaatkan cara tersebut dan akhirnya mereka BERJAYA mencapai KEGAGALAN. Bagi orang-orang yang mencapai matlamat mereka, berkereta besar, rumah mewah dan berpendapatan 5 atau 6 angka pula adalah terdiri dari mereka yang tidak pandai mengunakan cara yang satu itu. Mereka tidak pandai mencipta alasan.. mereka terus menggunakan cara-cara lain untuk berjaya, sebab mereka tahu ada seribu cara untuk berjaya,... so akhir sekali didapati mereka GAGAL untuk mencapai KEGAGALAN.

Jet Li (buatan Malaysia)
www.mlmSifOO.blogspot.com

Friday, July 17, 2009

Dah Ramai Jumpa.. - Orang Kata TAK MINAT

Badrul Hisyam Mohd Nurdin said...
Mr. Sifoo,Dah banyak sangat jumpa orang yang tak minat nak buat MLM ni, macam mana nak "counter" balik bagi mereka minat???? ade idea tak???

Terima kasih kepada "Badrul Hisyam Mohd Nurdin" diatas soalan bernas anda.

Saya pun susah hendak memberi jawapan yang tepat kepada soalan anda, kenapa saya susah untuk memberi jawapan yang tepat sebab saya perlu tahu adakah jawapan yang mereka beri itu adalah hakikat sebenar mereka atau semata-mata alasan mereka..?

Yang paling penting anda kena pandai menggunakan "saikoloji" untuk menangkis atau "counter" balik. Bagi saya, tidak ada sebab kenapa orang tidak minat dengan MLM..

Segala jawapan yang diberi adalah semuanya alasan belaka.

Mereka tidak minat kerana beberapa perkara;

1. Mungkin mereka tidak faham apakah definasi perkataan "MINAT"
2. Mereka tidak faham carakerja MLM
3. Mereka tidak nampak potensi MLM
4. Mereka mendapat gambaran yang salah terhadap MLM.
5. atau mereka sudah kaya seperti BillGate..

Sebenarnya aktiviti di dalam MLM adalah tak ubah seperti aktiviti harian kita, semua orang melakukannya setiap hari, tetapi mereka tidak sedar yang perbuatan harian mereka adalah perbuatan yg kalau dilakukan di dalam MLM, mereka sudah kaya-raya.. mereka sebenarnya boleh melakukannya sebab aktiviti MLM tidak bercanggah dengan apa yang sedang kita lakukan setiap hari. Tidak perlu ubah aktiviti harian anda, jika anda guru, atau doktor, atau tukang kebun atau apa saja, MLM boleh di customize kan untuk menyesuaikan dengan aktiviti harian mereka dan mendapat pendapatan lumayan.

Zaman sekarang, dengan adanya internet dan kemudahan ICT, MLM menjadi semakin mudah.. Untuk perkara-perkara 1 hingga 5 di atas, saya akan bincangkan dalam posting yang akan datang InsyaAllah.. itupun kalau keyboard saya ni masih lagi keluar dakwat.. haha..

Untuk meringkaskan jawapan saya kepada soalan Badrul ialah begini...

sebelum saya jawab.. biar saya tanya Badrul secara peribadi....
Jika Badrul dapat menjawab soalan saya ini dengan IKHLAS dan tepat, sudah pasti Badrul tidak akan takut untuk berjumpa dengan prospek yang kata tidak minat..

Sudah bersedia...?

Soalan saya..

Badrul...Adakah anda sendiri MINAT dengan MLM...? Yes or NO..?

Jika jawapan Badrul adalah YES..
Malam ini terus berfikir kenapa anda minat dengan MLM, tulislah perkara2 yang menyebabkan anda minat sebanyak yang mungkin...

dah tulis..... ?

Itulah jawapannya untuk "counter" balik prospek yang tak minat tadi..

Sebenarnya bagaimana untuk kita pengaruhi prospek kita ialah dengan berkongsi pengalaman kita atau pengalaman orang lain yang positif kepada prospek kita.. Berapa KUAT anda minat itu memberi POWER berapa kuat anda boleh pengaruhi prospek anda. Anda sanggup datang dari jauh untuk meeting, balik lewat malam, sanggup menghadiri semua kursus yang dianjurkan walaupun berbayar... kenapa anda sanggup berbuat itu semua..? Sebab anda sudah NAMPAK... apa yang anda nampak..? Potensi di dalam MLM dan anda yakin anda BOLEH mencapainya.. Kenapa anda yakin anda boleh mencapainya..? Sudah pasti anda ada alasan and sendiri.. Itulah perkaran-perkara yang anda perlu kongsikan degan prospek anda secara bersungguh-sungguh dengan penuh excitement..

Jika anda masih lagi belum mendapat jawapan kepada persoalan anda diatas tadi, bacalah posting saya sebelum ini yang bertajuk "aku tak minat mlm". Jika belum puas lagi dengan jawapan yang diberi anda boleh menghubungi saya dan mendapat jawapan "face to face".

Sebaliknya, Jika anda memberi jawapan NO kepada soalan saya tadi;
maka itulah sebabnya kenapa prospek anda juga tidak meminatinya..

tq
mlmSifOO.blogspot.com

BERJAYA atau GAGAL - Mana yng lebih mudah di capai ?

BERJAYA atau GAGAL...?

Dua pencapaian diatas iaitu GAGAL atau BERJAYA, yang manakah paling mudah dicapai...? Agak-agaknya kalau saya buka tajuk ni untuk undian pool.

Apakah jawapannya.. GAGAL atau BERJAYA lebih mudah..?

Cuba anda teka sekejap sebelum meneruskan bacaan anda...........

teka.....teka... Berjaya atau Gagal..?

teka.....teka... Gagal atau Berjaya..?

Saya akan memberi jawapan saya pada posting akan datang.. insyaAllah

Thursday, July 16, 2009

Aku Tak Minat Buat MLM

Aku tak minat la benda-benda macam ni... Diantara alasan yang popular apabila diajak berusaha atau mencebur diri dalam MLM.. "Aku tak minat..."

Saya begitu kesian kepada sesetengah diantara mereka yang hidup susah, gaji bulanan paras hidung, sentiasa tak cukup setiap bulan, tahun berganti tahun pun tidak berubah...... anak ramai dan bertambah ramai....


Apabila kita datang dengan ikhlas untuk membantu melalui cara berusaha untuk mengubah taraf ekonomi melalui MLM.., mereka memberi alasan.. Aku tidak minat laaa... benda-benda macam ni....

Baca seterusnya klik sini..


I Dare to think and I dare to DREAMMMMMMM...
Think Big n Dream BIG...!!!!!!


Jet Li(m)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails